Saturday 24 December 2011

Artikel Pilihan: Perniagaan MLM


Apakah Itu Multi Level Marketing (MLM)?



Tun Mahathir menjemput mereka yang menganggur dan tenaga yang tidak digunakan sepenuhnya di tempat kerja melibatkan diri di dalam industri MLM untuk maju demi mencapai Wawasan 2020.
Tanggapan Negatif tentang MLM adalah satu isi hangat diperkatakan. Mereka sememangnya tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan ini dan tidak meneliti serta selidik terlebih dahulu tentang perkara ini. Mari kita kaji apa itu sebenarnya Multi Level Marketing.
MLM atau Pemasaran Berbilang Tingkat juga dikenali sebagai Pemasaran Berangkai (Network Marketing) adalah satu komponen yang penting di dalam Industri Jualan Langsung. Ianya telah berpuluh tahun terbukti sebagai satu kaedah yang terbaik dan paling berkesan kepada syarikat Jualan langsung di dalam menyampaikan produk atau perkhidmatan terus kepada pengguna, di mana ianya memberi ganjaran kepada pengedar atau jurujual bebas.
Tujuan mukasurat ini adalah untuk menjelaskan Apa Itu MLM dan kelebihan menjalankan perniagaan dengan menggunakan sistem ini:
Pada tahun 2007 dianggarkan jualan runcit Jualan Langsung daripada ahli yang berdaftar di seluruh dunia melebihi USD 105 Billion yang melalui pelbagai aktiviti lebih daripada 61 juta pengedar bebas Jualan Langsung. Jualan Langsung (MLM) bermaksud sebagai pemasaran produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan cara bersemuka, biasanya di rumah mereka atau di rumah orang lain, di tempat kerja atau tempat lain dan biasanya jauh dari tempat tetap perniagaan barang runcit (kedai, pasaraya. dll), lazimnya melalui penerangan ataupun demonstrasi oleh pengedar bebas Jualan Langsung.
MLM bukanlah satu pemasaran, ianya adalah pelbagai kaedah mengaturcara dan memberi ganjaran kepada pengedar bebas di dalam Jualan Langsung untuk menghargai mereka di atas penglibatan mereka di dalam pengurusan, seminar, motivasi dan mengambil orang ramai (ahli baru) yang akan memasarkan produk atau perkhidmatan syarikat Jualan Langsung tersebut.
Oleh yang demikian, ianya lebih sesuai di gambarkan sebagai pelan ganjaran Jualan Langsung di mana pengedar bebas ini boleh menerima ganjaran dalam dua cara yang utama.
Pertama, pengedar bebas akan menerima ganjaran daripada jualan produk atau perkhidmatan individu kepada pelanggan
Kedua, mereka akan menerima ganjaran daripada jualan pengedar bebas yang diambil oleh mereka atau mereka yang ditaja kedalam pelan dan pengedar bebas ini juga mungkin akan menerima ganjaran dari jualan kumpulan atau jumlah rangkaian yang ditaja ke dalam pelan oleh mereka yang menjadi ahli dibawah pengedar pengedar bebas ini. Atas dasar inilah, Jualan Langsung membuka ruang dan peluang kepada pemimpin atau pengedar Jualan Langsung membina empayar Jualan Langsung mereka sendiri di dalam memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan serta memberikan latihan, pembangunan, pengurusan organisasi atau rangkaian dengan matlamat pengedar bebas di dalam rangkaiannya akan melakukan perkara yang sama atau lebih dikenali sebagai duplikasi.
Jualan Langsung melalui ganjaran berbilang tingkat membawa faedah yang penting kepada pasaran. Ianya memberi peluang tak terkira jumlahnya kepada individu yang tiada peluang di prasarana pekerjaan atau mereka yang tidak digunakan sepenuhnya oleh pasaran pekerjaan. Ini adalah kaedah yang mudah dan tidak mahal bagi individu untuk belajar asas perniagaan dan pengurusan. Ianya memberi latihan secara praktikal kepada setiap individu jadual yang fleksibel dan makna sebenar pendapatan tambahan individu terbabit. Tambahan pula, ianya menjadikan syarikat perniagaan itu unik atau produk innovatif atau perkhidmatan itu kepada pasaran tanpa melibatkan perbelanjaan yang terlalu mahal untuk pengiklanan pemasaran dan tidak perlu untuk bersaing tempat di dalam rak yang terdapat di kedai atau pasaraya pasaraya khususnya.
Peringatan penting untuk di ketahui umum ialah ganjaran berbilang tingkat yang diperolehi melalui syarikat Jualan Langsung menurut undang undang adalah ganjaran yang datang terutamanya dari jualan produk dan perkhidmatan kepada ramai pelanggan dan pengguna dan bukan dengan tatacara penajaan semata semata. Pelanggan atau pengguna termasuk pengedar bebas itu sendiri yang menggunakan untuk dirinya sendiri atau keluarga pada harga yang bersesuaian dan membeli produk tersebut pada masa yang lazimnya digunakan oleh orang lain.
