Tuesday 22 May 2012

Teringat Masa Dulu-Dulu: Kenapa Aku Mesti Berubah?


Percayalah... Anda Mampu Mengubahnya.



 Dulu kami adalah insan yang biasa-biasa je. Hidup serba sederhana. Maklumlah ketika itu pendapatan bulanan hanya bergantung kepada gaji sebagai seorang guru (masa tu gaji kecik). Isteri adalah seorang suri rumah terpaksa menjual nasi lemak sebab nak bantu ringankan beban. Kami hnya mampu menyewa rumah dgn kadar sewa rm35 sebulan. Tiada perabut dalam rumah kecuali katil kahwin dan almari solek. Selepas itu kami berpeluang mendiami kuaters guru dengan potongan dari elaun perumahan. Perabut adalah.. tapi hak kerajaan. Syukur Alhamdulillah. Tapi pendapatan kalau nak dikirakan memang tak cukup. Tapi kami usahakan dengan buat kerja sampingan seperti kelas tambahan. Saya mengajar di kawasan Felda iaitu tempat saya belajar dan dibesarkan. Kelas tambahan tidak seperti di bandar. Mereka kurang kesedaran untuk ke kelas tambhan. Apatah lagi kalau berbayar.

Kami sering membina impian bersama dan berkata bahawa suatu hari nanti kami akan hidup senang dengan berniaga. Itulah yang sering saya ucapkan kepada isteri jika ketika itu kami tiada wang.
Hutang? Jangan nak katalah. Memang tak dapat nak elak. Dalam slip gaji dah potong hingga 58%. Slip gaji pun dah tak laku kat bank. Itulah yang saya tengok terjadi kepada rakan-rakan yang lain.


Siang malam kami sering berangan-angan untuk memiliki rumah idaman serta memandu kereta mewah, mempunyai wang yang banyak tanpa berkira-kira jika nak berbelanja. Boleh dikatakan tidur malam pun sering bermimpi seperti apa yang sering diangan-angankan.
Alhamdulillah, suatu hari saya telah dipertemukan dengan insan-insan hebat yang telah merubah kehidupan kami suami isteri sekeluarga. Bukan kami sahaja, malah adik-adik kami pun tumpang merasai perubahan ini bersama. Kami telah mengambil keputusan untuk menyertai Peluang perniagaan sebagai Usahawan MLM. Berkat bimbingan serta sistem yang diamalkan, kami telah berubah 360 darjah. Di sini kami diajar bagaimana menjadi usahawan sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Berniaga ini juga adalah sunnah Rasulullah saw. Bagaimana Rasulullah berniaga? Apakah amalan dalam perniagaan Nabi?
Kehebatan yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang Kehebatan Rahsia Kuasa Minda. Itulah sebabnya kenapa ramai daripada usahawan berjaya di dalam mencari dan merealisaikan impian mereka.
Kalau ditanya kepada kami apa yang kami dapat setelah menyertai MLM? Jawapannya, kami dapat apa yang orang berjaya dapat. Yang paling berharga dan unik dalam ialah kekuatan menguasai PLAN PEMASARAN. Dengan peluang ini saya dan isteri memperolehi apa yang kami inginkan dan impikan sebelum ini. Siapa tak gembira? Kami menjana pendapatan setiap bulan. Selain daripada itu, kami mengecapi keseronokan melancong ke luar negara setiap tahun. Memang menyeronokkan. Adik-adik juga menyertai kami setelah melihat kejayaan kami. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih Allah. Terima Kasih Mentor-Mentor. Terima kasih Allah. Rugi kepada sesipa yang tahu pasal MLM tapi tidak menyertainya. Tambah rugi pula kalau dah mnyertai tetapi tidak bersungguh-sungguh merebut peluang kejayaan di sini.
Terima kasih semua mentor-mentor hebat, isteri yang tercinta Fazilah Mad Kasim adik-adik serta semua rakan kongsi yang lain. Ubahlah diri anda terlebih dahulu, nescaya anda mampu untuk merubah dunia!

Saya sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja yang ingin seperti kami. Insyaalla.. rezeki Allah sangat luas. Minta dan berusahlah bersungguh-sungguh jika anda benar-benar inginkannya.

- Cikgu Bahtier Abu Bakar










No comments:

Post a Comment