Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan

Bila sebut je Ramadhan, pasti ramai yang suka dengan kehadirannya. Ia membawa berbagai pengertian kepada setiap orang. Bulan Ramadhan adalah  bulan keberkatan, penuh dengan kerahmatan. Rezeki melimpah ruah dalam bulan ni. Bagi kebanyakan peniaga, inilah bulan untuk mencari keuntungan lebih sambil beribadat. Jika pada bulan biasa mungkin agak sukar kita nak dapatkan sesuatu yang kita cari. Tapi pada bulan ni, insyaallah anda pasti akan menemuinya. Kalau nak cari makanan, berbagai-bagai jenis makanan akan kita temui. Boleh dikatakan inilah bulan untuk bershopping sakan bermula dari makanan sehinggalah kepada alatan rumah dan kenderaan. Boleh dikatakan hampir semua jenis perniagaan laku pada bulan ni. Kalau tak caya pegilah tegok sendiri. Kalau nak untung berniagalah apa saja.. Bak kata Ustaz Ismail Kamus dalam salah satu ceramahnya dulu, kalau jual bata panggang pun laku.

Bulan ramadhan penuh juga dengan berbagai ujian.Sebab itulah Allah menjanjikan pahala dan habuan yang besar di dalam bulan ini. Niatkan sahaja apa yang kita lakukan untuk kebaikan itu adalah sebagai ibadah kepadaNya. Pasti Allah akan kira. Yang penting IKHLASSS.. Kita sepatutnya mengambil peluang yang lebih besar lagi menguntungkan lebih daripada yang disebutkan tadi iaitu dengan menggandakan amalan ibadat. Masa nilah sebenarnya kalau kita nak mula belajar berjinak-jinak dengan solat, membaca Al-Quran dan ibadat-ibadat yang lain. Kalau boleh jadikanlah ia sebagai permulaan perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. Biasanya kalau di bulan biasa, masjid tak ramai orang. Tapi pada bulan Ramadhan, suasananya terus bertukar. Ramai yang datang ke masjid untuk bersolat terutama solat tarawih.
Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan berkat ini, marilah kita berazam dan berusaha untuk melakukan perubahan yang menguntungkan kita di dunia dan akhirat. Kita tidak tahu apakah kita masih sempat untuk berada pada Ramadhan yang akan datang. Atau apakah ini Ramadhan terakhir untuk kita. Renung-renungkanlah..



SELAMAT BERPUASA

Thursday, 12 July 2012

Bagaimana Mengatasi Stress

Apa Anda Akan Lakukan Jika Ianya Berlaku Kepada Anda?

Bab stress ni boleh dikatakan semua orang pernah menghadapinya. Cuma bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan stress mereka. Kalau kita dengar petua mengatasi stress ni macam-macam cara dan pendapat kita boleh dengar. Boleh dikatakan semuanya boleh membantu.
Jika kita gagal mengawal tekanan ini, boleh menyebabkan masalah besar kepada penanggungnya. Mungkin juga boleh menyebabkan ancaman kepada orang lain.

Kat sini saya nak kongsi serba sedikit tentang bagaimana cara untuk mengatasi Stress ni. Antaranya ialah

- banyak minum air putih (mineral)
- banyakkan makan sayur dan buah-buahan
- kurangkan makan daging merah tapi makan daging putih seperti ayam dan ikan.
- elakkan minum minuman bergas dan beralkohol kerana ia akan menambahkan kadar keasidan 
  dalam badan. Keasidan yang tinggi dalam badan boleh meningkatkan stress.
- Banyak berdamping dengan orang alim
- Keraplah memandang wajah ibubapa serta mendoakan kesejahteraan untuk mereka
- Keraplah melihat bayi dan anak kecila
- Mandi, berwuduk, membaca Al-Quran
- Bertahajud di malam hari.
- Lihatlah masjid, kehijauan pokok, biru laut dan langit. Fikirkan kebesaranNya.
- Selalulah bersyukur di atas segala Pemberian dan ujianNya. Yang pasti Allah hanya uji hambaNya 
  yang terpilih dan mampu menghadapi ujian tersebut kerana Allah itu Maha Adil & Maha 
  Pengasih





