Monday 3 September 2018

KOLESTROL TINGGI DAN CARA MENGATASINYA


Image result for KOLESTEROL TINGGI
Anda gemar memakan makanan dengan lemak tepu tinggi atau makan daging dalam kuantiti yang besar dan kerap? Lingkar pinggang dan indeks massa tubuh terlalu besar? Jika iya, maka Anda patut waspada kerana berisiko memiliki kolesterol tinggi.
Kolesterol tinggi atau dislipidemia adalah ketidakseimbangan kolesterol akibat tingginya kadar kolesterol. Kolesterol merupakan senyawa yang ditemukan pada lemak atau lipid dalam darah. Kerana kolesterol tinggi tidak memiliki gejala yang khas, maka sering terabaikan oleh kita dan teranggap tidak berbahaya. Padahal, jika dibiarkan kolesterol boleh mengakibatkan beberapa penyakit berbahaya hingga terjadi komplikasi.

Penyakit Jantung Koroner

Image result for sakit jantung
Merupakan penyakit utama yang disebabkan oleh kolesterol tinggi. Kolesterol Jahat (Low Density Lipoprotein atau LDL) yang tinggi akan menompok di dinding pembuluh darah arteri, sehingga menyebabkan plak yang disebut aterosklerosis.

Plak ini menyebabkan arteri menjadi sempit, sehingga aliran darah pun melambat dan menurunkan peredaran darah ke jantung, yang mengakibatkan gejala sakit dada (angina). Jika kadar kolesterol tidak diturunkan, plak dapat menompok semakin banyak sampai akhirnya menyumbat jumlah pembuluh darah jantung, dan menyebabkan serangan jantung.

Serangan Jantung
Kolesterol tinggi menyebabkan serangkan jantung itu merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Sebab plak yang timbul di dinding arteri Anda boleh robek bila-bila saja.

Saat plak tersebut robek atau pecah, akan menyebabkan pembekuan dan gumpalan-gumpalan darah yang dapat menghalangi aliran darah menuju jantung. Sehingga risiko terkena serangan jantung tinggi. Kolesterol tinggi menyebabkan serangkan jantung itu merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan.

Kolesterol dan penyakit kardiovaskuler juga terkait oleh proses yang disebut ateroklerosis, iaitu suatu keadaan yang terjadi ketika terbentuk plak pada dinding pembuluh darah arteri. Pengumpulan ini mempersempit arteri, sehingga darah sulit untuk mengalir melalui arteri. Plak juga boleh pecah (ruptur) dan memicu terbentuknya bekuan darah dan gangguan aliran darah ini dapat menyebabkan terjadinya serangan jantung atau stroke.
Kolesterol tinggi tak hanya mengintai mereka yang bertubuh gemuk dan berlemak tinggi, Anda yang kurus belum tentu bebas dari kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung.

Pasalnya, apa yang Anda makan boleh saja membuat Anda dalam masalah kolesterol tinggi. Selain kerana faktor makanan, faktor sejarah penyakit jantung yang mungkin ada di keluarga Anda juga dapat menjadi salah satu penyebab terjadinya kadar kolesterol yang tinggi di tubuh kurus Anda.

Untuk memastikan bahawa kolesterol Anda dalam keadaan normal biasakan untuk melakukan gaya hidup sihat yang terdiri dari 6 Langkah mencegah Kolesterol iaitu:
  1. Lakukan pemeriksaan berkala kolesterol
  2. Awasi pengambilan dan pola makan
  3. Nikmati hidup tanpa rokok dan minuman beralkohol
  4. Giat berolahraga dengan senaman seperti menjalani Program  FIT 15 & FIT 30 Forever
  5. Kendalikan berat badan dan hindari stres
  6. Awasi tekanan darah

Suplemen untuk menjaga kesihatan jantung dan menghindarkan bacaan tinggi kolestrol LDL
  1. Amakan pengambilan Omega seperti Forever Arctic Sea 
  2. Pengambilan L-Arginine untuk kesihatan jantung dan pengaliran darah yang baik
Image result for arctic sea forever living Image result for arctic sea forever living


Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi atau Whatsapp

012 9898714 (Bahtier) atau 017 9898714 (Fazilah Lin)



Saturday 1 September 2018

Bagaimanakah untuk menjaga pankreas (Pancreas) dan fungsinya?

