Wednesday 15 January 2014

Ride Memburu Patin Masak Tempoyak Mulidurrasul 1435 Hijrah.

Tempat yang dituju : Bandar Temerloh, Bandar Ikan Patin.
Tarikh : 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awal 1435 Hijrah




Memang meriah bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan sahabat dari seluruh pelusuk Pahang bagi mengeratkan tali silaturrahim. Ada juga yang datang dari luar negeri Pahang.
Sempena cuti sambutan Maulidurrasul 1435 Hijrah, Pahang Blade Fighters, PBF group telah menganjurkan program memburu masak tempoyak ikan sempena di Temerloh bertempat di Go Bang Patin Temerloh. Turut serta ialah ER6- Owner Kuantan Community, Eastern Rider Socities serta beberapa group lain seperti Benelli Community Kuantan, T2 Kuantan Owner, Kuantan Ninja Community dan Jengka-Maran Bikers. Lebih daripada 100 motorsikal berkuasa tinggi menyertai program diadakan selama sehari ini
dengan berkumpul untuk makan tengahari bersama. Selepas makan ikan patin, semua bersolat zuhur berjemaah di Masjid Sultan Abu Bakar.

Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.