Monday 21 May 2012

Anda Ada Hak Untuk Sihat & Cantik

Uruskan Badan Agar Sentiasa Sihat-Cantik-Anggun & Seksi.



 Sememangnya kita patut menjaga tubuh badan agar sentiasa berasa dalam kondisi yang terbaek.. iaitu sihat, cantik, anggun dan seksi. Namun tidak ramai yang melakukannya dan mengambil sikap remeh temeh. Bila dah sakit diserang berbagai-bagai jenis penyakit, barulah menggelabah dan menyesal. Aduh.. Kenapa nasib aku jadi begini?.. Mula merintih..



Oleh itu marilah kita mulakan daripada sekarang untuk menyayangi tubuh badan kita jika baru saat ini anda menyedarinya.
Bagaimana?.. Peruntukan masa untuk diri berehat, bersenam serta mengambil makana kesihatan atau makanan tambahan bagi meyeimbangkan keperluan tubuh badan. Cuba tanya diri sendiri adakah kita menyediakan 'maintanance' yang baik untuk hati, jantung, buah pinggang, otak, usus dan lain-lain organ dalam tubuh kita. Kita makan berbagai-bagai jenis makanan yang makhluk lain pun tak melakukan seperti kita. Cuba anda bayangkan, berapa kali anda melakukan rawatan dan pemeriksaan kesihatan sepanjang hayat anda. Ada yang tak pernah langsung. Bila dah sakit barulah nak jumpa doktor. Makan pun ikut sedap dan selera, bukan ikut keperluan. Hari-hari perut terpaksa melakukan kerja dengan memproses makanan tak kira siang atau malam. bagi umat Islam, umatnya diwajibkan berpuasa di bulan Ramadha.  Masa ni barulah perut boleh berehat. Itupun kalau mereka tak pulun balik selepas berbuka dimalam harinya.

Disebabkan pengambilan makanan yang tidak berdisiplin, maka kita lihat hari ini ramai telah menjadi gemuk atau obesiti. Mungkin kerana faktor kestabilan ekonomi yang baik serta kerja yang tidak menentu masa. Restoran dan kedai makan bercambah di merta tempat sentiasa melayani pelanggan sepanjang masa. malah ada restoran dan restoran makanan segera yang menjalankan perkhidmatan 24 jam. Hari ini KFC, Mc Donald, Burger King dan berbagai-bagai lagi yang seumpamanya dah menjadi seperti kedai runcit seperti 7eleven. Boleh dikatakan anak-anak kecil pun dah tak hairan dah. Kat kampung pun wujud KFC.



Akibat permintaan yang tinggi daripada mereka yang tersedar bahawa mereka dah gemuk dan takde bentuk badan lagi, maka berlakulah perniagaan untuk menguruskan badan seperti Marie France, London Management dan banyak lagi. Ada juga pergi buat 'sedut lemak'. Namun berapa ramai yang mampu untuk menerima perkhidmatan daripada mereka ini? Maklumlah.. bukan murah harganya. Lainlah untuk mereka yang berduit. Namun ada juga yang memaksa diri untuk mendapatkan program ini dengan membuat pinjaman dan sebagainya. Tapi bila dah mula cantik balik, dah mula lupa nak disiplin diri dan balik semula melanggar pantang untuk berdisiplin menjada makan dan kesihatan.


Bagi saya, cara yang terbaik ialah bermula dengan kesedaran menjaga pengambilan makanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat sebelum terlambat.  Jika anda telah mengalami masalah obesiti dan kegemukan, anda boleh gunakan kaedah tersendiri yang jauh lebih murah dan selamat. Saya dan isteri mengamalkan kaedah tersendiri dengan mengambil makanan kesihatan dan bersenam. Kesihatan dan kecantikan hendaklah dimulakan dari dalam. Kita tak mahu hanya sekadar cantik di luar tetapi tidak di dalam. Mungkin ada yang mengganggap bahawa program menurunkan berat badan secara luaran itu sihat dan cantik. Tapi sebenarnya tidak. Sebab itulah kita mesti menjaga organ dalaman kita terlebih dahulu. Bagaimana caranya? Amalkan pemakanan yang sihat serta pengambilan makanan kesihatan kerana kita tidak mampu untuk mendapatkan makanan yang lengkap untuk kesihatan. Mungkin juga kita tidak memakan makanan yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Dengan cara ini kita boleh mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung, kanser, sakit buah pinggang dan berbagai lagi masalah kesihatan.




Jesteru itu saya menggunakan kombinasi senaman dan pemakanan kesihatan untuk menurunkan berat badan serta mengekalkan kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman. Alhamdulillah, betapa nikmatnya bila kita sihat. Sebab itulah saya mengatakan bahawa Kesihatan adalah kunci kekayaan. Jika anda berminat untuk mengetahui kaedah Slimming Programme yang kami jalankan serta amalkan, silalah hubungi kami. Jangan bertangguh.. Segeralah hubungi unutk perkongsian.


ANTARA PRODUK PEMAKANAN KESIHATAN DAN KRIM KESIHATAN YANG TERDAPAT DI PASARAN.















Hubungi 012-9898714 / 013-9829858- Bahtier @ 017-9898714/013-9845898- Lin untuk perkongsian maklumat bersama anda.
www.isukawang.blogspot.com