Bila sebut je Ramadhan, pasti ramai yang suka dengan kehadirannya. Ia membawa berbagai pengertian kepada setiap orang. Bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan, penuh dengan kerahmatan. Rezeki melimpah ruah dalam bulan ni. Bagi kebanyakan peniaga, inilah bulan untuk mencari keuntungan lebih sambil beribadat. Jika pada bulan biasa mungkin agak sukar kita nak dapatkan sesuatu yang kita cari. Tapi pada bulan ni, insyaallah anda pasti akan menemuinya. Kalau nak cari makanan, berbagai-bagai jenis makanan akan kita temui. Boleh dikatakan inilah bulan untuk bershopping sakan bermula dari makanan sehinggalah kepada alatan rumah dan kenderaan. Boleh dikatakan hampir semua jenis perniagaan laku pada bulan ni. Kalau tak caya pegilah tegok sendiri. Kalau nak untung berniagalah apa saja.. Bak kata Ustaz Ismail Kamus dalam salah satu ceramahnya dulu, kalau jual bata panggang pun laku.
Bulan ramadhan penuh juga dengan berbagai ujian.Sebab itulah Allah menjanjikan pahala dan habuan yang besar di dalam bulan ini. Niatkan sahaja apa yang kita lakukan untuk kebaikan itu adalah sebagai ibadah kepadaNya. Pasti Allah akan kira. Yang penting IKHLASSS.. Kita sepatutnya mengambil peluang yang lebih besar lagi menguntungkan lebih daripada yang disebutkan tadi iaitu dengan menggandakan amalan ibadat. Masa nilah sebenarnya kalau kita nak mula belajar berjinak-jinak dengan solat, membaca Al-Quran dan ibadat-ibadat yang lain. Kalau boleh jadikanlah ia sebagai permulaan perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. Biasanya kalau di bulan biasa, masjid tak ramai orang. Tapi pada bulan Ramadhan, suasananya terus bertukar. Ramai yang datang ke masjid untuk bersolat terutama solat tarawih.
Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan berkat ini, marilah kita berazam dan berusaha untuk melakukan perubahan yang menguntungkan kita di dunia dan akhirat. Kita tidak tahu apakah kita masih sempat untuk berada pada Ramadhan yang akan datang. Atau apakah ini Ramadhan terakhir untuk kita. Renung-renungkanlah..

SELAMAT BERPUASA
No comments:
Post a Comment