Kongsi Rahsia KEJAYAAN CHEF WAN
WANG, populariti dan glamor.
Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa seorang chef juga boleh menandingi
kehebatan seorang artis, ahli politik atau ahli sukan yang terkenal. Sejak
lebih 20 tahun dahulu, chef dianggap antara profesion yang amat menarik dan menguntungkan
untuk diceburi. Seorang chef boleh mengundang rasa kekaguman ramai atas
kebolehan dan kreativiti mereka dalam menyediakan pelbagai jenis masakan dengan
gabungan seni kulinari.
Kita sering mendengar seorang
chef mengatakan bahawa, masakan yang enak datangnya daripada hati yang ikhlas.
Kata-kata itu mempengaruhi sebahagian besar daripada kita apabila memasak di
dapur. Apa pun, daya penariknya, ramai yang mahu menjadi chef kerana kerjaya
yang dikuasai oleh kaum lelaki itu mampu meraih pendapat yang lumayan. Ada di
antara mereka menimba pengalaman dengan bekerja di hotel-hotel, kemudiannya
membuka restoran sendiri dengan menjalankan perniagaan katering, ada yang
menghasilkan buku dan beberapa chef terkenal tampil di televisyen mengendalikan
rancangan-rancangan masakan mereka sendiri.
Dalam pada itu, minat orang ramai
terhadap rancangan-rancangan masakan dan penyediaan makanan di televisyen
membuatkan golongan ini terus mendapat perhatian. Di kebanyakan negara,
rancangan yang dikendalikan atau dihoskan oleh chef-chef terkemuka mereka ini
mendapat rating yang tinggi.
Di Malaysia, Datuk Chef Wan
merupakan chef paling terkenal dan dikatakan menerima pendapatan tertinggi
berbanding dengan chef lain di negara ini. Beliau yang hampir 30 tahun
menceburi bidang itu bermula dari bawah dan kini bakatnya dalam bidang tersebut
diiktiraf di peringkat dunia dan menjadi kebanggaan negara.
Dilahirkan pada tahun 1958 di
Singapura, pemilik nama Redzuawan Ismail ini merupakan pengacara masakan No 1
di Malaysia. Pada usia tiga tahun, keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur kerana
ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The Malaysian Air
Force. Menetap di pangkalan Angkatan Tentera Udara, di sinilah beliau
mengembangkan bakat memasak. Seni memasak yang dipelajari daripada ibunda dan
nenda tercinta serta didorong rasa ingin tahu dan sering melakukan eksperimen,
telah mengasah bakat Chef Wan di dapur.
Menerima gelaran Datuk, penat lelah selama lebih 30 tahun yang dipikul
beliau dalam mengharumkan nama negara akhirnya terbalas. Figura terkenal ini
telah berjaya membuka mata banyak pihak bukan saja dalam negara malahan di
peringkat antarabangsa dalam bidang masakan yang rata-ratanya dimonopoli oleh
kaum Hawa.
Memasak untuk personaliti
terkenal seperti Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill
Clinton, kehebatan beliau bukan pada penghasilan hidangan istimewa tetapi pada
celoteh dan keletahnya yang unik dan mampu memukau penonton sepanjang hari.
Antaratrademark beliau ialah menggunakan
leteran nenek di kampung dalam interaksi dengan penonton yang tidak pernah
gagal untuk memikat hati penonton. Beliau juga digelar Jamie Oliver di Britain
dan Martha Stewart di Amerika tetapi versi MalaysiaJ
Tidak ramai yang tahu bahawa
tukang masak kesayangan rakyat Malaysia ini adalah seorang akauntan bertauliah.
Dek kerana minat yang amat mendalam dalam bidang masakan, beliau berhenti
kerja, ambil ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari
California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat dan berusaha
gigih untuk menjadi seorang chef yang kreatif, berinovasi dan profesional.
