Monday 31 March 2014

Kenapa Perlu Berubah?

Hakikat Kehidupan
Suka atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bahawa segala kos tanggungan akan meningkat. Ia melibatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, hiburan dan banyak lagi. Percaya atau tidak bahawa kos pengurusan jenazah pun meningkat. So, apa yang kita perlu dan wajib buat. Paling tidak pun ialah persediaan agar hidup dan mati kita tidak menyusahkan orang lain.

Jika kita lihat rentetan hidup, boleh dikatakan hampir semua orang merasakan semakin berat bebanan kewangan yang mereka tanggung seiring dengan usia mereka. Ini sangat dirasai sejak seseorang mula mendirikan rumah tangga. Diikuti dengan kedatangan cahaya mata. Keperluan tempat tinggal, pendidikan anak-anak serta penjagaan kesihatan mereka. Apa yang berlaku selepas itu? Biasanya mereka akan mula mencari peluang untuk menambah pendapatan dengan kerja lebih masa (OT), membuat kerja sampingan dan sebagainya. Ianya sangat biasa berlaku terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau kawasan yang mempunyai aktiviti kehidupan yang aktif. Maka di sini berlaku penawaran dan keperluan sesama mereka. Mereka yang bijak akan sentiasa mencipta dan mencari peluang untuk mecipta pendapatan. 

Bagi mereka yang berniaga, inilah tempat untuk mereka mencari rezeki. Mereka sangat berani. Mereka mencari tempat yang ada orang ramai berkumpul. Mereka tidak memikirkan siapakah orang yang akan mereka temui. Bagi mereka, matlamatnya ialah untuk menjual dan melariskan barang yang mereka bawa. Mereka sentiasa berharap setiap masa kepada Tuhan agar rezeki menyebelahi mereka. Minda mereka  sentiasa mengharapkan perniagaan mereka laris dan berjaya. Mereka menggunakan sepenuhnya kekuatan minda dengan konsep 'Law Attraction'. Fikir laku- barang laku. Sebelum memulakan perniagaan, mereka akan sentiasa berdoa dan berharap agar Tuhan membantu mengalirkan rezeki yang melimpah ruah ke dalam perniagaan mereka. Minda mereka sangat berbeza dengan mereka yang bekerja makan gaji. Orang makan gaji boleh membuata anggaran perbelanjaan mereka kerana mereka boleh menjangkakan pendapatan mereka. Jika mahu berbelanja lebih kenalah buat kerja 'over time'. Namun ada juga yang menjalankan perniagaan sampingan bagi menambahkan punca pendapatan mereka. Mereka ni memang kebisaannya mempunyai pendapatan yang agak lebih berbanding dengan yang hanya berharap gaji semata-mata.


Saya masih ingat bagaimana seorang pesara penjawat awam berkongsi pengalaman dan perasaan bersama saya suatu ketika dulu. Katanya, saya sangat sokong jika seseorang yang bekerja makan gaji tu menggunakan sebahagian daripada masanya yang terluang untuk menambah pendapatan secara berniaga. Masa berkhidmat kita boleh belajar dari pengalaman penglibatan dalam perniagaan yang kita lakukan. Bila pencen sekurang-kurangnya kita dah bersedia menghadapi pengalaman baru untuk berniaga. Katanya setelah berada dalam dunia pencen, dia merasakan dunia menjadi semakin sempit. Terasa kehilangan. Kehilangan orang bawahan, majikan, kuasa dan sebagainya. Malah ada yang merasakan seolah-olah hilang penghormatan terhadap mereka. dari segi pendapatan dah tentulah hilang sebahagian besar daripada yang sedia ada sebelum ni. Beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa mencari kerja kerana keperluan untuk perbelanjaan dan perubatan serta tanggungan. Wang simpanan dan ganjaran perkhidmatan biasanya habis hanya dalam jangkamasa setahu ke lima tahun. Tapi jika mereka sedar dari awal untuk membina perniagaan sewaktu masih berkhidmat, mereka boleh menyambung karier mereka dengan perniagaan telah mereka ceburi sebelum itu secara sepenuh masa.
Apa yang beliau kongsikan itu saya sentiasa ingat dan melakukan seperti apa yang beliau sarankan.

Oleh itu, saya ingin rakan pembaca semua membuka sedikit minda agar kita menanamkan minat untuk  belajar dan cuba menceburi bidang perniagaan mulai sekarang. Jika gagal tak mengapa kerana kita masih ada peluang untuk memperbetulkannya kerana kita tak rugi apa-apa sebab kita masih ada kerja. Namun jangan sampai mengabaikan kerja hakiki makan gaji buat masa ini. Mulakan duhulu dengan perniagaan yang bermodal kecil dan rendah risiko. bagi saya, pilihan saya ialah perniagaan MLM yang tidak memerlukan masa yang banyak, modal yang kecil. Tak perlukan pengalaman dan modal yang besar tapi sangat unik. Sebab itulah saya menceburi perniagaan ini kerana saya rasa inilah perniagaan yang sesuai dengan jiwa dan cara kehidupan saya. Saya bermula dengan tiada pengalaman. Kegagalan? Biasa..  Penolakan?.. Biasa...  Apa yang luar biasa? Penerimaan adalah luarbiasa. Kalau bisnes MLM, caranya hanya guna, cakap, tengok dan tiru. Unik bukan?
So, sesiapa yang berminat nak join bisnes macam saya hubungilah saya bagi meninjau dulu peluang yang ada di sini. Percayalah bahawa semua orang berhak untuk berjaya di dalam perniagaan. Besar atau kecil pencapain bergantung kepada usaha, cara dan strategi serta ilmu yang dimiliki. Namun semua itu boleh dipelajari daripada mereka yang telah berjaya yang dinamakan mentor dan juga pengalaman. Apa yang penting ialah tindakan kita di dalam mengejar kejayaan tersebut.