Saturday, 4 August 2018

Fakta Penting Dan Sejarah Penyakit Kencing Manis

Image result for kencing manis

Fakta terbaru berkenaan dengan masalah diabetes pada tahun 2017 ini adalah, seramai 3.6 juta rakyat Malaysia dianggarkan menghidapi masalah diabetes. Ini adalah kira-kira 10% daripada jumlah penduduk rakyat di Malaysia ini. Boleh dikatakan suatu nombor yang besar kan?
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak zaman purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek) dengan tanda-tanda seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing.

Image result for kencing manis


Simptom penyakit kencing manis telah digambarkan oleh orang Mesir di atas kertas paprus pada 1550 Sebelum Masihi manakala pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis semenjak abad ke lima lagi.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.

Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis ditemui pada tahun 1897, apabila dua orang pakar saintis, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

APA ITU INSULIN?

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets yang berfungsi untuk mencerna glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut:-
  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Kerap ke ketandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat.
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda dan hanya dengan pemeriksaan doktor dapat mengesan kencing manis pada peringkat awal.

Bagi mereka yang berisiko tinggi, penghidap perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

GOLONGAN BERISIKO TINGGI

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah:-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik).
  • Mereka yang berat badan agak tinggi.
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pankreas.
  • Wanita mengandung yang pernah menghidap kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun, penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan kencing manis

Image result for kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja.

Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. 

Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

BAGAIMANA MENGELAK PENYAKIT KENCING MANIS

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose – IFG).

Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: –

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya boleh dimakan sesuka hati.

Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat juga seharusnya dikurangkan kerana kadar kalori sehari seharusnya dikurangkan.

Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih semasa dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat menambah kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.

Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40%–60%.

Penjagaan berat badan

Telah diketahui mereka yang berat badan tidak tinggi (obesiti) lebih mudah dikawal paras gula di dalam darah.

Setengah pesakit kencing manis boleh menghentikan pengambilan ubat sama sekali setelah berat badan berjaya dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit terutamanya pada bahagian kaki, rasa sebal atau kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.

Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara kerap.

Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal bagi membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal merawat penyakit mereka.

Rawatan awal kencing manis mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang.

Penjagaan anggota juga mampu mengurangkan risiko anggota badan dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45%–85%.


Semoga memberi manfaat.

No comments:

Post a Comment