Monday 17 February 2014





MLM PERNIAGAAN FRANCAIS MANUSIA

Pemasaran rangkaian (Multi-Level Marketing) adalah salah satu perniagaan yang paling pesat berkembang disamping menjadi kaedah pengedaran barangan dan perkhidmatan yang mengkagumkan dalam dunia pemasaran hari ini.
Perniagaan pemasaran rangkaian atau popular disebut MLM bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengguna malah memberi peluang kepada sesiapa juga untuk menjadi usahawan disamping turut menyumbang pertumbuhan ekonomi negara.
Di Amerika Syarikat, banyak syarikat besar yang tersenarai dalam FORTUNE 500 telah menubuhkan anak syarikat bagi menjalankan perniagaan MLM atau telah bertindak sebagai pembekal untuk syarikat MLM.
Di Malaysia tidak terkecuali, beberapa syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia telah menubuhkan anak syarikat untuk menjalankan perniagaan MLM. Ini membuktikan sistem pemasaran MLM adalah sistem pemasaran yang luar biasa yang boleh membawa kejayaan dalam pengedaran barangan terus kepada pengguna.
Pakar peramal ekonomi dunia yang tidak asing lagi, John Naissbitt menerusi buku popularnya “Magatrends Asia” menganggap MLM sebagai konsep perniagaan yang terbaik pada abad ke-21. Menurut John Naissbitt, tiga jenis perniagaan yang menguasai dunia pada abad ke-21 iaitu telekomunikasi, komputer (software&hardware) dan barangan kesihatan.Barangan kesihatan khususnya herba banyak dipasarkan melalui sistem jualan langsung termasuk MLM.
Penulis best seller yang terkenal “Rich Dad Poor Dad” , Robert T Kiyosaki dalam bukunya “The Business Schooll, For People Who Like Helping People” turut menyarankan sesiapa yang sedang mencari peluang perniagaan supaya menceburi perniagaan MLM malah ia juga boleh menjadi back up bisnes kepada mereka yang sudah memiliki perniagaan pada cara yang biasa.
MLM diasaskan oleh Dr Karl Ramburg (1940-an) merupakan perniagaan dari mulut ke mulut yang berasaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang telah mereka gunakan kepada orang yang mereka kenali.
Barangkali anda yang terlibat dalam dunia pemasaran ataupun pengkaji bidang pemasaran pernah mendengar kata-kata ini: “ The best advertising in the world is from word of mouth”. Tidak syak lagi iklan yang terbaik adalah yang dikeluarkan dari mulut ke mulut.Justeru, MLM adalah perniagaan pengedaran barangan atau perkhidmatan yang menggunakan kaedah pengiklanan dari mulut ke mulut, bukan melalui media cetak atau elektronik.
Seperti juga perniagaan francais, MLM berkembang daripada satu idea yang ringkas, hanya seorang sudah boleh melakukan kerja yang sebegitu banyak. Di sinilah letaknya peranan konsep duplikasi yang kukuh dan umpilan masa (menunjukkan cara berniaga kepada orang lain dan mendapat royalti daripadanya). Ia sama seperti francaisor yang mendapat royalty daripada frncaisee dalam industri francais.
Masanya akan tiba apabila ramai orang yang telah berjaya dalam perniagaan biasa menghadapi masalah menguruskan permintaan yang sentiasa meningkat untuk barangan atau perkhidmatan mereka. Mereka mengambil keputusan mengembangkan perniagaan dengan memberi lesen ataupun memfrancaiskan idea kepada orang lain. Hanya dengan sedikit bayaran yang merupakan satu peratusan daripada jualan yang dijana oleh perniagaan baru yang telah difrancaiskan.
Ini adalah satu situasi “menang-menang” bagi kedua-dua pihak iaitu pemilik asal perniagaan (francaisor) yang terus mendapat keuntungan daripada jualan tambahan yang dijanakan melalui rangkaian perniagaan baru itu. Pemilik perniagaan baru (francaisee) mempunyai peluang mendapatkan keuntungan daripada mengusahakan perniagaan barangan yang terbukti berjaya dan telahpun “establish.”
Kini francais merupakan sebahagian besar daripada kehidupan kita. Di mana-mana sahaja anda akan bertemu syarikat francais yang berjaya menjual segala-galanya bahkan salun rambut dan juga perniagaan pelancongan. Francais memperdagangkan lebih daripada satu per tiga daripada semua barangan dan perkhidmatan yang kita perlukan.
Jadi, apakah kena mengena francais dengan MLM? MLM sebenarnya lebih kurang sama dengan perniagaan francais. Bezanya barangan yang diniagakan dalam industri francais dipasarkan melalui outlet ataupun premis perniagaan manakala barangan MLM pula dipasarkan melalui manusia.
Seorang motivator yang terkenal, John Milton Fogg dalam bukunya “ The Greatest Networker” menganggap MLM adalah perniagaan francais manusia dan yuran francais yang paling rendah di dalam dunia ketika ini adalah francais manusia.