Image result for pankreas

APA ITU PANKREAS?

Pankreas merupakan sebuah organ dalam badan manusia yang telibat dalam sistem pencernaan makanan dalam badan kita. Tugas pankreas adalah untuk menghasilkan hormon dan enzim supaya proses pencernaan makanan boleh dijalankan dengan sempurna.

APAKAH CIRI-CIRI PANKREAS?

Pankreas berukuran agak-agak 18-25cm dan terletak di bahagian belakang perut. Pankreas juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan ekor. Bahagian kepala pankreas terletak berhampiran dengan ‘duodenum’ untuk memastikan enzim yang dihasilkan dapat masuk ke dalam ‘duodenum dengan mudah dan mencernakan makanan. Bahagian ekor pula terletak berhampiran dengan limpa. Pankreas juga mengandungi jutaan sel di dalamnya yang bernama ‘islet of Langerhans’.

APAKAH FUNGSI PANKREAS?


Setiap organ dalam badan kita akan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Begitu juga dengan organ pankreas ini. Fungsi pankreas yang dinyatakan adalah seperti:
Fungsi eksokrin?
Pankreas berfungsi sebagai kelenjar eksokrin di mana organ ini akan menghasilkan enzim tertentu untuk membantu mencernakan makanan. Ini akan memudahkan proses pencernaan sekali gus membantu menghadamkan makanan dengan lebih baik. Contoh enzim yang dinayatakan di sini ialah:
  • Bagi pencernaan protein - ‘trypsin’ dan ‘chymotrypsin’
  • Bagi pemecahan karbohidrat - ‘amylase’
  • Bagi pencernaan lemak dan kolesterol - ‘lipase’
Kesemua enzim ini akan masuk ke dalam sistem penghadaman badan melalui duktus pada pankreas. Duktus pada pankreas ini bergabung dengan duktus hempedu untuk membentuk ‘Ampulla of Vater’. Oleh itu, melalui duktus inilah enzim yang dihasilkan oleh pankreas dapat masuk ke dalam saluran pencernaan.

Fungsi endokrin?
Fungsi endokrin pankreas pula ialah dengan menghasilkan hormon tertentu dan ianya akan masuk terus ke aliran darah. Hormon ini akan dihasilkan oleh ‘islet of Langerhans’ yang boleh dijumpai dalam pankreas tersebut. Terdapat 2 jenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas ini yang sememangnya sangat penting untuk tubuh badan kita iaitu:

Insulin
  • Hormon ini akan dihasilkan apabila didapati kadar gula dalam badan meningkat melebihi tahap normal. Insulin akan membantu mengurangkan balik tahap gula yang tinggi tersebut ke kadar normal. Insulin dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas.
Glycogen
  • Hormon ini pula akan dihasilkan apabila mendapati kadar gula dalam badan kurang daripada tahap normal. Hormon glycogen ini akan membantu meningkatkan tahap gula yang rendah kembali ke kadar normal.


APAKAH PENYAKIT YANG DIUNDANG JIKA BERLAKU GANGGUAN PANKREAS?

Image result for rawatan pankreas flp



Pankreas seperti yang kita ketahui merupakan sebuah organ yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Terdapat pelbagai penyakit yang boleh diundang sekiranya terdapat masalah pada pankreas seperti:

  • Kencing manis (Diabetes) tahap 1 atau tahap 2. Dalam kes ini, sekiranya masalah pankreas berlarutan sehingga menggugat penghasilan hormon seperti insulin dan glycogen, maka ianya boleh mendatangkan penyakit seperti ini. Itulah sebabnya orang yang menghidap kencing manis ini, terpaksa mengambiol suntikan insulin sebagai dos tambahan untuk membantu mencernakan glukosa dalam badan.

