Sunday 24 June 2012

Rahsia Kejayaan Kolonel Sanders





Kolonel Sanders dan Resepi Rahsianya


Harland 'Colonel' Sanders


Ketika berusia 20 tahun.




Anda kenal tak siapa dia ni? Ya, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken. Beliau bersara ketika berusia 65tahun.  Semasa menerima pencen pertamanya, beliau rasa kecewa dan tidak berpuas hati. Beliau tidak menyalahkan orang lain tetapi menyalahkan dirinya sendiri kerana mendapat pendapatan kecil. Beliau seterusnya mencadangkan resepi ayam gorengh milik keluarganya kepada sebuah restoran tetapi ditolak mentah-mentah. Apa yang berlaku seterusnya?

Kolonel Sanders tidak berputus asa. Baginya dia tidak gagal, tetapi belum berjaya. Dia terus mencuba sehingga orang yang ke 1000 pun menolak resepi kebanggaannya itu. Akhirnya dia bertemu dengan orang yang ke 1009 dan dia pun berkata. 'Hmmm... resepi ini sungguh bagus!'

Sembilan tahun kemudian,, selepas perniagaannya maju, Kolonel Sanders menjual perniagaannya dengan harga USD2,000,000. Kini rangkaian restoran KFC terdapat di merata-rata dunia dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya Kolonel Sanders merasakan dirinya sudah gagal dan berputus asa adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaan seperti yang ada sekarang? Sudah tentu tidak? Jadi kenapa kita perlu berasa kecewa atau gagal?

Thomas Alva edison pernah berkata, "Ilham orang genius hanya menyumbangkan satu peratus kepada kejayaan, manakala 99 peratus lagi adalah usaha yang gigih." Beliau membuktukan kegigihannya dengan bekerja selama 18 jam sehari. Thomas Alva Edison mengambil masa 10 tahun bagi menghasilkan bateri nakel-besi-kadmium. Beliau melakukan klasifikasikan kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenis tumbuhan itu sahaja. Beliau mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya Thomas Alva Edison berjaya membuktikan kejayaannya dengan mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja. Apabila saudara mengatakan asudara gagal,, adakah saudara sudah melakukan seperti apa yang Thomas Alva Edison lakukan?

Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, "Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan." Ia sangat bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah Al-Insyirah, di mana Allah  menyebut, "Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan."

Begitulah dalam pengurusan masa dan kerja. Mungkin saudara berasa bahawa saudara jenis orang yang menangguhkan masa dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu! Jangan fikir saudara orang yang gagal, kerana ia akan memberi kesan yang mudarat kepada diri saudara. Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti. Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya.


Katakan
YA!... AKU KAYA DAN BERJAYA


isukawang.blogspot.com