Beliau mengambil keputusan drastik dengan membuat belok terbesar dalam hidupnya
pada 17 tahun dulu walaupun keputusan itu akan mengecewakan bapanya. Tidak
mampu lagi untuk membohongi diri, berpakaian kemas dan menjalani kehidupan
korporat bukanlah sesuatu yang ingin dilakukannya dalam hayat ini. Tujuh tahun
bekerja untuk sebuah bank membuatkan beliau rasa terseksa dan mengatakan pada
diri bahawa enough is enough.Beliau
terdesak untuk melakukan perubahan kerjaya dan mahu melakukan sesuatu yang
dicintainya iaitu makanan. Mengimbas kembali pada turning
point beliau,
tiada siapa yang menyangka bahawa Chef Wan tidak pernah menyesal akan keputusan
untuk beralih profesion. Walaupun beliau harus bermula daripada bawah dengan
membasuh pinggan mangkuk dan pada masa yang sama membiayai pengajiannya
sendiri, beliau puas. Selain daripada ijazah yang diperoleh, beliau turut
memiliki Diploma dari Hotel Ritz, Paris.
Mewarisi bakat masakan daripada
ibunda, figura yang petah berbicara ini berpendapat bahawa makanan adalah
senjata terbaik untuk menghubungkan masyarakat dari seluruh dunia dan makanan
juga menunjukkan budaya dan bangsa. Tambahan beliau lagi, bidang masakan ini
terlalu luas, semakin banyak yang diteroka, semakin banyak peninggalan yang
diwariskan oleh orang dulu-dulu.
Sepanjang penglibatan beliau
dalam rancangan masakan, antara program masakan yang paling diingati rakyat
Malaysia ialah The Kuali Cook Show, Chef
Wan, dan yang paling
terbaru iaitu Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas. Tetapi rancangan masakan TV
antarabangsa seperti A Taste of Australia with Chef Wan (Australian ABC Network), Flavours
of Asia (Prime 12,
Singapore), Market Kitchen (UK Food Network), Flavours
of the World (TV4,
Sweden) dan Chef Wan and Gino’s Specials (Orge TV, Norway) yang membuka jalan
ke kemasyhuran di seluruh dunia. Untuk semua dedikasi kepada industri makanan,
Chef Wan telah dinamakan Chef Selebriti televisyen Terbaik di Anugerah Buku
Masakan Dunia Gourmand tahun lepas di Perancis.
Pada masa masyarakat menjangka
Chef Wan akan berehat bersama keluarga, beliau baru sahaja selesai penggambaran
program masakan Ekspedisi
Chef Wan musim kedua untuk TV9. Beliau telah pergi ke
Thailand, Vietnam, Hong Kong, Macau, Bali dan London untuk penggambaran. Untuk
musim ketiga dan keempat, beliau akan ke Mauritius, Turki, Korea, Mesir,
Sweden, Lebanon dan Syria. Terkenal sebagai seorang yang bekerja kuat, beliau
pada masa ini sedang sibuk berdiskusi dengan TV3 untuk menghasilkan rancangan
temu bual sendiri yang bakal menggabungkan topik-topik makanan seperti yang
kerap disentuh Oprah Winfrey dan Martha Stewart. Dan seolah-olah yang tidak
cukup dengan rencana harian yang padat, beliau bakal melancarkan pelbagai set
pinggan mangkuk dan dapur, yang dinamakan Chef Wan Lifestyle dengan cara jualan langsung.
Seorang yang menghargai
kecantikan, beliau gemar belajar tentang budaya setiap negara yang beliau
lawati. Bagi beliau, setiap budaya mempunyai definisi sendiri tentang
keindahan, maka beliau sering membawa pulang sekurang-kurangnya satu barang
cantik yang menjadi simbol budaya negara yang telah dilawati sebagai
kenang-kenangan dan biasanya dipamerkan di ruang tamu rumah beliau.
Anak sulung daripada tujuh adik
beradik ini merupakan Duta Makanan yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan
pada 2010 kerana menghargai sumbangannya memperkenalkan makanan Malaysia ke
peringkat antarabangsa. Pada tahun lalu, sumbangannya sekali lagi diiktiraf di
peringkat antarabangsa apabila menerima dua anugerah berprestij daripada National
Critics Choice. Anugerah
berkenaan ialah Life Time Achievement South East Asia
Cuisinemenerusi kategori The Hospitality and Dining Awards
2011/2012dan juga Best Editor‘s Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan
buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia. Pada tahun yang sama, beliau telah
diberi penghormatan bagi menjayakan program bual bicara pagi, NBC Today yang
disiarkan secara langsung untuk saluran NBC di AS. Program televisyen itu
berlintas langsung dari taman rekreasi Suria KLCC dan berlatar-belakangkan
bangunan berkembar KLCC yang disaksikan oleh jutaan rakyat AS. Dan yang
terbaru, Kerajaan Thailand memberinya gelaran Friends of Thailand Award pada September 2010. Sejurus selepas
itu, beliau dipilih sebagai Malaysia Airlines (MAS) Holiday Travel
Icon Ambassador pada
November 2010 yang berperanan untuk menjelajah dunia dengan pelbagai jenis
masakan.
