Wednesday, 11 July 2018

Ketahui 8 Tanda-Tanda Penyakit Jantung

PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG MAMPU MENCEGAH DAN MENGAWAL SAKIT JANTUNG.
Pengambilan DHA Omega 3 akan menurunkan risiko serangan jantung, menurunkan tekanan darah,mengurangi arthritis, mencegah asma serta mencegah kanser perut dan payudara.
Forever Arctic Sea merupakan salah satu daripada suplemen yang baik untuk diambil setiap hari bagi memastikan jantung berada dalam keadaan sihat. Malah ia juga baik untuk otak, kulit dan usus kerana ia mengandungi campuran Omega3 dan Omega 9 dan diperkaya dengan vitamin E dalam setiap kapsul. Malah hanya Forever Living Products sahaja yang mengeluarkan produk seumpamanya.

Tanda-Tanda Penyakit Jantung. 
Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat kita.
Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi.Jantung merupakan organ yang istimewa dan sangat penting untuk kehidupan kita kerana,ia berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan.
Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.
  • Apa itu Penyakit Jantung?
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam,kemudian menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebenarnya rasa sakit ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya,sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian,sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.
  • 8 Tanda-tanda Penyakit Jantung
1. Kerap Sakit Dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Ia berlaku disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.
Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Sakit dada juga boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

2. Selalu Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring malah pesakit akan sering mengalami sesak nafas terutama apabila melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya anda mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan seperti menaiki tangga atau pergi tandas.Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.
3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang menyebabkan sesiapa yang mempunyai masalah sakit jantung ini kurang selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Kekerapan membuang air kecil juga adalah salah satu tanda sakit jantung. Hal ini kerana disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, anda digalakkan mengawal pengambilan air pada waktu malam hari.

6. Bengkak Kaki 
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Kaki akan menjadi bengkak dan berat dan jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

7.Mudah berpeluh
Tanda ini sering berlaku pada waktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Malah ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

8.Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit jantung. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak mengalaminya. Mungkin ada pesakit yang mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak.

  • Faktor Penyebab Penyakit Jantung
      *  Asap Rokok
Asap rokok akan mempercepatkan pembekuan darah sekaligus menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
Apabila seseorang mengalami tekanan perasaan,degup jantungnya akan meningkat malah tekanan darahnya juga meningkat.
  • Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya kepada anda. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi dan daging berlemak.
  • Kurang bersenam
Senaman sangat penting untuk menguatkan jantung kerana ia penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
  • Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah kerana jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang serangan sakit jantung.     
  • Kencing Manis
Pesakit kencing manis mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung

  • 10 Tips Untuk Mendapat Jantung Yang Sihat
Terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko anda mendapatkan penyakit jantung:
1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali
Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Selain itu,aktiviti lain boleh juga di amalkan seperti berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Bagi suri rumah pula,berkebun atau melakukan kerja-kerja rumah dapat menyihatkan jantung anda.
Senaman dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana: 
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
  • Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

2. Makan secara teratur dan seimbang

3. Kekalkan berat badan unggul

4. Tidak merokok

5. Menangani tekanan perasaan

6. Mengawal tekanan darah

7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah

8. Mengawasi paras kolesterol

9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

Betapa berharganya nilai organ jantung ini untuk kelangsungan hidup, maka segeralah perbaiki gaya hidup anda agar tetap sihat. Sayangi Jantung Anda.
 Lihat video bagaimana Forever Arctic Sea bekerja untuk kesihatan sakur darah dan jantung.



Berminat sebagai pengedar atau usahawan bersama kami, sila hubungi

012-9898714 atau 017-9898714

atau mereka yang berhampiran anda
 
East Malaysia 


Sabah 
Windrajeny (Ranau-Sabah) 016 811 4378,, Siti Fadzilah (Sabah) 014 203 0608, 
 808 2100, Endang (Keningau) 016 626 4269


Sarawak  
Dayang Eezan (Kuching) 016 888 2548, ,Hasbullah (Kuching-Sarawak) 016 872 4977, Hasif(Limbang) 013 807 0982,  Martina Mengan (Miri) 013 800 6743
Ivy Lyrun (Miri) 019 540 7371, Kristele (Kuching) 014 587 566, Eyka (Bintulu) 012 886 2445, Feeya Ann (+673 713 8978, Normiyati (Miri) 01126800663, Helen (Kuching) 016 800 4926

East Coast of Peninsular 

Terengganu 
Pn Safarina (Dungun) 019 934 9788, Muhsinah (Dungun)  013 978 0365


Kelantan
  Aisham(KB-Kel) 013 913 1818, 

Noriana (KB) 019 959 2511, Mahani (Kota Bharu) 019 954 0039, Husniza (KB) 017 297 1236, Kak Long Zanita (Machang/KB) 019 512 2366
 
