Wednesday 18 June 2014

NAJIS BERDARAH

PENDARAHAN ketika buang air besar sesuatu yang membimbangkan, terutama di kalangan mereka yang lanjut usia. Namun, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan.
Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan.

Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, berkata jika seseorang mengalami masalah pendarahan ketika buang air besar biarpun hanya sekali, mereka dinasihati berjumpa doktor.

“Mereka perlu berjumpa doktor, terutama pakar pembedahan am atau usus besar, pakar gastroenterologi untuk mendapatkan kepastian sama ada siasatan lanjut patut dilakukan bagi memastikan tiada masalah ketumbuhan kanser usus besar atau rektum yang kini semakin menjadi-jadi.


Foto
BERLUBANG... lubang dalam usus besar yang menyebabkan buang air besar berdarah.


Foto
PENYEBAB... pendarahan dari salur darah tidak normal di dalam usus.


Foto
SAKIT... buasir menyebabkan pendarahan ketika buang air besar.


“Saya pernah melihat beberapa pesakit muda berumur 30 hingga 40 tahun berdepan masalah kanser usus besar. Selalunya ketumbuhan mereka sungguh agresif dan cepat merebak ke hati dan paru-paru,” katanya.

Pendarahan ketika membuang air besar punya banyak faktor, antaranya ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur.

Penyebab lain ialah buasir, luka di kawasan dubur, luka di dalam kawasan rektum, kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul dan polip iaitu ketumbuhan awal yang boleh bertukar menjadi kanser di kawasan usus dan rektum.

Penyakit divertikular iaitu dinding usus besar mempunyai lubang kecil juga menjadi punca buang air besar berdarah selain penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui dan jangkitan usus besar disebabkan kuman.

Selain itu, penyebab lain pendarahan ketika buang air besar ialah ischaemic colitis iaitu radang usus besar disebabkan kekurangan bekalan darah ke usus, radiation proctitis (radang/bengkak rektum disebabkan rawatan radioterapi terdahulu) serta pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar.

Doktor akan bertanya soalan lazim seperti sudah berapa lama simptom berlaku dan kekerapannya. Pesakit juga akan ditanya sama ada pendarahan itu merah terang atau gelap.

Kebiasaannya, lebih terang warna darah bermaksud pendarahan berlaku di kawasan sebelah kiri usus besar, rektum atau dubur. Jika darah berwarna gelap, pendarahan berpunca daripada kawasan usus besar, terutama di sebelah kanan.

“Jika darah bercampur najis, ia mungkin disebabkan masalah daripada lapisan mukosa usus besar seperti kanser, bengkak usus, polip dan lubang divertikulum di dalam usus besar.

“Jika pendarahan berlaku selepas najis keluar dan menitis-nitis, ia mungkin disebabkan pendarahan daripada buasir,” katanya.

Beliau berkata, doktor akan bertanya sama ada pesakit menyedari ada objek lain keluar atau boleh dirasai di kawasan dubur apabila membuang air besar. Jika ada, ini mungkin disebabkan ketumbuhan atau buasir.

“Doktor akan bertanya sama ada seseorang itu sakit apabila berlaku pendarahan. Jika sakit, adakah ia di kawasan perut (abdomen) atau dubur. Jika terasa begitu sakit di kawasan dubur ketika membuang air besar, diikuti pendarahan berwarna merah terang, ini mungkin disebabkan luka di kawasan dubur.

“Andai ada rasa tidak selesa, terutama pada bawah perut, ia mungkin kerana ada ketumbuhan usus besar atau radang/bengkak usus besar,” katanya.

Pesakit yang mengalami pendarahan ketika buang air besar mungkin berasa tidak puas dan kerap ke bilik air tetapi tidak banyak najis keluar. Perkara itu sangat merisaukan kerana ada kemungkinan wujud kanser di kawasan rektum, terutama jika ada lendir dan darah turut keluar.

Kehadiran penyakit kanser di dalam keluarga, terutama ibu bapa atau adik-beradik pesakit, meninggikan risiko kemungkinan pesakit mengalami masalah sama.


Penyebab masalah buang air besar berdarah:
  • Ketumbuhan kanser di dalam usus besar (kolon) dan rektum (bahagian hujung usus besar yang menyimpan najis) atau dubur;
  • Buasir;
  • Luka di kawasan dubur;
  • Luka di dalam kawasan rektum;
  • Kehadiran lubang kecil bersebelahan dubur yang mungkin pernah ada bisul;
  • Polip di kawasan usus dan rektum;
  • Dinding usus besar mempunyai lubang-lubang kecil;
  • Penyakit radang/bengkak usus yang sebabnya tidak diketahui;
  • Jangkitan usus besar disebabkan kuman;
  • Ischaemic colitis;
  • Radang/bengkak rektum disebabkan pernah menjalani rawatan radioterapi; 
  • Pendarahan daripada salur darah yang tidak normal di dalam usus besar.

  • Dengan mengamalkan pengambilan aloe vera gel Forever setiap hari, anda sebenarnya sedang melindungi dan memelihara usus anda dari serangan kanser usus. Malah ia juga membantu menjalakankan proses detoks toksin daripada tubuh anda selain daripada meningkatkan tenaga serta mencantikkan kulit. Ini kerana ia juga kaya dengan nutrien, mineral, asid amino serta bersifat alkali.