Memulakan perniagaan MLM jauh lebih mudah daripada memulakan perniagaan francais. Ini kerana perniagaan francais memerlukan jumlah pelaburan awal yang sangat besar untuk memulakannya sedangkan pendapatan yang diperolehi hanya semata-mata daripada hasil usaha anda sendiri.
Hanya pemilik francais (francaisor) boleh menjual lesen francais dan menjana pendapatan yang berterusan daripada royalti yang dibayar oleh pemegang lesen francais(francaisee).
Dalam MLM, Usahawan akan menjadi francaisee dengan kadar bayaran lesen francais yang sangat rendah (biasanya kurang dari RM100). Anda sebagai francaisee juga berupaya memfrancaiskan perniagaan anda kepada francaisee yang lain melalui proses penajaan lalu membentuk rangkaian perniagaan dalam kumpulan anda. Rangkaian perniagaan anda itu kemudiannya boleh memfrancaiskan perniagaan mereka kepada orang lain dan begitulah seterusnya proses multi-level francaisee berlaku.
Berbeza francais outlet, hanya pemilik asal perniagaan (francaisor) yang boleh memfrancaiskan perniagaan mereka kepada pihak lain (francaisee). Francaisee tidak dibenarkan sama sekali memfrancaiskan perniagaan francaisor kepada francaisee yang lain.
Hal ini memberikan anda potensi mendapatkan royalti ataupun peratusan jualan yang tidak terbatas yang dibuat oleh generasi perniagaan yang wujud di bawah rangkaian (cawangan francais) anda. Dalam MLM kita menyebut usahawan sebagai Pengedar Berdikari dan royalti sebagai bonus serta berpeluang memiliki pendapatan sisa (Leverage).
Sudah tentu bonus dan pendapatan sisa dibayar apabila produk dalam syarikat MLM berjaya dijual. Inilah yang menyebabkan isu atau kekeliruan timbul. Apabila topik MLM dibincangkan, kebanyakan orang berfikir mereka perlu menjual produk sehingga mencapai ribuan ringgit untuk berjaya. Jualan, sungguhpun penting, tetapi tidak boleh terlalu ditekankan (kerana jika tiada jualan , tiada bayaran), kejayaan sebenar datangnya daripada pembinaan organisasi pemasaran yang kukuh.
Anda akan dapati sambil membina perniagaan, kebanyakan jualan datang dengan sendirinya sebagai hasil daripada tenaga yang anda curahkan dalam membina perniagaan itu, bukannya menjual seperti single level. Apabila anda membina organisasi MLM, anda sebenarnya membina satu rangkaian yang boleh menyalurkan produk ke tangan pengguna yang lain. Itulah sebabnya istilah pemasaran rangkaian paling kerap digunakan.
Proses jualan dalam MLM berlaku secara semulajadi sebagai hasil daripada perkongsian produk dengan rakan-rakan, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan dan sebagainya. Pelanggan akan membeli sesuatu produk melalui seseorang yang mereka percaya berbanding orang yang tidak dikenali. Perkongsian dalam MLM bermaksud, menukar jenama barangan yang biasa digunakan setiap hari dengan jenama barangan syarikat MLM yang lebih menguntungkan.
Salah anggapan terhadap perniagaan MLM berpunca daripada pandangan umum terhadap sistem piramid yang tidak diperbetulkan. Oleh kerana MLM boleh memberikan pendapatan yang lumayan, banyak skim piramid dan agihan rangkaian cuba mengambil kesempatan dengan menamakan organisasi mereka sebagai satu program MLM yang sah disisi undang-undang. Ini menyebabkan orang terkeliru sehingga tidak dapat membezakan MLM yang tulen atau palsu.
Pengetahuan serta pemahaman tentang cara kerja MLM dan fakta mengenainya sangatlah penting untuk membezakan skim yang palsu. Skim Piramid biasanya menghasilkan pendapatan berdasarkan yuran pendaftaran yang dibayar oleh orang ramai yang mendaftar dalam program mereka, ataupun bayaran pembelian sesuatu barangan yang harganya diragui. Ini menyebabkan tiada siapapun ingin membeli sesuatu tanpa mendapat peluang menambah pendapatan dengan mengajar orang lain melakukan perkara yang sama.
Tidak ada istilah piramid dalam MLM yang tulen kerana ia bergerak atas dasar usaha individu tidak kira menyertai sesebuah syarikat lebih awal atau lambat. Orang yang menyertai lebih awal tetapi tidak menggerakkan produk ke tangan pengguna lain, dia tidak akan meraih faedah daripada syarikat.
Jika pemasaran rangkaian sering disalah tafsir sebagai mengayakan orang atas, apa kurangnya dengan sistem pekerjaan biasa.Keadaan inilebih ketara bagi mereka yang bekerja di sektor swasta.
