Saturday 19 April 2014

Apakah Pelaburan Bijak Untuk Masa Depan?


Selain daripada menjana pendapatan dengan cara makan gaji atau menjalankan perniagaan, kita juga diingatkan agar tidak lupa untuk membuat pelaburan bagi membantu menambah serta meningkatkan pendapatan masa depan. Antaranya ialah dengan pembelian aset berupa hartanah dan emas. Jangan lupa untuk pelaburan spiritual juga seperti menderma dan bersedekah. Dengan membuat pelaburan spt ini, ianya mampu meningkatkan nilai hidup serta pemilikan aset samada dalam bentuk harta atau pemilikan saham kepada suatu nilai yang lebih tinggi. 

Pelaburan Hartanah

Pelaburan emas



Emas Untuk Menyimpan Nilai
Tahun 2011 menyaksikan prestasi kenaikan harga emas yg sederhana. Untuk tempoh 1 tahun sehingga hari ini, harga emas naik sebanyak 14.285%, cukup untuk menampung kos Ar-Rahnu, bagi mereka yg menggunakan teknik Ar-Rahnu.
Fungsi sebenar emas adalah untuk menyimpan nilai bagi mengatasi inflasi. Anda perlu mahir menggabungkannya dgn beberapa teknik lain utk benar-benar sukses dgn pelaburan emas. Malah ada yg perlu berniaga emas untuk memperolehi untung drp emas. Tidak spt melabur melalui loan asb, hanya perlu membayar ansuran setiap bulan, dan dapat dividen awal tahun nanti, dan pulangan pula mencecah 40%. Ini jelas membuktikan, loan asb adalah pelaburan terbaik bagi mereka yg hanya mampu menyimpan maksimum sekitar RM1200 sebulan. Dan saya percaya lebih 50% pembaca blog ini jatuh dlm kategori ini. Selepas buat loan asb, pelabur perlu meneroka bidang hartanah pula kerana pulangan yg agak lumayan juga, tapi anda perlu mahir mengurus hartanah tsb pulak. Selepas itu barulah anda boleh berfikir untuk melabur dalam emas.
Bagi mereka yg makan gaji dan mencarum dalam kwsp, anda perlu belajar membaca pergerakan saham pulak, supaya anda boleh melabur sebahagian amaun dalam akaun 2 kwsp anda ke dalam unit trust. Tapi pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melabur ke dalam unit trust, kerana risiko yg agak tinggi dan kos permulaan 3%. Anda perlu mahir dgn teknik timing UT untuk mengatasi dividen kwsp yg sekitar 5% hingga 6%. Jika bernasib baik pulangan UT agak lumayan, untuk rekod 2 tahun iaitu 2009 hingga 2010 pulangan antara 50 hingga 80%. 

Graf menunjukkan kenaikan nilai emas setiap tahun berbanding Inflasi



Pada pendapat saya, emas boleh dijadikan sebagai alat untuk membantu meningkatkan keuntungan pendapatan anda. Anda boleh melakukan dengan cara membeli emas fizikal atau dalam bentuk saham. Ianya bergantung kepada kefahaman dan kepercayaan anda. Bagi saya saya memilih kedua-duanya sekali. Gunakan kepakaran anda di dalam merekabentuk kejayaan masa depan anda!