Sunday 3 June 2012

Cantiknya Ciptaan Tuhan

Obor-Obor



Cantikkan? Hebatnya kejadian Tuhan.

Pernah tengok benda ni? Nilah obor-obor. Boleh jumpa selalu kat pantai. Obor-obor ni memang cantik. Takde tulang pun. Tapi orang kata bahaya sebab kalau kena boleh jadi gatal-gatal.  Namun ada juga orang kata obor-obor ni ada orang yang makan. Tapi kena tahu cara untuk buang racunnya. Entahlah..
Masa kecik-kecik dulu saya suka makan sate cucuk kering. Orang kata ia dibuat daripada ubi kayu. Ada juga yang kata daripada sotong. Namun ada juga yang kata ia dibuat daripada obor-obor. Tapi masa tu tak kira sangat.. Belasah je...

Alhamdulillah.. Syukur kepada Tuhan kerana Allah pilih untuk saya dan keluarga menetap berhampiran dengan pantai walaupun kami bukanlah asal orang pantai. Masa kecik-kecik dulu kami adik-beradik selalu ajak arwah abah dan mak pergi mandi pantai. Tapi bukannya selalu dapat. Maklumlah sebab kami anak peneroka. Memang jauh la rumah dari pantai. Asal kampung abah dan emak pun memang jauh dari pantai. Bila dapat pergi main dan mandi pantai, bukan main seronoknya. Saya selalu berangan-angan kalau rumah dekat dengan pantai alangkah bestnya.. 
Kini kami menetap di Beserah Kuantan. Memang best tinggal kat sini. Belakang rumah dekat hutan dan berbukit. Depan rumah pula sebenarnya menghadap menghala ke pantai. Tapi taklah betul-betuil depan rumah. Alhamdulillah.. Rasa puas hati. Anak-anak pun suka tinggal kat sini.



Ambil gambar obor-obor yang terdampar di pantai.




Di Pantai Pelindung, Beserah Kuantan, Pahang.






Bersantai bersama saudara mara yang berkunjung ke rumah. Seronok walaupun lama tak jumpa.


Kalau tempat macam ni lagi BEST!


www.isukawang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment