Sunday 17 June 2012

Istimewa Untukmu Bapa

SELAMAT HARI BAPA!  


Ada panggil Ayah, bapa, babah, papa, daddy dan sebagainya. siapakah mereka ni? Mereka adalah insan yang telah mengambil ibu kita sebagai pasangan hidupnya, iaitu isteri. Dialah yang berkongsi masa, harta benda, kasih sayang dan seluruh kehidupan untuk anak-anak. 

Seluruh dunia menyambut serta meraikan Hari Bapa pada tanggal 17 Jun. Meriah kedengaran & kelihatan tulisan ucapan bagi meraikan sambutan Hari Bapa. Walau apa dan bagaimana ia disambut, hasratnya ialah tak lain dan tak bukan adalah untuk mengingati dan menghargai kasih sayang serta pengorban seorang bapa terhadap anak-anak dan isteri. Ibu dan bapa merupakan insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membentuk anak-anak. Walaupun cara dan budaya yang berbeza di dalam membentuk dan mendidik, namun matlamatnya tetap sama, iaitu untuk mennjadikan anak-anak mereka yang terbaik dan lebih baik daripada mereka.Sebab itulah mereka berkorban demi memastikan matlamat tersebut tercapai. Sehubungan itu marilah kita sama-sama mengucapkan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang kepada bapa kita dengan ucapan Selamat Hari Bapa dan terima kasih sebagai tanda kita sayang dan kasihkan bapa kita. Gembirakanlah hati mereka. Layanlah mereka. Jangan bosan melayan karnah mereka kerana mereka  tidak pernah jemu melayan kita sewaktu kecil dahulu. Kepada mereka yang telah kehilangan ayah di dunia ini, berdoalah serta hadiahkanlah selalu ayat-ayat suci untuk mereka. Sebutkanlah kebaikan-kebaikan mereka sewaktu mereka hidup. Sedekahkanlah pahala amalan kebajikan untuk mereka dengan melakukan sedekah dan sebagainya. 


Istimewa Untuk Bapa-Bapa
Pemakanan Kesihatan Untuk Lelaki Maskulin








Senarai Produk 
Mineral Coffee
Nurich Lacto-Lite
Cylgenic
Krim Nano Bio Ever
www.isukawang.blogspot.com