Tuesday, 25 February 2014

KEGEMUKAN : WABAK SENYAP DI PERINGKAT GLOBAL


KEGEMUKAN : WABAK SENYAP DI PERINGKAT GLOBAL


Terdapat lebih dari 10 jenis penyakit yang berkaitan dengan kegemukan. Antaranya ialah kanser, penyakit jantung, strok, penyakit kencing manis, gout, masalah pundi hempedu, tekanan darah tinggi, osteoartritis, tahap kolesterol tinggi dan sebagainya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kegemukan sebagai Indeks Berat Badan (BMI) dengan nilai 30 dan ke atas dan berat badan berlebihan sebagai BMI nilai 25 ke atas. BMI boleh dihitung sebagai berat badan (kg) dibahagi dengan [tinggi (m) x tinggi (m)]. WHO mendapati rakyat Asian yang mempunyai nilai BMI yang sama dengan rakyat Amerika, mempunyai risiko penyakit kronik yang lebih tinggi.

Negara-negara Asian mempunyai standard yang lebih ketat. Sebagai contoh, Lembaga Promosi Kesihatan Singapura mengklasifikasikan nilai BMI 18.5 ke 23 sebagai julat boleh diterima, sebarang nilai BMI 23 ke atas diklasifikasikan sebagai peningkatan risiko , dan bacaan lebih dari 27.5 adalah berisiko tinggi.

Kegemukan boleh mengakibatkan seseorang mempunyai risiko pelbagai penyakit dan mengurangkan jangka hayatnya. Ia juga menyebabkan harga diri yang rendah. Kegemukan juga berkait rapat dengan beban kewangan bagi penghidap dan keluarga mereka.

Satu Penyakit Kronik

Pusat Kawalan Penyakit Amerika (CDC) mengenalpasti kegemukan sebagai satu penyakit kronik. Mengikut WHO, mereka yang gemuk adalah 10 hingga 20 kali ganda menghidapi penyakit kencing manis berbanding dengan mereka yang tidak gemuk. Pada tahun 2011, WHO sekali lagi menekankan untuk menangani masalah kegemukan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Sebab-sebab

Pengambilan makanan yang berlebihan dan gaya hidup sedentari adalah sebab utama masalah kegemukan. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, kegemukan adalah disebabkan oleh sejarah keluarga atau sebab kesihatan seperti hipotiroidisme atau gangguan makan. Perkembangan ekonomi juga menunjukkan bahawa peningkatan obesiti dikaitkan dengan kemudahan mendapat makanan berkalori padat.

Penyelesaian

Walaupun hanya sebilangan dari kita yang gemuk, ramai yang berlebihan berat badan dan tidak sihat. Kita boleh lakukan sesuatu yang membina pada tahap individu, keluarga dan komuniti. Setiap dari kita boleh bermula dengan diri kita, keluarga kita dan komuniti, untuk menjaga gaya hidup dan diet kita. Ia adalah paling kos efektif, terutamanya kos rawatan perubatan yang semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment