Sunday, 20 May 2012

Ganjari Diri

Ganjari Diri Setelah Berpenat Lelah Bekerja Mencapai Impian.



Ramai yang sering terlupa untuk menganjari diri mereka setelah selesai melakukan sesuatu pekerjaan. Siapa yang akan memberi hadiah kepada kita kalau bukan kita yang terlebih dahulu. Peruntukanlah sedikit ganjaran daripada pendapatan yang kita perolehi untuk diri sendiri umpamanya berupa pakaian, jam tangan, kenderaan, pelancongan atau apa sahaja yang kita suka. Paling tidak hadiahkan sebatang pen atau pergi makan di tempat yang eksklusif. 

Kalau orang perempuan lagi best!.. Mereka ni lagi kreatif. Banyak jenis ganjaran yang boleh mereka dapat. Sebab tulah perniagaan banyak melibatkan barangan yang berkaita dengan wanita.

Anda boleh tinjau-tinjau dulu apa bentuk ganjaran yang anda inginkan. Lakukan kerja bersungguh-sungguh agar target yang diinginkan tercapai


Bila diri rasa dihargai, barulah terasa hidup ini sangat bermakna. Mulai saat ini, hargailah diri sendiri dengan bermula daripada diri kita sendiri. Kitalah yang menentukan harga diri sendiri. Namun janganlah lupa menjaga maintanance diri dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Peruntukan juga makanan kesihatan untuk diri. 






Walaupun kadang-kadang kita berbelanja sehingga habis beribu-ribu ringgit, tapi kepuasan yang dirasai membuatkan ianya rasa berbaloi. Namun ada juga yang mengatakan bagaimana nak lakukan semua tu sedangkan pendapatan yang ada pun tak mencukupi? Sebenarnya kita mesti jadikan ianya sebagai satu kemestian. Peruntukanlah dengan nilai mengikut peratusan. Misalnya 10% daripada pendapatan yang diperolehi. Nak besar lagi tambahkanlah sumber pendapatan anda. Umpamanya dengan melakukan perniagaan sampingan seperti penglibatan perniagaan berangkaian jualan langsung. Pilihlah perniagaan yang membekalkan produk permintaan tinggi seperti pemakanan kesihatan, pendidikan dan kecantikan. Jangan lupa pilihlah syarikat yang dah establish.

Seperti perniagaan yang kami lakukan, ia memberikan pulangan pendapatan yang agak tinggi. Syarikat juga menyediakan peluang pelancongan keluar negara secara PERCUMA bertaraf Lima Bintang sebanyak 3-4 kali setahun. Peluang yang disediakan ini mestilah direbut secepat dan sebanyak mungkin. Saya dan isteri sangat gembira dengan perniagaan ini. Malah adik-adik pun turut serta. Insyaallah.. Jika anda ingin turut bersama kami, sila hubungi 012-9898714 @ 017-9898714 untuk perkongsian maklumat tentang pernigaan ini.


'Sharing & Caring"





Tuesday, 15 May 2012

Penyakit Kencing Manis @ Diabetes

PENYAKIT KENCING MANIS @ DIABETES




Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
 


Sejarah

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

[sunting] Pengawalan diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?

[sunting] Rujukan

  1. ↑ "IDF Chooses Blue Circle to Represent UN Resolution Campaign". Unite for Diabetes. 17 March 2006.http://www.unitefordiabetes.org/news/campaign/idf_chooses_blue_circle_to_represent_un_resolution_campaign/index.html.
"Pencegahan Lebih Baik daripada Mengubati"
www.isukawang.blogspot.com

Info Kesihatan


"GOUT" 




APA ANDA PERLU TAHU TENTANG GOUT

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang terlalu tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit gout. Faktor kegemukan dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Seterusnya ia boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang menghidap gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:- 

* Serangan akut (tiba-tiba). 
* Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan akan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.


Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga boleh mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin dan diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan ialah:- 

* Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis. 

* Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam. 

* Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung. 
* Daging merah. 
* Cendawan. 
* Yis (roti putih, roti manis).

"JAGALAH KESIHATAN ANDA"

Saturday, 5 May 2012

Bagaimana Untuk Bermula Sebagai Usahawan FLP?





Hanya bayaran sebanyak RM80 SEKALI SEUMUR HIDUP, anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% ke atas semua produk FOREVER LIVING. Tiada syarat dikenakan untuk keahlian KEKAL AKTIF. Menarik bukan?? Setelah mendaftar dan membuat bayaran keahlian, anda adalah sebagai New Distributor atau Pengedar Baru.