Pendapatan pekerja bawahan tidak mungkin boleh mengatasi pekerja atasan baik pengurus ataupun penyelia, jauh sekali majikan. Berbeza dengan MLM, orang yang berada di posisi bawah (downline) boleh mengatasi kedudukan mereka yang berada di atas (upline) kerana sistem MLM adalah adil untuk mereka yang berusaha gigih.
MLM adalah perniagaan. Apabila disebut perniagaan sudah tentu melibatkan elemen untung dan rugi. Mana-mana konsep perniagaan mesti ada untung dan rugi. MLM sama juga dengan perniagaan yang lain. Namun uniknya, ia adalah perniagaan luar biasa. Tidak perlu modal besar atau simpan stok yang banyak tetapi boleh capai turn over sebulan sampai berjuta ringgit.
Perniagaan MLM hanya bermula melalui penggunaan produk kegunaan harian dengan menukar jenama dan tempat berbelanja kepada jenama dan kedai syarikat MLM. Melalui konsep “menang-menang”, pengguna mendapat faedah jauh lebih baik serta menguntungkan daripada menggunakan barangan jenama biasa. Maksud “menang-menang” adalah perkongsian untung antara syarikat pengeluar produk dengan pengguna produk.
Perniagaan MLM tidak memerlukan anda membeli serta menyimpan stok yang terlalu banyak untuk berniaga. Juga tidak perlu menyewa atau membeli premis perniagaan dan tidak perlu cari serta bayar gaji pekerja kerana tiada istilah pekerja dalam perniagaan MLM. Yang ada hanyalah independent business network (rangkaian usahawan bebas).
Anda juga tidak perlu cipta produk atau buat R&D kerana semuanya sudah tersedia untuk anda.Anda Cuma memasarkannya sahaja kepada pengguna yang lain melalui konsep pengguna bijak. Juga tidak perlu pening kepala untuk membuat akaun kerana komputer syarikat MLM yang kirakan akaun untuk anda. Inilah keluarbiasaan perniagaan MLM.
Dipetik daripada Majalah Usahawan keluaran September-Oktober 2004

 Bertindak sekarang untuk mencapai impian anda!
PERBEZAAN ANTARA S
Perancangan
Sistem MLM
Sistem Binari
Sistem Piramid
Imej syarikatBaik dan mantap Tidak mantap; menggunakan orang berkuasa dan kaya sebagai daya penarik. Tidak mantap
Konsep syarikat Membekalkan produk bermutu dan memberikan perkhidmatan kepuasan pelanggan secara berterusanSkim cepat kaya yang kononnya dapat menjadikan seseorang itu jutawan segera dengan hanya menuyumbangkan sekurang-kurangnya RM20Skim cepat kaya
Strategi syarikat Penekanan seimbang terhadap rangkaian produk dan rangkaian pengedar.  Menekankan rangkaian yang mengandungi 2 atau kurang daripada 10 orang;  harus mengikuti "Lot" tertentu untuk mengembangkan kumpulan dan menyifatkannya sebagai kerja mudah dan cepat. Menitikberatkan penajaan lebih daripada penjualan. Komisen berdasarkan  bilangan tajaan yang dibuat.
Pelan pembangunan  perniagaanAdil dan saksama. Tidak logik dan tidak adil Tidak adil; ahli berpangkat tinggi menerima sebahagian besar pendapatan. 
Yuran keahlian Munasabah dan berpatutan Tidak munasabah; yuran keahlian rendah tetapi produk mahal. Perlu membeli banyak produk dalam jangka masa pendek
Visi syarikat Jangka panjang Jangka pendek Jangka pendek
Keuntungan pengedar Keuntungan jualan dan bonus syarikat. Sumber komisen daripada penajaan dan perlu memenuhi "Lot" tertentu untuk  mendapat bonus harian/mingguan. Sumber komisen daripada penajaan.
Jaminan pengedar Disokong oleh syarat dan peraturan syarikat serta Akta Jualan Langsung.  Syarat dan peraturan syarikat kabur; melanggar Akta Jualan Langsung.  Syarat dan peraturan Syarikat kabur; melanggar Akta Jualan Langsung. 
Latihan pengedar "Home Party" sebagai mesyuarat asas disokong oleh tatacara latihan sistematik. Tiada sistem latihan yang tertentu; penekanan hanya kepada perancangan dan muslihat wang. Tiada sistem latihan tertentu dan penekanan kepada suasana berkobar-kobar. 
Publisiti Praktikal, bersesuaian, mantap Penekanan kepada muslihat wang Muslihat psikologi dan mental
ProdukUnik;  rangkaian produk yang luas dengan harga berpatutan. Produk mewah yang dijual pada harga yang tinggi. Jenis produk terhad dan sangat tinggi harganya.
Jaminan produk dan  liabiliti Maklumat yang jelas dan praktikal tentang liabiliti produk. Tidak menyediakan maklumat yang jelas tentang liabiliti produk.  Tidak menyediakan maklumat yang jelas tentang liabiliti produk.