Saturday 23 June 2012

Sihat Adalah Kekayaan Dan Nikmat.

BAGAIMANA UNTUK KEKAL SIHAT?

Kali ni saya nak berkongsi tentang bab kesihatan. Sesuai dengan moto: Kesihatan kunci Kejayaan-Kekayaan-Kebebasan. 
Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak dihargai sehingga ia hilang dari kita. Ramai yang menyedari tentang tips kesihatan dan panduan gaya hidup yang sihat. Namun ramai yang tidak mampu mengamlkannya kerana ia menuntut pengorbanan yang besar.

Amalan hidup sihat melibatkan dua kunci utama iaitu Gaya Hidup & Pemakanan. Jika ingin hidup yang sihat, berilah penekanan kepada dua aspek tersebut.

Mari kita pertimbangkan panduantersebut supaya mudah diamalkan.

1. Bersenam setiap hari
Fizikal yang cergas dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan.

Tips bersenam secara berdisiplin
* Bersenam selama 30 minit sehari atau sekurang-kurangnya 150 bersenamrobik sederhana atau 75 minit
   bersenamrobik rancak dalam seminggu.
* Berjalan pantas
* Banyakkan berjalan sehari-hari sehingga 10,000 langkah sehari
* Sesekali  lakukan kerja rumah tanpa menggunakan mesin.

2. Tingkatkan Sistem Penghadaman
Sistem penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik ialah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang diperlukan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman manakala prebiotik pula adalah makanan berserat yang tidak tercerna yang menggalakkan pertumbuhan dan pengaktifan probiotik. Bakteria probiotiks sememangnya sedia wujud dalam perut manusia tetapi jumlahnya mungkin tidak mencukupi untuk keperluan sistem penghadaman yang lancar.

Tips untuk melancarkan sistem penghadaman
* Mengambil Nurich Lacto-Lite yang kaya dengan probiotik dan inulin setiap hari

* Mengambil makanan yang kaya dengan serat dan buah-buahan

3. Selaraskan pH tubuh.
Tubuh yang sihat adalah beralkali lemah iaitu sekitar pH 7.35- 7.45. Apabila badam kita menjadi semakin bertoksid, maka Ph tersebut menurun dan menunjukkan sifat berasid. Kesan sampingannya ialah keletihan, lemah ingatan, sakit badan dan sendi, susah tidur, sembelit, organ tidak dapat berfungsi dengan baik dan metabolisma yang rendah. Lebih buruk lagi, sel kanser lebih mudah membiak dan hidup subur dalam keadaan badan yang berasid.

Tips untuk mendapatkan pH badan yang sihat.
* Mengambil bahan organik yang kaya dengan mineral dan bersifat alkali seperti Garam Buluh Premier Drink
   dan Hai-O Garam Buluh Premier Cooking Salt Powder.


4. Banyakkan meminum air
Fungsi air ialah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantarkan khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Tanda kekurangan air ialah berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit belakang, sakit kepala dan sembelit.
Berapakah jumlah air yang diperlukan oleh seseorang dalam sehari?
Jumlahnya bergantung kepada aktiviti keadaan cuaca, berat dan tahap kesihatan seseorang. Menurut pakar kesihatan, jumlah air yang diperlukan oleh tubuh adalah dengan mengira berat dalam paun dan membahagikannya dgn dua. (1kg ~ 2.2046 paun; 1 liter ~ 33.8140 aun) Contohnya jika berat 72.5 kg perlu meminum air sebanyak 2.37 liter sehari.

Tips pemilihan air minuman
* Minum air bersih, selamat dan berkhasiat seperti Air Bio Aura yang bersifat Alkali, kaya dengan mineral dan bertenaga.
* Kurangkan pengambilam minuman yang tinggi kandungan gula, karbonat dan pewarna.

5. Pengurusan stress
Gaya hidup yang serba sibuk dangan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Sedikit stress juga berguna untuk mendorong kita melakukan perkara yang terbaik dan mengembangkan potensi diri. Manun pastikan stress berada dalam keadaan terkawal kerana stress yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang

Tips Pengurusan Stress
* Senyum selalu
* Tarik nafas dalam-dalam sekerap mungkin
* Kawal minda agar tidak terlalu emosi
* Lakukan aktiviti berfaedah seperti berbual-bual, mendengar lagu kesukaan serta melancong
* Menghadiri dan mempelajari teknik NLP, RKM, MMR daripada mereka yang pakar dalam bidang ini.

6. Tabiat makan yang baik
'We are what we eat'. Amalkan cara makan yang sihat seperti makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat.

Tips amalan pemakanan yang sihat
* Patuhi piramid makanan untuk makanan seimbang
* Pelbagaikan variasi makanan seharian supaya mendapat khasiat yang lebih lengkap
* Pilihlah makanan organik dan makanan segar
* Makan makanan yang lebih bersih dan suci. Penggunaan BIOzone Food Purifier dapat menulinkan makanan daripada bahan pencemar.

7. Hubungan Intim Suami Isteri
Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik unutk kesihatan seseorang. Rumahtangga yang bahagia bukan sahaj dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, malah memenuhi keperluan emosi, fizikal dan spiritual seseorang.

Tips untuk memupuk keluarga bahagia
* Hornati dan hargai pasangan
* Selalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga dan pasangan
* Menjaga penampilan diri dan kesihatan dengan mengambil makanan kesihatan seperti Hai-O Kacimah, Eury Jack, Herba Maharani, Cylgenic dan menggunakan Krim Nano Bio Ever.

Kesimpulannya, kesihatan dan kebahagiaan adalah salin berkait. Mereka yang bahagia biasanya sihat dan kelihatan gembira. Mererka yang benar-benar sihat pula kelihatan berseri dan bahagia. Kesihatan dan kebahagiaan adalah nikmat yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Nikmat kedua-dua anugerah ini boleh dikecapi dengan berbekalkan minda serta sikap yang positif.

Cepat kita lakukan tindakan bijak bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan dan berat badan yang berlebihan. Sertai kami dengan Program V3SR (Very Special Slimming Secret Recipe). Anda akan rasai kehebatannya!...





Untuk Tempahan

SMS <nama><tempat><Produk> kepada
012-9898714 @ 013-9829858 

Usahawan dan Pengedar DiAlu-Alukan. Sila lawati  isukawang.blogspot.com