Monday, 9 July 2018

Tanda Serangan Stroke

TANDA-TANDA AWAL SERANGAN STROKE YANG WAJIB ANDA TAHU

Kenali tanda-tanda awal serangan stroke

Stroke merupakan satu serangan yang sangat digeruni ramai dan dikenali sebagai salah satu punca kematian secara senyap. Penyakit stroke ini tidak menunujukkan gejala-gejala yang teruk sehingga boleh dikesan awal. Di Malaysia, stoke menjadi punca ketiga kematian rakyat Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.


Image result for strokeImage result for stroke


Pencegahan lebih baik dari mengubati. Oleh itu, ,mari kita mengenal penyakit stroke, bermula dari gejala stroke, penyebab stroke, dan cara pencegahan stroke. Ketahui sedikit sebanyak mengenai stroke ini agar kita dapat mengenali petanda ke arah serangan stroke bagi mencegah stroke daripada berlaku.

Apa itu stroke?
Apa itu stroke? Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral).

Image result for stroke

Keadaan ini berlaku disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.


Haaa..menakutkan kan? Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan sesiapa sahaja.

Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami kecacatan dan hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Oleh sebab itu, penting untuk kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan stroke. Dengan mengkaji gejala dan punca stroke, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko serangan stroke.

PuncaUtama Penyakit Stroke
Ada dua faktor yang merupakan punca stroke iaitu risiko medik dan risiko perilaku (gaya hidup)

1. Faktor risiko medik
Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke antara lain adalah disebabkan masalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan pada jantung, diabetes, riwayat stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk(sakit kepala sebelah sahaja). Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensidan arteriosklerosis. Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.


2. Faktor risiko perilaku

Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, mengambil minuman bersoda dan beralkohol serta gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi,  pewarna dan juga perisa makanan. Faktor risiko perilaku yang lainnya adalah seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.

Selain itu, salah satu punca yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah STRESS. Ini kerana 
stress boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.


Apakah Gejala Serangan Stroke?

Pada peringkat awal, masyarakat, keluarga dan setiap orang harus memperoleh informasi yang jelas dan meyakinkan bahawa stroke adalah serangan otak yang berlaku secara sederhana dan mempunyai lima tanda-tanda utama yang harus diberi perhatian dan sangat difahami. Hal ini sangat penting agar semua orang mempunyai kewaspadaan yang tinggi dan peka terhadap bahaya serangan stroke.

Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah



Tanda-tanda utama serangan stroke :


• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.

• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.


Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan




Cara Mencegah Penyakit Stroke

Kebiasaannya, untuk menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari serangan stroke.

1. Hindari atau hentikan terus kebiasaan merokok

Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.


2. Periksa tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.


3. Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada

Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.


4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin

Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan. Ia secara tidak langsung meningkatkan tekanan darah yang boleh menyebabkan pecahnya dinding arteri.


5. Makanlah secara sihat.

Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .


6. Kurangkan pengambilan garam

Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.


7. Pantau berat badan Anda

Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan terjadinya stroke.


8. Bersenam

Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.


9. Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI

Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi



10. Mencari Informasi Stroke

Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan strok. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Oleh itu, pastikan pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat.

No comments:

Post a Comment