Bagaimana Untuk Berbisnes dan Menjana Pendapatan di FOREVER LIVING??
Hanya BERMODALKAN RM1300. Anda akan perolehi 10 botol Aloe Vera Gel, 5 Arctic Sea, Risalah dan Fail serta pembelajaran sepanjang masa. Setelah membuat bayaran sebanyak RM1300, anda ialah Pengedar VIP atau Assistant Supervisor dan layak mendapatkan diskaun sebanyak 30% ke atas semua produk FOREVER LIVING untuk pembelian seterusnya serta 5% dari bonus jualan peribadi.
Mahal sangat nilai RM1300?

Jangan Risau...Ada alternatif lain. Anda mendaftar sebagai ahli biasa bermodalkan RM50 dan cuba untuk jualkan produk FOREVER LIVING sebanyak nilai RM1440 dalam masa 2 bulan...secara automatik anda akan ke pangkat Assistant Supervisor dan memperolehi diskaun sebanyak 30% dari harga runcit produk serta 5% dari bonus jualan peribadi untuk pembelian seterusnya. Menarik bukan?

Kenapa RM1440 dalam masa 2 bulan?
Untuk melayakkan seorang Pengedar bergelar Assistant Supervisor, dia harus melengkapkan 2cc. Nilai 1cc di Malaysia ialah RM720. Jadi, 2cc bersamaan RM1440. Tempoh 2 bulan pula ialah syarat syarikat yang mana jumlah jualan dikumpulkan selama 2 bulan untuk proses kenaikan pangkat.

Contoh:
Harga runcit Aloe Vera Gel ialah RM90, sebagai pengedar biasa, anda hanya membayar RM76.50 sedangkan sebagai Assistant Supervisor, harga anda ialah RM63.00 sahaja di samping anda sendiri boleh menaja pengedar-pengedar yang baru. Berbeza dengan Pengedar biasa yang tidak layak untuk menaja sesiapa cuma memperolehi diskaun sebanyak 15% sahaja.
Plan Pemasaran FOREVER LIVING

8 Bonus di FOREVER LIVING
1- Keuntungan Runcit  ---- 15% - 30%
2- Keuntungan Runcit NDP  ---- 15%
3- Bonus Jualan Peribadi ---- 5% - 18%
4- Bonus Jualan Berkumpulan  ---- 3% - 13%
5- Bonus Kepimpinan  ---- 2% - 6%
6- Bonus Permata  ---- 1% - 3%
7- Program Insentif Perolehan  ---- Sehingga RM2,4000
8- Insentif Perkongsian Keuntungan  ---- Satu tabung diperuntukkan untuk dikongsi di antara mereka yang layak.

Bonus Istimewa Untuk Mereka Yang Layak 1- Rali Asia Tahunan
2- Rali Super Amerika tahunan
3- Rali Dunia Tahunan
4- Lawatan Pengurus Permata

Ciri- ciri Istimewa Plan Pemasaran FOREVER LIVING

1- Pengumpulan 2 Bulan (2 Month Accumulation)
Bermaksud anda boleh mengumpul jumlah jualan anda selama 2 bulan untuk proses kenaikan pangkat.

2- Tidak Berbalik (No. Reversion)

Bermaksud, jika anda adalah seorang Manager dan mempunyai downline A, B dan C di dalam line yang sama. A adalah downline pertama manakala C adalah dawnline ke-3. Jika C telah berjaya naik ke pangkat Manager, secara automatik, A dan B juga berpangkat Manager dan semuanya layak untuk mendapatkan bonus sebanyak 18% iaitu 48% (30% 18%) untuk semua produk FOREVER LIVING. Menarik bukan?
3- Tiada Pintasan (No. Pass Up)
Seperti No. 2. Anda berada di kedudukan yang sama tetapi bertaraf Manager.
4- Bonus dibayar berdasarkan Harga Runcit
Kebanyakan syarikat MLM membayar bonus berdasarkan pv. PV selalunya separuh daripada harga runcit. Jadi, keuntungan adalah LEBIH BESAR di sini.
 5- Tidak perlu membuat bayaran kepada ahli di bawah anda.
Bermaksud, syarikat yang menguruskan kesemua bonus downline anda. Tugas anda hanya memperluaskan rangkaian anda sahaja.
6- Kos permulaan yang rendah.
Ada syarikat MLM yang memerlukan sekitar 6K untuk memulakan bisnes. FOREVER LIVING lebih mementingkan penjualan produk kerana produknya TERBUKTI berkesan. Harga untuk setiap produk kebanyakannya kurang daripada RM100 iaitu harga MAMPU di kalangan masyarakat Malaysia.
7- Latihan percuma diberikan dari masa ke semasa.















Hubungi/WhatsApp 6012-9898714