Tuesday 25 February 2014

Selamat Tinggal, Toksin



Asas-asas Penyahtoksikan/ Detoksifikasi 

Adakah detoks benar-benar perlu? Jawapan pendeknya ialah YA. Kepelbagaian toksin yang kita hadapi setiap hari menyukarkan usaha badan untuk menyahtoksik / detoksifikasi, yang seterusnya menyebabkan badan lebih mudah terdedah kepada penyakit dan ketidakseimbangan hormon. 

Toksin menganggu metabolisme badan. Toksin juga membebankan sistem detoksifikasi hati dan buah ginjal kita, menggalakkan rintangan insulin, mengaktifkan tindak balas tekanan badan, menganggu fungsi tiroid dan meningkatkan keradangan – semuanya menyebabkan obesiti.


Penurunan berat badan menjadi lebih mudah, dan kesannya lebih panjang, jika badan anda telah mengumuhkan toksin-toksin tersebut melalui organ-organ berikut;

Hati

Organ detoksifikasi yang terbesar dan terpenting dalam badan kita. Kita memakan banyak bahan tidak diingini seperti bahan pengawet tiruan, bahan tambahan dan pewarna. Toksin-toksin berbahaya ini adalah toksin larut-lemak yang mesti dineutralkan oleh hati, justeru menjadi toksin larut-air dan dikumuhkan melalui buah pinggang atau usus.

Kolon (Usus besar)

Kolon adalah bertanggungjawab untuk mengumuhkan toksin dari badan dan menyuburkan badan. Sesetengah nutrien diserap di kolon. Jadi, jika badan anda menyimpan toksin dan mukus berlebihan, ia akan melekat pada dinding kolon, menjadikan ia amat sukar bagi badan anda untuk menyerap nutrien yang diperlukan dan mengumuhkan sisa-sisa toksin melalui peninjaan.

Buah pinggang

Buah pinggang adalah bertanggungjawab untuk menapis bahan buangan dan toksin larut air dari darah, dan mengumuhkan bahan buangan melalui air kencing. Air adalah penting untuk membantu buah pinggang melakukan tugasnya, jadi meminum air yang mencukupi semasa detoksifikasi adalah penting.

Kulit

Kulit adalah organ terbesar badan dan barisan pertama pertahanan badan. Tugasnya adalah untuk mengawalatur suhu badan dan juga mengumuhkan toksin melalui kelenjar peluh. 

No comments:

Post a Comment