Saturday, 7 April 2012

BAGAIMANA NAK KENAL?

Terdapat beberapa Kategori mereka yang berdaftar dengan syarikat MLM


1.       Hanya nak jadi pengguna ( Beli untuk dapat harga ahli -Pengguna Bijak)

2.       Sebagai Introducer (Guna produk dan perkenalkan produk tapi  tidak serius)

3.       Sebagai Agen Jualan Sambilan (Menjual  tapi kurang serius)

4.       Sebagai Agen Jualan Sepenuh Masa (Menjual, menaja dan memberi perkhidmatan)

5.       Sebagai Usahawan (Menjual , memberi servis, menaja, melatih dan membimbing agen jualan)

6.       Sebagai Usahawan Jutawan (Menjual, menaja rangkaian usahawan, melatih & Membimbing usahawan – dikenali sebagai  Mentor Kejayaan. Mereka sangat kreatif, mengambil berat tentang keperluan rangkaian dibawah mereka)

7.       Hanya kerana nak jaga hati kawan (Ramai. Merka tidak akan melakukan apa-apa yang boleh mendatang keuntungan kepada mereka. Silap haribulan, mereka akan menghentam dan membenci MLM)

Sebab itulah kita akan bertemu dengan berbagai keadaan dan salah tanggap tentang MLM. Ada yang pada awalnya berkobar-kobar ingin mencapai impian dalam MLM. Tetapi berkubur dan terus hilang. Ada yang berjaya tetapi hanya untuk beberapa ketika sahaja. Tidak kurang pula yang terus kekal dan kaya raya. Malah ada juga yang membenci dan menjadikan dirinya ANTI MLM. Buka itu sahaja, malah mereka juga menghasut dan memburuk-burukkan perniagaan MLM.  Kenapa ini berlaku?

Sebenarnya  ada beberapa faktor yang mempengaruhi mereka

1.       Diri sendiri. Kesungguhan, keyakinan dan ketabahan
2.       Kepimpinan Upline dan leader (Siapakah Mentor mereka)
3.       Syarikat (Pilihlah yang kukuh dan stabil)
4.       Sistem Perniagaan- Pendidikan dan latihan)
5.       Pelan Pemasaran (Keuntungan kepada syarikat-Usahawan-Agen & Pengguna)
6.       Khabar angin serta pandangan daripada pihak ketiga. Biasanya kita akan berjumpa dengan ramai pencuri impian yang berlagak pandai dalam MLM tetapi sebenarnya tiada ilmu dan kejayaan dalam MLM. Mereka ini kononnya sangat perihatin tetapi sebenarnya adalah “Syaitan-Syaitan yang Mengganggu”. Mereka bersifat buruk sangka dan sangat negative! Jika anda ingin Berjaya, jauhilah daripada mereka. Carilah mereka yang Berjaya dan mintalah panduan, nasihat dan bimbingan daripada mereka yang Berjaya. Mustahil orang yang gagal akan menceritakan serta menunjukkan cara-cara bagaimana untuk Berjaya!



Apakah anda ingin terus Berjaya dalam MLM?

Jika itulah impian anda, anda mestilah bijak di dalam mengatur keputusan! Jadilah sebagai Usahawan JUTAWAN MLM kelas Pertama!..
 Ini bukanlah perniagaan kelas bawahan. Ianya adalah satu perniagaan yang sangat hebat. Kuasailah ilmu dan sistem perniagaan ini kerana ianya sangat unik.

Di sini saya senaraikan antara beberapa kelebihan perniagaan MLM

1.       Modal yang kecil tetapi mampu menjana pendapatan besar dalam masa masa yang singkat.
2.       Sesuai kepada semua golongan.
3.       Sesuai kepada mereka yang merasakan tidak cukup masa tiada ramai kawan, tiada bakat, tiada keyakinan. Apa yang anda perlu adalah “ AKU NAK…”
4.       Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Mentor yang Berjaya sepanjang masa secara percuma. Mereka sangat ambil berat terhadap kejayaan anda
5.       Tidak perlu untuk bayar gaji pekerja
6.       Tidak perlu menyewa premis perniagaan
7.       Tidak perlu tambah modal duit untuk besarkan perniagaan. Modal anda adalah masa dan ilmu untuk membina rangkaian pengedar dan usahawan di bawah anda.
8.       Produk mencari pelanggan. Pelanggan juga berpeluang menjadi pengedar dan usahawan.
9.       Membina jaringan sahabat dan kenalan yang ramai dalam masa yang singkat
1.     Boleh menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja.
1.      Menghasilkan PENDAPATAN PASIF  yang HEBAT!..


Kepada mereka yang berada di luar sana. Anda sebenarnya mampu untuk Berjaya seperti mereka yang Berjaya dengan melibatkan diri dalam perniagaan ini. Pilihlah sebagai USAHAWAN JUTAWAN! Anda lahirkanlah seramai mungkin usahawan-usahawan Jutawan yang lain di bawah rangkaian anda. Anda kena tahu bahawa ini adalah perniagaan DUPLIKASI. Hanya tiru dan buat betul-betul. Carilah MENTOR KEJAYAAN anda sebagai IDOLA. Berkawanlah hanya dengan mereka yang telah Berjaya. Tiru dan pelajarilah cara bagaimana mereka mencipta kejayaan. Pastikan juga diri anda sentiasa berada dalam Gelombang Positif da KEJAYAAN samada dari luar atau pun dalam pemikiran kerana ianya akan mempengaruhi segala tindakan yang akan kita lakukan. Tuliskan segala impian anda, tindakan yang akan lalukan dan seterusnya bertindaklah dalam masa 36 jam. Anda akan lihat hasilnya. Saksikanlah juga kejayaan-kejayaan mereka yang berjaya kerana apa yang anda lihat akan mampu menjadikan anda seperti itu. Dengarkanlah cerita-cerita 

Marilah kita bersama bertindak menjadi USAHAWAN JUTAWAN MLM KELAS PERTAMA dengan tindakan yang pertama!.. Cabar Diri Anda!







CDM BAHTIER ABU BAKAR 
CDM FAZILAH MAD KASIM


www.isukawang.blogspot.com