Selain daripada itu, menangis pun boleh mengurangkan stress. Bagi orang Islam, menangislah serta luahkanlah segala masalah dan perasaan anda kepada Allah. Bagaimana? Sambil berdoa selepas solat hajat. Percayalah, jika kita mengadu dan berharap kepada manusia, mungkin kita akan kecewa kerana harapan yang tak tertunai. Tetapi jika berdoa dan berharap kepada Allah, nescaya Dia akan dengar dan kabulkan, insyaallah..



Selamat mencuba! Semoga anda semua tenang selalu di dalam menghadapi ujian dan cabaran.


www.isukawang.blogspot.com

Monday, 9 July 2012

Nilai Emas

Apa Pendapat Anda Tentang Emas?

Apakah istimewanya dan pandangan manusia terhadap logam ini? Secara tradisional ia merupakan sejenis logam yang biasanya menjadi idaman dan perhiasan kepada kaum hawa. Ia merupakan lambang kekayaan. Sejak dari zaman dahulu kala lagi, emas merupakan perhiasan mewah kepada mereka yang mampu memiliknya. 
Di sini saya cuba dapatkan maklumat daripada beberapa sumber untuk perkongsian kita bersama.

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa ("merkuri")] dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.


Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

Aplikasi
Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Kegunaan lain:
  • Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa,enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  • Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  • Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagaibahan pengisi gigi.
  • Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  • Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  • Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  • Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  • Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawahmikroskop elektron imbasan.
  • Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Nilai 

Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.

Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada 17 Mac 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga. 

Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975. 

Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.

Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.

Dinar Emas
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja. 

Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

* Sumber asal: Wikipedia


Emas Untuk Menyimpan Nilai
Tahun 2011 menyaksikan prestasi kenaikan harga emas yg sederhana. Untuk tempoh 1 tahun sehingga hari ini, harga emas naik sebanyak 14.285%, cukup untuk menampung kos Ar-Rahnu, bagi mereka yg menggunakan teknik Ar-Rahnu.
Fungsi sebenar emas adalah untuk menyimpan nilai bagi mengatasi inflasi. Anda perlu mahir menggabungkannya dgn beberapa teknik lain utk benar-benar sukses dgn pelaburan emas. Malah ada yg perlu berniaga emas untuk memperolehi untung drp emas. Tidak spt melabur melalui loan asb, hanya perlu membayar ansuran setiap bulan, dan dapat dividen awal tahun nanti, dan pulangan pula mencecah 40%. Ini jelas membuktikan, loan asb adalah pelaburan terbaik bagi mereka yg hanya mampu menyimpan maksimum sekitar RM1200 sebulan. Dan saya percaya lebih 50% pembaca blog ini jatuh dlm kategori ini. Selepas buat loan asb, pelabur perlu meneroka bidang hartanah pula kerana pulangan yg agak lumayan juga, tapi anda perlu mahir mengurus hartanah tsb pulak. Selepas itu barulah anda boleh berfikir untuk melabur dalam emas.
Bagi mereka yg makan gaji dan mencarum dalam kwsp, anda perlu belajar membaca pergerakan saham pulak, supaya anda boleh melabur sebahagian amaun dalam akaun 2 kwsp anda ke dalam unit trust. Tapi pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melabur ke dalam unit trust, kerana risiko yg agak tinggi dan kos permulaan 3%. Anda perlu mahir dgn teknik timing UT untuk mengatasi dividen kwsp yg sekitar 5% hingga 6%. Jika bernasib baik pulangan UT agak lumayan, untuk rekod 2 tahun iaitu 2009 hingga 2010 pulangan antara 50 hingga 80%.