Tuesday, 22 May 2012

Jom Minum Dulu!


Hai-O Mineral Coffee 
 
Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat meng galakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.  Kenapa smpai aje di stokis, terus habis?? Kenapa kita masukkan kopi mineral ni sebagai salah satu produk  slimming??

i) Garam buluh sangat bagus utk kesihatan, customer2 Cina yang selalu duk perabihkan stok bagitau- mereka makan/minum garam buluh utk bagi panjang umur (kesihatan meningkat). Kebanyakan daripada kit
a memang tak boleh nak minum terus garam buluh ni sb rasa dan baunya tak sedap... tapii.. bila garam buluh terdapat dalam kopi mineral.. rasanya wahh!! sedap betulll!! ini yang sangat special!!

ii) Garam buluh bersifat sangat beralkali..(remember : air zam zam di Mekah sangat tinggi alkalinya, Allah mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya). So ia akan neutralise asid berlebihan dalam badan kita (perut lapar/pedih sb asid) . That's why mereka yang minum di waktu pagi akan rasa kenyanggggg je sehingga tengahari..so kadang tu boleh skip lunch atau makan dlm kuantiti sedikit.. then petang minum lagi sekali so dinner takyah ambil banyak...Pastu senang nak membuang, so perut lega!! Kepada yg minum kopi leh jadi kembung perut..dgn kopi mineral - tidak lagi... Hmmm... meh secawan!!


iii) Sel2 badan kita buat 'kerja' secara optimum dlm keadaan yang beralkali, so sel2 yang dah tak berapa optimum buat kerja akan aktif balik...itu la pasal ada testimoni minum kopi mineral seminggu (2kali sehari)..yang kencing manis reduce sugar level dari 11 kepada 7. Takde hal org diabetis takut woo nak minum 3 in 1!! Pastu kalau biasa2 ada bisa2 tumit dan lutut...pas minum hilang la pulak bisanya (itulah kerja asid)...


iv) Kalau badan anda banyak toksid, dan anda bukanlah pencinta air mineral (minum 3L-5L sehari)..maka kalau sapu Bio Ever mungkin menyebabkan naik ruam di kulit, so utk bagi cepat sikit flush toksid tu, kami galakkan minum garam buluh...dah kalau tak boleh telan yang biasa, meh la minum ngan kopi ni (biasanya sy akan tambah sikit lagi garam mineral dlm kopi ni)


v) Bagi peminum2 kopi tegar, Kopi mineral mmg mabelesss.. Cukup rasa!!  Kalau anda rasa2 nak demam..tengah berdedar2 panas tu, minum 1 cawan kopi mineral panas... dlm setengah jam berpeluh2, then insyaAllah beransur2 lega..


Biasanya tak  main beli sekotak... kalau jumpa kawan2 esp yg kencing manis/darah tinggi terus je ambik  3 kotak utk buat ubat..ni boleh minum utk sebulan, baru 80 hengget.. Nt dah baik kencing manis tak yah makan ubat... Makan ubat kimia banyak2, telinga boleh jadi pekak (haha..ni den tambah)... ok cukup la tu kot...
 Nak Cuba Keenakannya? Hubungi 012-9898714 @ 017-9898714

Teringat Masa Dulu-Dulu: Kenapa Aku Mesti Berubah?


Percayalah... Anda Mampu Mengubahnya.



 Dulu kami adalah insan yang biasa-biasa je. Hidup serba sederhana. Maklumlah ketika itu pendapatan bulanan hanya bergantung kepada gaji sebagai seorang guru (masa tu gaji kecik). Isteri adalah seorang suri rumah terpaksa menjual nasi lemak sebab nak bantu ringankan beban. Kami hnya mampu menyewa rumah dgn kadar sewa rm35 sebulan. Tiada perabut dalam rumah kecuali katil kahwin dan almari solek. Selepas itu kami berpeluang mendiami kuaters guru dengan potongan dari elaun perumahan. Perabut adalah.. tapi hak kerajaan. Syukur Alhamdulillah. Tapi pendapatan kalau nak dikirakan memang tak cukup. Tapi kami usahakan dengan buat kerja sampingan seperti kelas tambahan. Saya mengajar di kawasan Felda iaitu tempat saya belajar dan dibesarkan. Kelas tambahan tidak seperti di bandar. Mereka kurang kesedaran untuk ke kelas tambhan. Apatah lagi kalau berbayar.

Kami sering membina impian bersama dan berkata bahawa suatu hari nanti kami akan hidup senang dengan berniaga. Itulah yang sering saya ucapkan kepada isteri jika ketika itu kami tiada wang.
Hutang? Jangan nak katalah. Memang tak dapat nak elak. Dalam slip gaji dah potong hingga 58%. Slip gaji pun dah tak laku kat bank. Itulah yang saya tengok terjadi kepada rakan-rakan yang lain.


Siang malam kami sering berangan-angan untuk memiliki rumah idaman serta memandu kereta mewah, mempunyai wang yang banyak tanpa berkira-kira jika nak berbelanja. Boleh dikatakan tidur malam pun sering bermimpi seperti apa yang sering diangan-angankan.
Alhamdulillah, suatu hari saya telah dipertemukan dengan insan-insan hebat yang telah merubah kehidupan kami suami isteri sekeluarga. Bukan kami sahaja, malah adik-adik kami pun tumpang merasai perubahan ini bersama. Kami telah mengambil keputusan untuk menyertai Peluang perniagaan sebagai Usahawan MLM. Berkat bimbingan serta sistem yang diamalkan, kami telah berubah 360 darjah. Di sini kami diajar bagaimana menjadi usahawan sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Berniaga ini juga adalah sunnah Rasulullah saw. Bagaimana Rasulullah berniaga? Apakah amalan dalam perniagaan Nabi?
Kehebatan yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang Kehebatan Rahsia Kuasa Minda. Itulah sebabnya kenapa ramai daripada usahawan berjaya di dalam mencari dan merealisaikan impian mereka.
Kalau ditanya kepada kami apa yang kami dapat setelah menyertai MLM? Jawapannya, kami dapat apa yang orang berjaya dapat. Yang paling berharga dan unik dalam ialah kekuatan menguasai PLAN PEMASARAN. Dengan peluang ini saya dan isteri memperolehi apa yang kami inginkan dan impikan sebelum ini. Siapa tak gembira? Kami menjana pendapatan setiap bulan. Selain daripada itu, kami mengecapi keseronokan melancong ke luar negara setiap tahun. Memang menyeronokkan. Adik-adik juga menyertai kami setelah melihat kejayaan kami. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih Allah. Terima Kasih Mentor-Mentor. Terima kasih Allah. Rugi kepada sesipa yang tahu pasal MLM tapi tidak menyertainya. Tambah rugi pula kalau dah mnyertai tetapi tidak bersungguh-sungguh merebut peluang kejayaan di sini.
Terima kasih semua mentor-mentor hebat, isteri yang tercinta Fazilah Mad Kasim adik-adik serta semua rakan kongsi yang lain. Ubahlah diri anda terlebih dahulu, nescaya anda mampu untuk merubah dunia!

Saya sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja yang ingin seperti kami. Insyaalla.. rezeki Allah sangat luas. Minta dan berusahlah bersungguh-sungguh jika anda benar-benar inginkannya.

- Cikgu Bahtier Abu Bakar