Wednesday 27 June 2018

Jaga kesihatan anda ketika di puncak kerjaya kerana STROK akan memusnahkan kerjaya Anda!!!

Oksigen adalah unsur yang sangat penting bagi otak. Walau berat otak hanya 2.5% dari berat badan seluruhnya namun agar berfungsi normal, otak memerlukan oksigen hampir 20% dari keperluan badan secara keseluruhannya. Jadi bila adanya halangan pengaliran oksigen sedikit saja, dapat menimbulkan gangguan fungsi otak.
Bagi yang berada pada usia 40an dan ketika di puncak kerjaya, jaga kesihatan kerana STROK akan memusnahkan kerjaya anda!


Stroke adalah kehilangan fungsi otak yang disebabkan oleh terhentinya aliran darah ke otak. Jika aliran darah berhenti selama lebih dari beberapa saat, sel-sel jaringan otak yang tidak mendapatkan nutrisi dan oksigen akan mati dan menyebabkan kerosakan fungsi otak secara kekal. 

Sebahagian besar stroke disebabkan oleh penyumbatan dalam arteri yang menuju ke otak yang disebut Stroke Iskemik (non-hemoragik). Hampir 90% stroke adalah iskemik namun sekitar 15% adalah karena pendarahan dalaman atau di sekitar otak, ini disebut Stroke Hemoragik.


Ada dua jenis utama stroke
Dua Jenis Stroke


Kenali dua jenis Stroke:-


1) Stroke Iskemik


Ischemic Stroke
Punca Ischemic Stroke


Disebabkan oleh penyumbatan di pembuluh darah sehingga darah tidak dapat mengalir lancar ke otak. Penyumbatan ini terjadi akibat dipenuhi dengan kolesterol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah sehingga pembuluh menyempit. Hampir sebahagian besar kes atau 83% mengalami strok jenis ini.


Ischemic pula terbahagi kepada dua iaitu:-



Strok boleh dirawat
Thrombotic & Embolic Stroke


  • Embolic Stroke

Berlaku apabila salur darah tersumbat pada mana-mana bahagian badan, biasanya yang berada kat jantung, bergerak menuju ke otak.

  • Thrombotic Stroke

Biasanya berlaku pada mereka yang ada kolesterol tinggi iaitu di mana salur darah tersumbat pada arteri yang membawa oksigen ke otak.



2) Stroke Hemoragik 

Disebabkan oleh pembuluh darah yang bocor atau pecah sehingga menghentikan bekalan darah ke jaringan otak yang dituju. 


Salur darah pecah
Aliran darah ke otak terganggu
akibat pembuluh darah pecah

Apa itu stroke hemoragik (Stroke Perdarahan Otak)?


Stroke Hemoragik atau Stroke Perdarahan Otak adalah stroke yang terjadi bila aliran darah ke otak terganggu akibat pembuluh darah pecah dan berdarah di dalam otak. Otak mengalami pendarahan dan darah akan menekan otak sehingga mengakibat gangguan di seluruh tubuh.

Otak berfungsi bagi mengendalikan tubuh, termasuk gerakan, pertuturan, pemahaman dan emosi. Kerosakan otak akan mempengaruhi fungsi-fungsi ini. Sekitar 14 orang dari setiap 100 pesakit stroke mengalami stroke hemoragik. Kebanyakan mempengaruhi orang tua, tetapi ada juga bagi golongan muda. Gejala-gejala stroke hemoragik adalah lebih serius daripada stroke iskemik.


Dua jenis stroke perdarahan:-


a) Perdarahan intraserebral


Perdarahan intraserebral adalah perdarahan di dalam otak yang disebabkan oleh trauma (cedera otak) atau kelainan pembuluh darah (aneurisma atau angioma). Jika tidak disebabkan oleh salah satu kondisi tersebut, paling sering disebabkan oleh tekanan darah tinggi kronik. Perdarahan intraserebral menyumbang sekitar 10% dari semua stroke, tetapi memiliki peratus tertinggi penyebab kematian akibat stroke.


b) Perdarahan subarachnoid



Ada dua jenis stroke perdarahan
Stroke Hemoragik atau Stroke Perdarahan Otak

Perdarahan subarachnoid (Subarachnoid Hemorrhage-SAH) adalah perdarahan mendadak di celah antara otak dan membran tengah yang membungkus otak. Perdarahan biasanya berasal dari robekan tonjolan abnormal dalam pembuluh darah otak (pembengkakan pada dinding arteri otak) disebabkan oleh tekanan/kemalangan. Perdarahan subarachnoid boleh menyebabkan kecacatan kekal atau kematian. Stroke ini sering terjadi pada wanita dibandingkan pada lelaki.

Rawat stroke Perdarahan subarachnoid melalui pembedahan External ventriculo Drainage (EVD)
Perdarahan subarachnoid (Subarachnoid Hemorrhage-SAH) adalah perdarahan mendadak di celah antara otak dan membran tengah yang membungkus otak.
(EVD) adalah pemasangan kateter kedalam ventrikel lateral melalui lubang yang dibuat pada tengkorak untuk mengeluarkan cairan serebrospinal
Stroke Hemoragik.
(EVD) adalah pembedahan mengeluarkan cairan CSF dari ventrikulostomi untuk mengurangi tekanan darah secara cepat dan stabil

Pembedahan EVD (EXTERNAL VENTRIKULAR DRAINASE)

External ventriculo Drainage (EVD) adalah pemasangan kateter kedalam ventrikel lateral melalui lubang yang dibuat pada tengkorak untuk mengeluarkan cairan serebrospinal yang disebut juga ventrikulostomi. Mengeluarkan cairan CSF dari ventrikulostomi adalah untuk mengurangi tekanan intrakranial secara cepat dan stabil atau yang berkaitan dengan perdarahan sub arakhnoid (sub arachnoid hemorrhage).




Siapa berisiko mendapat perdarahan subarachnoid?


risiko stro
Wanita lebih berisiko terkena SAH

Mereka yang berumur lebih dari 50 tahun dan wanita lebih berisiko terkena SAH. Pengesanan awal untuk mengesan pembengkakan agak sukar, kebanyakan SAH tidak dapat dicegah.

Sekitar 10-15% orang meninggal sebelum mendapatkan perawatan di hospital. Sebanyak 40% meninggal di minggu pertama. Setengahnya sehingga 6 bulan pertama. Selain itu, lebih dari sepertiga mereka yang selamat mengalami masalah pada saraf.


Penyebab perdarahan subarachnoid adalah:

  • Perdarahan dari pembuluh darah bernama arteriovenous malformation (AVM)
  • Kelainan darah
  • Cedera di kepala akibat kemalangan
  • Penyebab tidak pasti (idiopathic)
  • Penggunaan ubat cair darah


Apa saja tanda-tanda dan gejala perdarahan subarachnoid?


Tanda stroke hemoragik
Gejala utama adalah sakit kepala parah mendadak

Gejala utama adalah sakit kepala parah mendadak (sering disebut sakit kepala halilintar). Penyakit ini sering menyerang bahagian belakang kepala. Banyak orang menggelarnya sebagai “sakit kepala terburuk” dan berbeza dengan jenis sakit kepala lainnya.

Gejala-gejala lain meliputi:

  • Kehilangan keseimbangan dan deria rasa
  • Mata silau terhadap cahaya yang menyilaukan (photophobia)
  • Perubahan emosi, termasuk kebingungan dan cepat marah
  • Ngilu otot (terutama sakit leher dan bahu)
  • Mual dan muntah
  • Mati rasa pada bahagian tubuh
  • Kejang-kejang
  • Leher kaku
  • Masalah pada penglihatan

Beberapa gejala atau tanda lainnya mungkin tidak tersenarai di atas. Namun jika ada tanda2 seperti diatas, segeralah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. 


Setiap minit, 4 orang meninggal dunia disebabkan strok!!!


Angka kematian strok di Malaysia sangat tinggi, dimana sekitar seperempatnya meninggal dunia. Namun sebenarnya ada tanda2 iaitu penyakit-penyakit dan keadaan tertentu yang menyebabkan atau membawa kepada stroke atau disebut dengan faktor risiko stroke.

Penyakit tersebut adalah:-
  • Penyakit Jantung
  • Hipertensi
  • Diabetes Mellitus
  • Hiperlipidemia (kadar lipid dalam darah yang tinggi) 


Manakala keadaan yang dapat menyebabkan terjadinya stroke adalah :-
  • Usia lanjut
  • Obesiti 
  • Merokok
  • Jantina (lekaki)
  • Kurang bersenam
  • Kadar kolesterol yang tinggi (hiperkolesterol) 
Proses memulihkan kesihatan penderita stroke sebaiknya dilakukan secepat mungkin, idealnya dimulai 4-5 hari setelah keadaan semakin stabil. Tiap pesakit memerlukan rawatan yang berbeza-beza, bergantung pada keperluan pesakit. Proses ini memerlukan waktu sekitar 6-12 bulan.

Gejala dan penanganan stroke harus segera dilakukan. Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda dan orang yang anda sayangi!


PENCEGAHAN: PASTIKAN SALUR DARAH ANDA SIHAT DAN BERSIH SERTA TIADA MASALAH SALUR TERSUMBAT OLEH KOLESTROL DAN LEMAK.


Image result for jaga kesihatan jantung dan salur darah


Image result for arctic sea forever living


Monday 4 June 2018

Vital 5 Ramadhan Pack


Bagi yg GASTRIK.... yg baru nk ajar anak2 berpuasa... kami  mensyorkan anda mengambil makanan tambahan supaya kekal bertenaga... Insya Allah akan boleh berpuasa. Nak tahu kenapa apa??

Di FOREVER, kita ada RAMADHAN PACK yang membekalkan cukup nutrisi dan tenaga utk anda berpuasa seharian. Lihat ni..

👇🏻 VITAL 5 RAMADHAN
Tambah dan kekalkan stamina di bulan Ramadhan dengan Vital 5 Ramadhan.

☘ ALOE VERA GEL
Membantu membina badan, mengekalkan badan yang sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

☘ FOREVER ARCTIC-SEA
Membantu memperbaiki sistem peredaran /pengaliran darah. Membantu menigkatkan prestasi.

☘ FOREVER BEE POLLEN
Suplemen multi-vitamin yang boleh membantu mengekalkan tahap tenaga dan mengatasi keletihan

☘ FOREVER BEE HONEY
Pembekal tenaga semula jadi. Menyokong dan meningkatkan fungsi sistem imun. Membantu penghadaman.

☘ FOREVER POMESTEEN
Kaya dengan antioksidan, membantu dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas akibat pencemaran persekitaran dan toksin. Menghilangkan rasa letih.

•• Psstt.. Sekarang ade promosi dapat free susu #foreverliteultra yang sedap lagi mengenyangkan. Selamat menunaikan ibadah puasa





Image result for set ramadhan forever living 2018