Duit & Emas!...
Itulah dua perkara yang menjadi buruan dan impian manusia. Tidak kira usia dan jantina serta latar belakang. Namun sesuatu itu biasanya akan mudah datang kepada orang yang benar-benar menyukainya. Apatah lagi kepada yang menyintainya. Saya sangat yakin dan percaya tentang 'Hukum Tarikan'. Jika kita sukakan sesuatu pasti ianya akan mudah datang kepada kita. Masa kecil dulu mak akan marah kalau kami main baling atau lambung duit. Katanya nanti duit tak nak datang kerana semangat duit akan hilang. Mak suruh cium duit setiap kali mendapatnya sebab katanya duit tu adalah rezeki. Mesti kena sayang rezeki..
Setelah dewasa barulah saya faham, bahawa duit juga ada semangat. Ia adalah makhluk yang sangat besar pengaruhnya. Apatah lagi setelah belajar tentang ilmu 'Hukum Tarikan- Law of attraction", saya mula memahami tentang betapa pentingnya kita menyukai sesuatu jika kita inginkannya. Ianya berkait rapat dengan pemikiran dan minda seseorang. Setelah saya belajar dan mengkaji sifat-sifat orang yang berjaya antaranya ialah mereka memang menghargai duit, suka dan inginkan kekayaan. Minda mereka kaya dan yakin bahawa mereka kaya. Mereka juga kebanyakan mengamalkan sedekah/sumbangan yakni suka memberi dan menderma. Sebab itulah tiada orang yang kedekut kita hidup kaya raya berpanjangan. Malah orang yang kedekut juga akan hilang sahabat dan saudara mara. Yang ada kebanyakannya ialah yang berhemah di dalam pemgurusan kewangan mereka.
Maka dengan itu marilah kira semua menjadikan sifat suka menderma sebagai sebahaguan daripada hidup kita. 'The you give, the more you get'. Makin banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat!... Semakin banyak kita bersyukur, semakin Allah Sayang dan tambahkan rezeki kepada kita.
Jangan sama sekali kita kata kita tak suka duit. Buangkan anggapan kuno dan bohong yang mengatakan bahawa duit dan harta yang banyak membuatkan seseorang itu menjadi jahat. Sebaliknya hari ini banyak kita lihat dan dengar bahawa orang yang banyak duit sering membantu mereka yang susah. Marilah kita jauhkan diri daripada membuat fitnah terhadap duit dan harta kemewahan. Namun jangan lupa bagi kita untuk hidup bersederhana sebagai tanda kesyukuran dan agar kita tidak melampui batas.
'Aku suka Duit!.. Terima kasih Ya Allah di atas semua rezeki yang Kau kurniakan kepadaku!.. Kau tambahkanlah lagi rezeki dab harta kekayaan yang melimpah ruah dan Berganda-ganda kepadaku Ya Allah.. Amin Ya Rabbal A'lamin...
No comments:
Post a Comment