Menurut Chef Wan, kelebihan
menjadi seorang chef ialah mampu membuatkan orang gembira. Beliau percaya
bahawa makanan membawa kegembiraan. Tidak kira lah sama ada masalah hidup yang
dihadapi kecil atau besar, tiada masalah sebesar kebuluran! Tetapi beliau
tidak ingin menjadi chef biasa, disebabkan naturebeliau
yang agak ‘gila-gila’, beliau suka melancong, berlakon, menyanyi, menulis dan
yang paling biasa dilihat iaitu bercakapJ Beliau
memasang impian untuk membawa keamanan kepada dunia melalui makanan. Makanan
mampu menyatukan pelbagai jenis manusia daripada pelbagai jenis bangsa dan
kebudayaan kerana apabila semua duduk makan bersama, figura hebat ini yakin
bahawa semua masalah dapat diselesaikan.
Juga aktif di laman maya, Chef
Wan melalui laman Facebooknya berkongsi pandangan mengenai kehidupan sesetengah
orang yang tertekan dengan kekangan kewangan atas pelbagai faktor sampingan.
Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Chef
Wan menegur sikap segelintir masyarakat yang menjalani gaya hidup mewah serta
banyak melepak merupakan punca utama kehidupan seseorang itu umpama “kais pagi
makan pagi kais petang makan petang”. Berdasarkan pengalamannya, Chef Wan dikatakan sudah banyak kali bertemu
dengan orang malas berusaha dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Chef Wan
menegur supaya individu berkait tidak menuding jari terhadap orang lain jika
berlakunya sesuatu kesusahan.
Chef Wan mempunyai dua orang
anak, seorang daripadanya Serina Redzuawan, seorang pelakon yang telah muncul
dalam beberapa siri drama Malaysia. Anak Chef Wan, Muhammad Nazri bin
Redzuawan, mengikuti jejak langkah ayahnya dengan menjadi seorang tukang masak
juga. Beliau merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan tegas dalam
mendidik anak lelaki dan perempuannya.
Setelah mendapat segala-galanya,
kemasyhuran dan kesenangan, Chef Wan berharap dapat bekerjasama dengan
chef-chef tempatan untuk menghasilkan buku ensiklopedia masakan mengandungi
semua masakan dari setiap negeri, senarai rempah ratus, petua masakan dan
resipi. Ia buku rujukan lengkap mengenai masakan. Beliau sendiri sudah mula
mengumpul bahan sejak empat tahun lalu dan dalam memberikan yang terbaik,
beliau sanggup meredah kampung mencari resipi terkenal di sesuatu daerah itu.
Menurut beliau lagi, beliau sanggup bayar asalkan mendapat resipi tradisi yang
lengkap dan betul.
Secara moralnya, apa yang
ditonjolkan oleh Chef Wan sangat berguna dan boleh diikuti untuk berjaya seperti
beliau.
·
Lihatlah betapa besarnya wawasan yang dipegang oleh Chef Wan.
·
Nak Berjaya kita mesti berani berubah untuk Berjaya.
·
Kalau nak Berjaya, lakukanlah apa yang kita minat dengan cara yang
tidak biasa-biasa.
·
Jauhi sikap malas yang merugikan
·
Kejayaan boleh dicipta oleh sesiapa sahaja asalkan kita tahu dan
cari jalan bagaimana untuk melakukannnya.
·
Jadikan kerjaya sebagai minat dan wujudkan kegembiraan dan
kecintaan kepadanya jika ingin berjaya
* Sumber dari Perkongsian Artikel
No comments:
Post a Comment