Wednesday 2 April 2014

Berniagalah Walau Dengan Modal Yang Kecil




Semua orang suka duit. Malanglah jika ada yang tak suka duit! Duit hanya akan datang kepada mereka yang benar-benar sukakannya. Tapi bukan bermakna sehingga kita sanggup menghalalkan cara bagi mendapatkannya. Yang patut kita buat ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendpatkannya dengan cara yang betul. Ia aka mendatangkan kesan kepada kehidupan kita bergantung kepada cara kita mendapatkannya. Oleh itu, berhati-hati dalam hal kita mencari duit untuk keperluan kita.

Kita boleh perolehi wang dengan perbagai cara. Namun secara dasarnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu makan gaji dan berniaga. Secara agihan pendapatan dalam pertumbuhan ekonomi, 10% sumber ekonomi datang daripada pendapatan makan gaji samada mereka bekerja dalam bidang perkhidmatan atau perniagaan, manakala 90% lagi datang melalui perniagaan. Maknanya, apa yang nabi kata bahawa 9/10 rezeki itu datang daripada pintu perniagaan memanglah betul.

Kepada mereka yang bekerja makan gaji sudah tentu pendapatan mereka adalah terjamin, namun ianya sudah dihadkan. Ini bermakna taraf dan gaya hidup mereka juga adalah hampir sama. Berbeza denngan mereka yang berniaga sendiri di mana pendapatan mereka tidak menentu dan tidak terjamin berapakah jumlah yang mereka akan bawa pulang setiap hari atau setiap bulan. Namun ianya tiada had bergantung kepada usaha, strategi dan kesungguhan mereka di dalam menjalankan perniagaan. Kebergantungan mereka ini adalah seratus peratus kepada Allah dan usaha yang mereka lakukan. Namun percayalah, pendapatan yang mereka bawa pulang kepada keluarga mereka adalah jauh lebih banyak daripada mereka yang kebanyakannya bekerja makan gaji.

Kita pernah mendengar pepatah ada mengatakan ,"Jika seorang peniaga itu hidup miskin kerana berniaga, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada perniaagaannya. Begitu juga jika seorang yang semata-mata dibayar gaji yang hidupnya kaya raya, pasti juga sesuatu ada yang tidak kena telah berlaku kepada kerjanya."

Daripada kenyataan yang diberikan, telah timbul pelbagai persoalan, Macam mana nak berniaga kalau masa dah dihabiskan banyak ditempat kerja? Macam mana dengan 'title' yang disandang? Nanti apa orang kata? Modal takde.., takde pengalama... dan berbagai-bagai lagi alasan dan persoalan.
Tapi saya nak tanya balik. Adakah kita akan terus menggunakan 'title' kita tu apabila kita pencen? Jika ada 'title' pun adakah ianya membawa maksud dengan kuasa dan ganjaran pendapatan ketika itu? Apakah kerjaya kita tu boleh diwariskan kepada anak-anak?, Apakah kita tahu kita akan terus bekerja di tempat yang sama? Dan yang paling penting untuk kita jawab adakah kita mencukupkan segala keperluan kita tanpa mengharapkan orang lain seperti tabung pendidikan, tabung kebajikan, tabung kesihatan, tabung persaraan yang mencukupi.

Hasil daripada kajian KWSP sendiri mendapati kebanyakan, warga pencen telah kehabisan wang hari tua mereka hanya tidak sampai 5 tahun sahaja. Apa yang terjadi kepada mereka ini selepas itu? Terpaksa bekerja lagi kerana keperluan hidup yang mendesak. Pendapatan pencen mereka juga tidak cukup kerana mereka hanya menerima separuh sahaja daripada bayaran akhir gaji mereka. Sebab itulah ramai yang kita jumpa kebanyakan mereka ini terpaksa bekerja lagi demi memenuhi keperluan hidup. Sedangkan sewaktu berkhidmat pun mereka terpaksa berhutang apatah lagi setelah pencen. Tapi adalah sulit mereka untuk mereka mendapatkan pinjaman kerana faktor usia dan kerja.

Di sini saya ingin membuka minda anda untuk melihat peluang untuk anda memulakan perniagaan sewaktu masih berkhidmat. Anda tak perlu berhenti kerja. Anda hanya perlu menggunakan sebahagian daripada masa anda untuk mula belajar dan membina perniagaan anda. Kita mesti bermula dengan belajar dan berusaha meningkatkannya. Tidak salah anda belajar kan? setidak-tidaknya anda dah menyiapkan diri dengan cabaran   dan ilmu perniagaan. Saya sendiri adalah seorang guru yang sehingga kini masih lagi mengajar di salah sebuah sekolah di Kuantan. Tiada alasan jika kita ingin berjaya. Saya memilih perniagaan berkonsepkan MLM kerana ianya sangat sesuai untuk orang seperti saya. Takde modal besar, takde masa, takde kawan, takde bakat dan bukan dilahirkan dalam keluarga berniaga. Tapi di sini ada sistem yang membantu untuk orang seperti saya berjaya dalam perniagaan. Saya rasa inilah peluang perniagaan yang terbaik pernah saya ikuti.
Saya memilih syarikat yang kukuh, stabil dan berkredibiliti untuk menyertainya. Ini adalah kerana saya tidak mahu perjalanan perniagaan terganggu akibat masalah serta kelemahan syarikat. Oleh itu saya memilih untuk menjalankan perniagaan Multi Level Markerting, MLM dgn syarikat Forever Living Product, FLP. Sebelum inipun saya pernah menyertai beberapa syarikat MLM lain. Namun FLP sangat unik dan tiada pada mana-mana syarikat lain dalam pelan pemasaran serta syarikat itu sendiri. Apa yang saya pilih ialah sebagai USAHAWAN, bukan JURUJUAL!

Alhamdulillah.. Saya bersyukur kepada  Tuhan kerana telah membuka peluang ini kepada saya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendapatan yang diperolehi setiap bulan banyak membantu menyelesaikan banyak perkara tertangguh sebelum ini. Berkat doa dan usaha serta bimbingan dan dorongan daripada isteri, leader-leader serta rakan kongsi dan syarikat, saya akhirnya berjaya mencapai anugerah pangkat tertinggi sebagai usahawan jutawan hanya dalam masa beberapa bulan bulan sahaja. Kini saya sedang berusaha untuk melebarkan rangkaian usahawan jutawan seperti saya kepada orang lain. Mugkin mereka itu adalah anda. Saya sangat mengalu-alukan penyertaan anda bersama kami sebagai usahawan.
Selain daripada menjana pendapatan setiap bulan secara sambilan, saya berpeluang menyertai seminar seberang laut secara percuma setiap tahun, peluang mengerjakan umrah setiap tahun, insentif produk, insentif penajaan, pengiktirafan kepada usahawan, tabung kereta dan banyak lagi. Fuhh.. Memang berbaloi dan menguntungkan. Syarikat juga menjalankan sistem pengurusan dengan cekap dan cepat.

Anda boleh menggandakan pendapatan anda tanpa perlu bertukar kerja. Bagaimana?
Luangkan sedikit masa anda untuk mendengar peluang perniagaan dan pengalaman dari kami. Percayalah anda akan rasa menyesal di suatu hari nanti jika lewat menghubungi dan bertemu kami. Cubalah beri peluang kepada diri anda untuk melihat peluang yang disediakan ini. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Tindakan hari ini mencerminkan kehidupan masa depan anda.

Hubungi Segera

atau WhatsApp kepada saya di 012-9898714 @ 013-9845898


Penyertaan Anda Sebagai Usahawan Networking Bersama Kami Amat Dialu-Alukan.