  • ‘Pancreatitis’. Ini merupakan sebuah masalah di mana berlaku keradangan pada bahagian pankreas. Masalah ini akan menyebabkan individu terbabit mengalami sakit yang melampau sehingga merebak ke bahagian belakang badan. Radang ini boleh bertambah kronik jika tidak dirawat dengan segera.

  • Kanser pankreas. Masalah ini juga sangat serius dan selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simptom pada tahap awal. Apabila sudah lanjut, ia akan mengakibatkan masalah kesihatan yang agak serius dan memudaratkan kesihatan.



GEJALA AKIBAT KEROSAKAN PANKREAS


Terdapat beberapa gejala yang berikutan masalah kerosakkan pankreas dan ianya lebih baik jika dikenal pasti lebih awal supaya dapat mengambil langkah-langkah efektif bagi menangani keadaan tersebut. Antara gejala yang berikutan ialah seperti:

  • Tahap gula dalam badan sangat tinggi
  • Rasa loya dan muntah
  • Berat badan menurun
  • Sakit pada bahagian perut sehingga merebak ke belakang badan

BAGAIMANA UNTUK MENJAGA PANKREAS

Pankreas merupakan sebuah organ yang sangat penting bagi tubuh badan kita. Seperti mana kita mengambil langkah efektif untuk menjaga organ lain, begitu juga dengan organ pankreas ini. Kaedah menjaganya bukanlah begitu susah sehingga membebankan diri sendiri. Kepentingan organ pankreas ini haruslah dihargai oleh setiap insan supaya dapat tahu kesannya. Terdapat beberapa tips untuk menjaga pankreas supaya tidak cepat rosak seperti:

  • Kurangkan atau berhenti minuman beralkohol
  • Berhenti merokok
  • Menjaga berat badan supaya tidak melebihi tahap yang ditetapkan
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan rajin melakukan aktiviti senaman dan makan makanan berkhasiat
Sehubungan dengan itu, terdapat segelintir golongan yang telah mengalami masalah kerosakan pankreas. Golongan ini pula harus mengambil inisiatif lebih untuk menjaga pankreas mereka. Hal ini kerana tanpa pankreas ini hormon serta enzim tertentu tidak dapat dihasilkan dan boleh mendatangkan kesan negatif yang tidak diingini. Antara langkah penjagaan bagi golongan ini ialah seperti:

  1. Suntikan insulin. Suntikan insulin ini selalunya diberikan kepada golongan yang mempunyai penyakit kencing manis tahap 1 atau tahap 2.
  2. Enzim. Terdapat juga golongan yang menhadapi masalah ‘fibrosis’ pada duktus pankreas mereka dan ini memerlukan golongan ini diberi enzim. Enzim yang diberikan selalunya dalam bentuk supplemen supaya akan memudahkan proses pencernaan makanan.
  3. ‘Drainage’. Ini merupakan sebuah kaedah di mana sebuah tiub halus akan dimasukkan ke dalam pankreas untuk memastikan cecair di dalamnya dapat dikeluarkan. Kaedah ini dilakukan apabila individu tersebut menghadapi masalah ‘pseudocyst’ dalam pankreas.
  4. ‘Resection’. Ini merupakan sebuah langkah drastik bagi menyelematkan bahagian pankreas yang masih sihat dan tidak terjejas oleh kanser. ‘Resection’ di sini bermaksud untuk membedah keluar bahagian yang terjejas supaya cebisan pankreas yang masih sihat dapat diselamatkan.
  5. ‘Transplant’. Ini selalunya merupakan langkah terakhir yang diambil. Hal ini kerana kaedah ini menandakan bahawa tiada langkah lain yang boleh diambil untuk menyelamatkan pankreas. ‘Transplant’ bermaksud pankreas yang sihat diambil daripada penderma organ dan dibedah masuk ke dalam orang yang memerlukannya.