Tuesday 25 February 2014

Soalan Lazim: Bagaimana saya perlu menguruskan gejala-gejala cacar air?


Q: Bagaimana saya perlu menguruskan gejala-gejala cacar air?

Cacar air adalah penyakit biasa di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus Varicella yang boleh merebak dari orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui batuk, bersin dan bercakap, dan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh cacar air.

Simptom-simptom cacar air adalah ruam kecil, merah dan sangat gatal. Ia mula-mula muncul di bahagian dada, belakang badan dan muka, dan merebak ke bahagian badan yang lain. Ruam akan menjadi lepuh berisi cecair yang akhirnya bertukar menjadi keruping perang. Biasanya ia mengambil masa seminggu atau lebih untuk kesemua lepuh menjadi keruping.

Pastikan rehat yang mencukupi dan elakkan makanan pedas. Jangan cuba menggaru atau mengorek ruam tersebut. Sembur Aloe First selepas mandi untuk melegakan ketidakselesaan cacar air. Sapu Aloe Vera Gelly dan Aloe Propolis Crème pada bahagian lepuh untuk membantu melegakan kegatalan dan mengurangkan parut.

Suplemen nutrisi berikut mungkin boleh membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan.Forever Bee Propolis mempunyai ciri-ciri anti-kulat, anti-bakteria, dan membantu menguatkan sistem imun badan. Selain itu, Aloe Vera Gel membantu mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan keradangan pada kulit. Forever Absorbent-C boleh membantu mengurangkan penghasilan histamin dengan demikian membantu mengurangkan kegatalan serta keradangan.







No comments:

Post a Comment