Thursday 3 November 2011

Nikmat Allah

Bersyukurlah Kepada Allah

Dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Mungkin kerana faktor sangat sederhana menyebabkan hati meronta-ronta untuk berubah meningkatkan taraf kehidupan. Masa kecil saya bercita-cita untuk menjawat kerjaya yang bagus apabila besar nanti. sebab itulah saya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menempatkan diri di universiti dan berjaya menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Namun apa yang saya capai sebenarnya masih boleh ditingkatkan lagi. Apatah lagi bila melalui zaman keluarga membuatkan saya terpaksa mencari ruang untuk menambah pendapatan bagi mencukupkan keperluan yang diperlukan. Maka saya mencari-cari peluang untuk menarik rezeki agar datang lebih banyak kepada saya. Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan cara berniaga. Sehinggalah saya ditemukan dengan perniagaan sistem berangkaian. Alhamdulillah... 
         
 Sepanjang penglibatan diri dalam perniagaan berangkaian ini, berbagai pengalaman yang manis dan pahit dilalui. Tapi apa yang saya rasakan ialah betapa beruntung dan bersyukurnya saya kepada Allah kerana memilih dengan membuka hati saya untuk berada dalam perjuangan ini. Kata orang-orang tua yang berjaya memang betul. Masakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung. 

        Alhamdulillah, saya telah menikmati banyak sangat perubahan dan peningkatan dalam hidup setelah bergelumang dalam bidang perniagaan. Manis dirasai, pahit pun dirasai. Tapi bila kejayaan dirasai,segala yang pahit dan perit hanya menjadi hiasan dan kenangan yang manis unutk dikenangkan.

        Nasihat saya kepada rakan-rakan yang ingin berjaya. Pastikan pasangan dan ibubapa anda memahami dan mengetahui apa yang anda lakukan. Mereka adalah penguat semangat ketika sedang berjuang. Ketika kita susah, kita perlukan kekuatan sokongan dan semangat untuk terus berjuang. Ketika kita berjaya, kita perlukan seseorang unutk dikongsikan bersama. Itulah naluri manusia yang perlukan kepada seseorang. Itulah yang dilalui oleh insan sejak bermula manusia pertama dijadikan iaitu Adam yang memerlukan seseorang untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan di dalam syurga. Rasulullah SAW pun ditemani isteri tercinta dan sahabat di dalam perjuangan menegakkan Islam.

       Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Kau telah memberikan rezeki dan nikmat yang lebih daripada apa yang pernah difikirkan dan diminta. Kau Maha Kaya & Maha Pemurah.. Tak terhitung nikmatMu kerana Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

      


Ni ustaz tau..!


Isteri Tercinta...

Sewaktu kecil bersama Arwah Nenek Dan Bapa Saudara

Bersama Rakan-Rakan


'Berjuanglah selagi nyawa masih di jasad'

Fikir Sejenak

Adakalanya kita tak tahu apakah situasi sebenar tentang diri kita mengenai tahap kewangan.




Wang hanya suka dan datang kepada sesiapa yang menyukainya. Begitulah sebaliknya. Gunakan getaran kasih sayang untuk menarik wang dan rezeki di sekeliling kita.

Maka dengan itu, kenalpastilah situasi keadaan diri kita. Yang pasti, siapakah diri kita pada hari esok adalah bergantung pada keputusan yang kita buat pada hari ini. Marilah Sertai kami dengan Sistem Hebat  Perniagaan kami.