Sayangnya, terdapat banyak skim penipuan yang bertopengkan MLM menawarkan peluang MLM tetapi sebenarnya mereka hanyalah skim penajaan semata mata di mana orang ramai harus membuat pelaburan yang besar untuk terlibat, dan menyebabkan mereka yang ditipu ini akan menyalahkan industri MLM di atas ketidakprihatinan mereka itu.
Terdapat ciri ciri biasa untuk syarikat Jualan Langsung yang mengikut undang undang :
·         Kos permulaan untuk melibatkan diri di dalam syarikat Jualan Langsung selalunya adalah rendah.
·         Syarikat Jualan Langsung adalah dinasihatkan untuk tidak mempunyai stok barangan yang berlebihan dan mempunyai pelan untuk memulangkan sebarang barang yang tidak dijual, digunakan, oleh pengedar Jualan Langsung dengan nilai bersih barangan dan dalam tempoh yang sesuai.
Fokus utama syarikat Jualan Langsung adalah menjual produk kepada pelanggan. Syarikat syarikat ini di kenali dan dihormati di atas kualiti produk mereka, sokongan kepada produk dengan jaminan yang memuaskan serta membenarkan barangan mereka dikembalikan oleh pelanggan yang tidak berpuashati dengan produk tersebut dengan nilai kewangan yang sesuai.
Syarikat Jualan Langsung perlu menghindarkan mentafsirkan pendapatan pengedar bebas yang terlibat di dalam pelan dengan berlebih lebihan. Setiap anggaran peluang pendapatan yang dibuat hanyalah perlu berdasarkan dokumen dan fakta.
Secara Kasar tentang MLM?
(a) Encik A menjadi anggota sebuah skim MLM.
(b) Encik A mendapat komisyen ke atas setiap penjualan produk yang dilakukannya.
(c) Encik A kemudian menarik Encik B menjadi anggota. Encik B dipanggil “downline” kepada Encik A.
(d) Setiap kali Encik B membuat penjualan, Encik A akan mendapat komisyen juga.
(e) Encik B kemudian menarik Encik C menjadi anggota. Encik C menjadi “downline” kepada Encik B.
(f) Setiap kali Encik C membuat penjualan, bukan saja Encik B mendapat komisyen, Encik A pun mendapat komisyen juga.
(g) Encik A juga akan mendapat komisyen dari penjualan “downline” Encik C dan seterusnya.
MLM Sebagai Penjana Ekonomi Dan Peningkatan Masyarakat?
Masyarakat kini serba kekurangan dari segi ekonomi dan ilmu. Semangat bekerjasama diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini. Justeru itu, ambilah peluang melalui konsep MLM, dengan menggunakannya sebagai neraca asas untuk memulakan gerakan tidak rasmi untuk meningkatkan taraf masyarakat kini.
Disarankan agar setiap anggota masyarakat memahami, mengenali dan menyebarkan konsep MLM dalam kehidupan seharian kerana ia membawa pulangan yang jauh lebih baik jika di bandingkan berkerja secara berseorangan.
Tips: Bagaimana Melakukan MLM ini?
(a) Senaraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan juga orang luar supaya memudahkan kita mencapai matlamat ini
(b) Banding mereka samada mereka adalah kroni mahupun proksi/proxy.
-Kroni bermaksud ahli keluarga sendiri di mana anda boleh menggunakan nama mereka bagi mengembangkan rangkai niaga anda
-Proksi/proxy bermaksud masyarakt luar yang berminat untuk menyertai MLM.
(c) Tariklah seberapa ramai orang yang mampu untuk membantu mengembangkan rangkaian
(d) Jangan putus dari menaja atau di taja bagi mengembangkan rangkaian
(e) Galakkan “downline” anda untuk mencari “downline” untuk dirinya pula.
Lakukanlah begitu seterusnya. Lagi ramai “downline” yang anda ada, lagi baik. Pulangannya adalah berlipat kali ganda. Selain mencari pulangan yang banyak malah ianya turut dapat membantu masyarakat di sekeliling,
itu adalah yang utama di dalam MLM. Dan kebanyakan MLM adalah produk kesihatan.
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, “Mudahnya MLM menjadi haram” menimbulkan sedikit salah faham, seolah-olah semua skim Multi Level Marketing cenderung kepada haram. Sedangkan Ustaz Zaharuddin sebenarnya turut menggariskan asas minima syariah yang perlu dipatuhi bagi membersihkan urusniaga MLM itu : MultiLevel Marketing Mengikut Syariah Islam
Akhir tulisan ini, mari kita lihat video inspirasi dari jutawan dan pakar-pakar antarabangsa mengenai Industri ini:
Contoh Peniagaan ini:
E-Professionals
SlimdietII
Related Posts
·         Direct Selling
Direct selling is marketing and selling products, direct to consumers away from a fixed retail l...
KUALA LUMPUR, MALAYSIA � February 19, 2009: Adobe Systems Incorporated (Nasdaq:ADBE) today publ...
Adobe Scene7 4.0 Enhances Workflows for eCommerce and Multi-Channel Marketing KUALA LUMPUR, M...
·         P2 ad





HUBUNGI : 012-9898714 @ 013-9849858

No comments:

Post a Comment