Pahang
CT Zaharah (014 518 3304, Shila(Temerloh) 012 981 4313, Norly(Kuantan-Trengganu) 017 951 2757, Ratnawati (Kuantan) 013 977 0141, Hajah Hayati Mohamad (Kuantan-Trengganu) 019 336 0848,  Suzi (Kuantan) 013 937 4721
Faiz 0179407949 (Kuantan-Kemaman), Fadli 012 983 4656, 
  Lokman (Kuantan) 013 9762 120, Ibrahim (Kuantan) 019 905 6228, Nasir (Jengka-Melaka) 019 229 1889,  En Bakri (Pekan) 013 996 1977, Naziah (Kuantan/Pekan) 011 1075 2375, Diana Galeri (Jerantut)013 959 8135, Nor Ajelah(Jengka) 019 276 7475, 
Fatin Zulaika (Kuantan) 013 922 3750, Rahila (Kuantan) 017 902 7105, Irfan (lanchang-Maran) 014 2192030, Wan Nashariza (Jengka) 017 972 0138
     
Melaka
  Ruhilah 011 3417 1911, Fatimah 019 342 3896


 *Pengedar dialu-alukan

Kuala Lumpur/Putraja
Syarifah Sahida (Putrajaya) 019 409 0177, Nadratul Nadia (Cheras/KL) 017 285 0743,  Norazian (Kajang/Bangi) 012 617 1026

North of Peninsular 
Kedah
 Azahari (Sg Petani/Penang) 0124478910,  Zaini(Kulim,Bkt Mertajam) 013 418 1958, A
snah (SPetani, Kuala Ketil) 019 522 9834 Manan(Sg Petani) 013 480 2628
*Pengedar dialu-alukan

 
South of Peninsular 
Johor
Pn Mez Mezlina (Muar) 012 387 4980, Pn Rohaida(Segamat) 019 669 5974, 
Azman Saliehan( Segamat) 012 751 4077
Siti Atikah (Muar Johor) 012 674 6760, Junaidah (Kota Tinggi)017 9949849, 
Zila (Kota Tinggi, JB) 010 712 6795,,
Ana (Tmn Molek,Johor Jaya,Desa Jaya,Permas Jaya) 017 7413181, Annie (JB) 010 8289208

*Pengedar dialu-alukan



Monday, 9 July 2018

Tanda Serangan Stroke

TANDA-TANDA AWAL SERANGAN STROKE YANG WAJIB ANDA TAHU

Kenali tanda-tanda awal serangan stroke

Stroke merupakan satu serangan yang sangat digeruni ramai dan dikenali sebagai salah satu punca kematian secara senyap. Penyakit stroke ini tidak menunujukkan gejala-gejala yang teruk sehingga boleh dikesan awal. Di Malaysia, stoke menjadi punca ketiga kematian rakyat Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.


Image result for strokeImage result for stroke


Pencegahan lebih baik dari mengubati. Oleh itu, ,mari kita mengenal penyakit stroke, bermula dari gejala stroke, penyebab stroke, dan cara pencegahan stroke. Ketahui sedikit sebanyak mengenai stroke ini agar kita dapat mengenali petanda ke arah serangan stroke bagi mencegah stroke daripada berlaku.

Apa itu stroke?
Apa itu stroke? Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral).

Image result for stroke

Keadaan ini berlaku disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.


Haaa..menakutkan kan? Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan sesiapa sahaja.

Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami kecacatan dan hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Oleh sebab itu, penting untuk kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan stroke. Dengan mengkaji gejala dan punca stroke, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko serangan stroke.

PuncaUtama Penyakit Stroke
Ada dua faktor yang merupakan punca stroke iaitu risiko medik dan risiko perilaku (gaya hidup)

1. Faktor risiko medik
Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke antara lain adalah disebabkan masalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan pada jantung, diabetes, riwayat stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk(sakit kepala sebelah sahaja). Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensidan arteriosklerosis. Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.


2. Faktor risiko perilaku

Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, mengambil minuman bersoda dan beralkohol serta gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi,  pewarna dan juga perisa makanan. Faktor risiko perilaku yang lainnya adalah seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.

Selain itu, salah satu punca yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah STRESS. Ini kerana 
stress boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.


Apakah Gejala Serangan Stroke?

Pada peringkat awal, masyarakat, keluarga dan setiap orang harus memperoleh informasi yang jelas dan meyakinkan bahawa stroke adalah serangan otak yang berlaku secara sederhana dan mempunyai lima tanda-tanda utama yang harus diberi perhatian dan sangat difahami. Hal ini sangat penting agar semua orang mempunyai kewaspadaan yang tinggi dan peka terhadap bahaya serangan stroke.

Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah



Tanda-tanda utama serangan stroke :


• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.

• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.


Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan




Cara Mencegah Penyakit Stroke

Kebiasaannya, untuk menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari serangan stroke.

1. Hindari atau hentikan terus kebiasaan merokok

Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.


2. Periksa tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.


3. Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada

Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.


4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin

Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan. Ia secara tidak langsung meningkatkan tekanan darah yang boleh menyebabkan pecahnya dinding arteri.


5. Makanlah secara sihat.

Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .


6. Kurangkan pengambilan garam

Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.


7. Pantau berat badan Anda

Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan terjadinya stroke.


8. Bersenam

Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.


9. Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI

Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi



10. Mencari Informasi Stroke

Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan strok. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Oleh itu, pastikan pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat.