Wednesday, 2 April 2014

Berniagalah Walau Dengan Modal Yang Kecil




Semua orang suka duit. Malanglah jika ada yang tak suka duit! Duit hanya akan datang kepada mereka yang benar-benar sukakannya. Tapi bukan bermakna sehingga kita sanggup menghalalkan cara bagi mendapatkannya. Yang patut kita buat ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendpatkannya dengan cara yang betul. Ia aka mendatangkan kesan kepada kehidupan kita bergantung kepada cara kita mendapatkannya. Oleh itu, berhati-hati dalam hal kita mencari duit untuk keperluan kita.

Kita boleh perolehi wang dengan perbagai cara. Namun secara dasarnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu makan gaji dan berniaga. Secara agihan pendapatan dalam pertumbuhan ekonomi, 10% sumber ekonomi datang daripada pendapatan makan gaji samada mereka bekerja dalam bidang perkhidmatan atau perniagaan, manakala 90% lagi datang melalui perniagaan. Maknanya, apa yang nabi kata bahawa 9/10 rezeki itu datang daripada pintu perniagaan memanglah betul.

Kepada mereka yang bekerja makan gaji sudah tentu pendapatan mereka adalah terjamin, namun ianya sudah dihadkan. Ini bermakna taraf dan gaya hidup mereka juga adalah hampir sama. Berbeza denngan mereka yang berniaga sendiri di mana pendapatan mereka tidak menentu dan tidak terjamin berapakah jumlah yang mereka akan bawa pulang setiap hari atau setiap bulan. Namun ianya tiada had bergantung kepada usaha, strategi dan kesungguhan mereka di dalam menjalankan perniagaan. Kebergantungan mereka ini adalah seratus peratus kepada Allah dan usaha yang mereka lakukan. Namun percayalah, pendapatan yang mereka bawa pulang kepada keluarga mereka adalah jauh lebih banyak daripada mereka yang kebanyakannya bekerja makan gaji.

Kita pernah mendengar pepatah ada mengatakan ,"Jika seorang peniaga itu hidup miskin kerana berniaga, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada perniaagaannya. Begitu juga jika seorang yang semata-mata dibayar gaji yang hidupnya kaya raya, pasti juga sesuatu ada yang tidak kena telah berlaku kepada kerjanya."

Daripada kenyataan yang diberikan, telah timbul pelbagai persoalan, Macam mana nak berniaga kalau masa dah dihabiskan banyak ditempat kerja? Macam mana dengan 'title' yang disandang? Nanti apa orang kata? Modal takde.., takde pengalama... dan berbagai-bagai lagi alasan dan persoalan.
Tapi saya nak tanya balik. Adakah kita akan terus menggunakan 'title' kita tu apabila kita pencen? Jika ada 'title' pun adakah ianya membawa maksud dengan kuasa dan ganjaran pendapatan ketika itu? Apakah kerjaya kita tu boleh diwariskan kepada anak-anak?, Apakah kita tahu kita akan terus bekerja di tempat yang sama? Dan yang paling penting untuk kita jawab adakah kita mencukupkan segala keperluan kita tanpa mengharapkan orang lain seperti tabung pendidikan, tabung kebajikan, tabung kesihatan, tabung persaraan yang mencukupi.

Hasil daripada kajian KWSP sendiri mendapati kebanyakan, warga pencen telah kehabisan wang hari tua mereka hanya tidak sampai 5 tahun sahaja. Apa yang terjadi kepada mereka ini selepas itu? Terpaksa bekerja lagi kerana keperluan hidup yang mendesak. Pendapatan pencen mereka juga tidak cukup kerana mereka hanya menerima separuh sahaja daripada bayaran akhir gaji mereka. Sebab itulah ramai yang kita jumpa kebanyakan mereka ini terpaksa bekerja lagi demi memenuhi keperluan hidup. Sedangkan sewaktu berkhidmat pun mereka terpaksa berhutang apatah lagi setelah pencen. Tapi adalah sulit mereka untuk mereka mendapatkan pinjaman kerana faktor usia dan kerja.

Di sini saya ingin membuka minda anda untuk melihat peluang untuk anda memulakan perniagaan sewaktu masih berkhidmat. Anda tak perlu berhenti kerja. Anda hanya perlu menggunakan sebahagian daripada masa anda untuk mula belajar dan membina perniagaan anda. Kita mesti bermula dengan belajar dan berusaha meningkatkannya. Tidak salah anda belajar kan? setidak-tidaknya anda dah menyiapkan diri dengan cabaran   dan ilmu perniagaan. Saya sendiri adalah seorang guru yang sehingga kini masih lagi mengajar di salah sebuah sekolah di Kuantan. Tiada alasan jika kita ingin berjaya. Saya memilih perniagaan berkonsepkan MLM kerana ianya sangat sesuai untuk orang seperti saya. Takde modal besar, takde masa, takde kawan, takde bakat dan bukan dilahirkan dalam keluarga berniaga. Tapi di sini ada sistem yang membantu untuk orang seperti saya berjaya dalam perniagaan. Saya rasa inilah peluang perniagaan yang terbaik pernah saya ikuti.
Saya memilih syarikat yang kukuh, stabil dan berkredibiliti untuk menyertainya. Ini adalah kerana saya tidak mahu perjalanan perniagaan terganggu akibat masalah serta kelemahan syarikat. Oleh itu saya memilih untuk menjalankan perniagaan Multi Level Markerting, MLM dgn syarikat Forever Living Product, FLP. Sebelum inipun saya pernah menyertai beberapa syarikat MLM lain. Namun FLP sangat unik dan tiada pada mana-mana syarikat lain dalam pelan pemasaran serta syarikat itu sendiri. Apa yang saya pilih ialah sebagai USAHAWAN, bukan JURUJUAL!

Alhamdulillah.. Saya bersyukur kepada  Tuhan kerana telah membuka peluang ini kepada saya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendapatan yang diperolehi setiap bulan banyak membantu menyelesaikan banyak perkara tertangguh sebelum ini. Berkat doa dan usaha serta bimbingan dan dorongan daripada isteri, leader-leader serta rakan kongsi dan syarikat, saya akhirnya berjaya mencapai anugerah pangkat tertinggi sebagai usahawan jutawan hanya dalam masa beberapa bulan bulan sahaja. Kini saya sedang berusaha untuk melebarkan rangkaian usahawan jutawan seperti saya kepada orang lain. Mugkin mereka itu adalah anda. Saya sangat mengalu-alukan penyertaan anda bersama kami sebagai usahawan.
Selain daripada menjana pendapatan setiap bulan secara sambilan, saya berpeluang menyertai seminar seberang laut secara percuma setiap tahun, peluang mengerjakan umrah setiap tahun, insentif produk, insentif penajaan, pengiktirafan kepada usahawan, tabung kereta dan banyak lagi. Fuhh.. Memang berbaloi dan menguntungkan. Syarikat juga menjalankan sistem pengurusan dengan cekap dan cepat.

Anda boleh menggandakan pendapatan anda tanpa perlu bertukar kerja. Bagaimana?
Luangkan sedikit masa anda untuk mendengar peluang perniagaan dan pengalaman dari kami. Percayalah anda akan rasa menyesal di suatu hari nanti jika lewat menghubungi dan bertemu kami. Cubalah beri peluang kepada diri anda untuk melihat peluang yang disediakan ini. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Tindakan hari ini mencerminkan kehidupan masa depan anda.

Hubungi Segera

atau WhatsApp kepada saya di 012-9898714 @ 013-9845898


Penyertaan Anda Sebagai Usahawan Networking Bersama Kami Amat Dialu-Alukan.

Tuesday, 1 April 2014

Bagaimana Kami Melakukannya?








Kami merupakan usahawan Network Marketing. Kenap kami pilih Bisnes MLM sebagai kerjaya keusahawanan kami? Jawapannya ialah kerana ia merupakan bisnes yang sangat unik. Betul!.. Ia sangat unik!
Ditambah pula dengan kemajuan teknologi terkini seperti intenet menjadikan ianya satu perniagaan yang mampu bergerak pantas!.

Sejak dulu kami melakukan apa sahaja untuk menambah punca pendapatan seperti berniaga di pasar malam,   jadi ejen insuran, mengajar tusyen, menjual kuih dan nasi lemak serta berbagai lagi. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap wang. Kami faham bahawa wang hanya akan datang atau tertarik dan melekat kepada sesiapa yang sukakannya sahaja. Di samping itu juga kami sering meninjau-ninjau peluang lain yang lebih baik dan lebih menyeronokkan. Sehinggalah pada suatu hari kami dipertemukan dengan seorang pensyarah yang berkhidmat di salah sebuah IPTA untuk berkongsi pengalaman dan peluang dalam bidang MLM. Saya dan isteri sangat tertarik dan yakin dengan perniagaan ini walaupun sebelum itu saya pernah menyertai bebarapa syarikat lain yang menjalankan konsep perniagaan yang sama. Disebabkan terpegun dan teruja dengan kejayaan beliau dalam kerjaya keusahawanan ini, saya dan isteri bersetuju membuat keputusan untuk menyertainya. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana kami juga mampu berjaya seperti beliau. Disebabkan keunikan perniagaan ini serta bimbingan daripada mentor yang berjaya dengan sistem pendidikan dan pelan pemasaran yang adil, kami ingin turut mempelawa anda semua berkongsi dan menikmati kejayaan seperti kami.

Selain daripada menjual produk-produk yang berkualiti, perniagaan ini mampu membuka peluang kepada orang lain untuk menambah punca pendapatan. Bukan sekadar menambah wang dapur, malah ia mampu menjadikan seseorang itu hidup kaya raya. Dah terbukti! Lihat bagaimana hari ini MLM telah ramai melahirkan usahawan jutawatan yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira usia dan latarbelakang perniagaan.

Perniagaan ini sangat mudah kerana berkonsep -Selling-Sponsoring-Service. Jika nak berjaya jadi Usahawan ditambah lagi dengan Education & Strategi. 



Misi Kami

  • Kami bertekad untuk menjadi lebih berkualiti, berinovasi, dan mempunyai produk yang ada kelebihan.
  • Kewujudan kami adalah untuk menyuburkan dunia keusahawan di segenap pelusuk dunia.
  • Kami ingin membentuk kesetiaan di kalangan pengedar di deluruh dunia.

Falsafah Kami

  • Kepuasan Pelanggan: Menyediakan nilai tambah kepada pelanggan dengan menyediakan produk-produk yang berkualiti, dan perkhidmatan kepimpinan.
  • Persaingan: Menitikberatkan kelebihan berdaya saing dan kebijaksanaan dalam usaha mencapai kejayaan dan perkembangan yang berterusan.
  • Budaya Tempat Kerja: Memupuk dan mempertingkatkan dasar pengetahuan dan ilmu dalam persekitaran pekerjaan untuk memantapkan kerja berkumpulan, dan mencapai matlamat dalam menghadapi apa juga cabaran dalam dunia perniagaan.
  • Tanggungjawab: Meningkatkan kepercayaan dan nilai pulangan kepada para pemegang saham.
  • Kemasyarakatan: Menghargai setiap jasa dan penghargaan yang dicurahkan oleh masyarakat. Menyalurkan semula sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk kewangan atau bantuan ehsan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokogan mereka.


Monday, 31 March 2014

Kenapa Perlu Berubah?

Hakikat Kehidupan
Suka atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bahawa segala kos tanggungan akan meningkat. Ia melibatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, hiburan dan banyak lagi. Percaya atau tidak bahawa kos pengurusan jenazah pun meningkat. So, apa yang kita perlu dan wajib buat. Paling tidak pun ialah persediaan agar hidup dan mati kita tidak menyusahkan orang lain.

Jika kita lihat rentetan hidup, boleh dikatakan hampir semua orang merasakan semakin berat bebanan kewangan yang mereka tanggung seiring dengan usia mereka. Ini sangat dirasai sejak seseorang mula mendirikan rumah tangga. Diikuti dengan kedatangan cahaya mata. Keperluan tempat tinggal, pendidikan anak-anak serta penjagaan kesihatan mereka. Apa yang berlaku selepas itu? Biasanya mereka akan mula mencari peluang untuk menambah pendapatan dengan kerja lebih masa (OT), membuat kerja sampingan dan sebagainya. Ianya sangat biasa berlaku terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau kawasan yang mempunyai aktiviti kehidupan yang aktif. Maka di sini berlaku penawaran dan keperluan sesama mereka. Mereka yang bijak akan sentiasa mencipta dan mencari peluang untuk mecipta pendapatan. 

Bagi mereka yang berniaga, inilah tempat untuk mereka mencari rezeki. Mereka sangat berani. Mereka mencari tempat yang ada orang ramai berkumpul. Mereka tidak memikirkan siapakah orang yang akan mereka temui. Bagi mereka, matlamatnya ialah untuk menjual dan melariskan barang yang mereka bawa. Mereka sentiasa berharap setiap masa kepada Tuhan agar rezeki menyebelahi mereka. Minda mereka  sentiasa mengharapkan perniagaan mereka laris dan berjaya. Mereka menggunakan sepenuhnya kekuatan minda dengan konsep 'Law Attraction'. Fikir laku- barang laku. Sebelum memulakan perniagaan, mereka akan sentiasa berdoa dan berharap agar Tuhan membantu mengalirkan rezeki yang melimpah ruah ke dalam perniagaan mereka. Minda mereka sangat berbeza dengan mereka yang bekerja makan gaji. Orang makan gaji boleh membuata anggaran perbelanjaan mereka kerana mereka boleh menjangkakan pendapatan mereka. Jika mahu berbelanja lebih kenalah buat kerja 'over time'. Namun ada juga yang menjalankan perniagaan sampingan bagi menambahkan punca pendapatan mereka. Mereka ni memang kebisaannya mempunyai pendapatan yang agak lebih berbanding dengan yang hanya berharap gaji semata-mata.


Saya masih ingat bagaimana seorang pesara penjawat awam berkongsi pengalaman dan perasaan bersama saya suatu ketika dulu. Katanya, saya sangat sokong jika seseorang yang bekerja makan gaji tu menggunakan sebahagian daripada masanya yang terluang untuk menambah pendapatan secara berniaga. Masa berkhidmat kita boleh belajar dari pengalaman penglibatan dalam perniagaan yang kita lakukan. Bila pencen sekurang-kurangnya kita dah bersedia menghadapi pengalaman baru untuk berniaga. Katanya setelah berada dalam dunia pencen, dia merasakan dunia menjadi semakin sempit. Terasa kehilangan. Kehilangan orang bawahan, majikan, kuasa dan sebagainya. Malah ada yang merasakan seolah-olah hilang penghormatan terhadap mereka. dari segi pendapatan dah tentulah hilang sebahagian besar daripada yang sedia ada sebelum ni. Beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa mencari kerja kerana keperluan untuk perbelanjaan dan perubatan serta tanggungan. Wang simpanan dan ganjaran perkhidmatan biasanya habis hanya dalam jangkamasa setahu ke lima tahun. Tapi jika mereka sedar dari awal untuk membina perniagaan sewaktu masih berkhidmat, mereka boleh menyambung karier mereka dengan perniagaan telah mereka ceburi sebelum itu secara sepenuh masa.
Apa yang beliau kongsikan itu saya sentiasa ingat dan melakukan seperti apa yang beliau sarankan.

Oleh itu, saya ingin rakan pembaca semua membuka sedikit minda agar kita menanamkan minat untuk  belajar dan cuba menceburi bidang perniagaan mulai sekarang. Jika gagal tak mengapa kerana kita masih ada peluang untuk memperbetulkannya kerana kita tak rugi apa-apa sebab kita masih ada kerja. Namun jangan sampai mengabaikan kerja hakiki makan gaji buat masa ini. Mulakan duhulu dengan perniagaan yang bermodal kecil dan rendah risiko. bagi saya, pilihan saya ialah perniagaan MLM yang tidak memerlukan masa yang banyak, modal yang kecil. Tak perlukan pengalaman dan modal yang besar tapi sangat unik. Sebab itulah saya menceburi perniagaan ini kerana saya rasa inilah perniagaan yang sesuai dengan jiwa dan cara kehidupan saya. Saya bermula dengan tiada pengalaman. Kegagalan? Biasa..  Penolakan?.. Biasa...  Apa yang luar biasa? Penerimaan adalah luarbiasa. Kalau bisnes MLM, caranya hanya guna, cakap, tengok dan tiru. Unik bukan?
So, sesiapa yang berminat nak join bisnes macam saya hubungilah saya bagi meninjau dulu peluang yang ada di sini. Percayalah bahawa semua orang berhak untuk berjaya di dalam perniagaan. Besar atau kecil pencapain bergantung kepada usaha, cara dan strategi serta ilmu yang dimiliki. Namun semua itu boleh dipelajari daripada mereka yang telah berjaya yang dinamakan mentor dan juga pengalaman. Apa yang penting ialah tindakan kita di dalam mengejar kejayaan tersebut.




Wednesday, 26 March 2014

Ubah Gaya Hidup Elak Kanser


CANCER!!!

Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya boleh dicegah setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.

Pakar Kesihatan dari Institut Penyelidikan kanser Amerika Syarikat (AICR) dan Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40 peratus kanser payu dara di Britain dan Amerika Syarikat.

Begitu juga bagi beribu-ribu kes kanser usus, perut dan prostat.

"Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain," kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Menurut Wiseman, di China saja sebanyak 620,000 kes kanser atau 27 peratus boleh dicegah, manakala di AS sebanyak 35peratus atau 340,000 kes dan di Britain sebanyak 37 peratus.

Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes kanser di Brazil dan 79,000 kes di Britain.

Penemuan WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menyarankan bahawa kerap berenam boleh menghalang banyak penyakit seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.

Kanser merupakan punca kematian utama di seluruh dunia dan insidennya terus meningkat.

Setiap tahun kira-kira 12.7 juta orang didapati menghidap kanser dan 7.6 juta orang mati disebabkan penyakit yang berbentuk kanser. Terdapat kira-kira 200 jenis kanser yang diketahui.

Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, WHO yang beribu pejabat di Geneva menyebut, kadar aktiviti fizikal yang rendah menjadi punca utama kepada anggaran 21 hingga 25 peratus kes kanser payu dara dan usus, 27 peratus bagi kes diabetes dan 30 peratus kes penyakit jantung di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata walaupun mesejnya mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis kanser - namun ia sukar untuk difahami oleh orang ramai.

"Kita sudah cuba sebaik mungkin untuk sampaikan mesej tentang ini yang anda perlu makan dan jumlah ini yang sepatutnya anda lakukan senaman, tetapi masih sukar untuk difahami".

WHO turut menyebut bahawa individu dewasa sepatutnya melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150minit seminggu.

Ini boleh dilakukan hanya dengan berjalan kaki selama 30minit lima kali seminggu atau berbasikal ke tempat kerja setiap hari.

Dalam pada itu Ketua Yayasan Paru-Paru Sedunia, Peter Baldini juga menyeru semua kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang bebas rokok dan menaikkan harga rokok.

Ini kerana rokok telah membunuh berjuta-juta perokok setiap tahun dan kanser paru-paru berkaitan dengan tabiat merokok juga telah membunuh beribu-ribu orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.

Memang tidak ada peluru ajaib yang dapat menyembuhkan semua bentuk kanser, tetapi kita ada peluang dan obligasi untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada apa juga bentuk kanser dalam apa juga cara," kata Baldini.


Sumber daripada UTUSAN MALAYSIA - 8 Februari 2011 (MegaMode)



KHASIAT DELIMA KEPADA KESIHATAN 




  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser 
  • Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Berminat sebagai pengedar atau usahawan bersama kami, sila hubungi

012-9898714 atau 013-9845898

atau mereka yang berhampiran anda

East Malaysia

Sabah 
Aimi Atirah (KK-Sabah) 014 672 9798, Windrajeny (Ranau-Sabah) 016 811 4378,Roziah (Tawau-Sabah) 0199385359, Siti Fadzilah (Sabah) 014 203 0608, Prof Madya MatYasin(Uitm Sabah) 016 880 1010,  Leena (Sabah)016 838 3365, Mansur (Sabah) 010 338 6013, , Pn Petronella@ Fatimah (KK-Sabah) 018 838 3623
, Andy Pius (KK- Sabah) 019 815 2861, Faizal (KK-Sabah) 010 931 5600, Rosminah Jainal 013 877 9797, Phyllis Evanelline 014 559 3939, Leslie Taha 017 880 2012, Ailin 013 876 2540, Lynda Jumin (Ranau) 012 842 6970, Laila Amirah (Ranau) 012 876 3032

Sarawak
Dayang Eezan (Kuching) 016 888 2548, Nor (Kuantan,Kuching-Sarawak) 019 930 6170,Hasbullah (Kuching-Sarawak) 016 872 4977, Hasif(Limbang) 013 807 0982, Izan (Bintulu) 0138307030, Pn Jannah 019 8552162, Norahima (Kuching) 010979 1979, Syahirul Annuar (Kuching) 013 692 9755, Dayang Rogayah 012 877 6077, Siti Hawa 012 866 1417, Mael 013 829 9978

East Coast of Peninsular

Terengganu
Norkhalipah (Kuala Terengganu) 011 2546 9571, Rosliaty (Kuala Terengganu) 018 955 8163, Zailawati (Kuala Trengganu) 019 7134826,Tuan Rosliza (Kemaman) 017 970 5335, .Pn Safarina (Dungun) 019 934 9788, Shukri (Kemaman) 017 966 2905,


Kelantan
 YM Nik Maizah(Kelantan)010 919 1300,  Aisham(KB-Kel) 013 913 1818, Deyan (KB) 019 995 6990,

Pahang
Ija (Jengka-Temerloh)011 1943 3084, Zalifah (Jengka-Temerloh) 017 932 5501, , CT Zaharah (014 518 3304, Zakiah(Temerloh) 013 969 7693, Shila(Temerloh)012 981 4313, Lili Muliani (Jerantut) 012 655 2087

Norly(Kuantan-Trengganu) 017 951 2757, Sofian (Kuantan-Trengganu) 017 907 0932, Asward (kuantan-Pahang) 012 492 7070, Saiful (Kuantan) 014 847 0445

Ratnawati (Kuantan) 013 977 0141, Zulaiha (Kuantan-Trengganu) 012 493 7070,,  Hajah Hayati Mohamad (Kuantan-Trengganu) 019 336 0848, Saiful (kuantan) 014 847 0446, Suzi (Kuantan) 013 937 4721, Faiz 017 940 7949 (Kuantan-Kemaman), Fadli 012 983 4656, 
 ,

Zulfazilah(Kuantan) 0139362622, Lokman (Kuantan) 013 9762 120Ibrahim (Kuantan) 019 905 6228, Nasir (Jengka-Melaka) 019 229 1889, Azrul(Kuantan) 017 966 5696, En Bakri (Pekan) 013 996 1977, Aishah Ghazali (Kuantan) 011 3624 3124
 Diana Galeri (Jerantut)013 959 8135, Nor Ajelah(Jengka) 019 276 7475, Eja(Raub) 014 796 2824, Shila (Temerloh) 012 981 4313, Norlela (Kuantan) 017 653 8863
  
Melaka
  Siti Hairani (Melaka) 017 736 2781, Hafiz 012 926 7422
 *Pengedar dialu-alukan

Negeri Sembilan
Norfarhana( Seremban-PD) 019 6169394 
*Pengedar dialu-alukan

Kuala Lumpur/Putraja
Jamaludin (Kuala Lumpur, Putrajaya) 0111190 0015, Syarifah Sahida (Putrajaya) 019 409 0177, Lukman(Putrajaya) 012 327 8790, Nurwahida(Putrajaya) 019 910 9121, Shieda (Kuala Lumpur) 014 712 4520
Wahida(Klang, Shah Alam, KL) 019 342 2313,  Ita(Shah Alam) 018 244 3647, Shida (Subang, KL) 014 712 4520, Nor Hayatie (Kuala Lumpur) 016 446 7122, 
Halim Hj Haneef (Ampang,Kuala Lumpur) 012 355 1506, Azura (Gombak) 019 377 6872, Syarifah Shahida (Putrajaya/Kajang) 019 409 0177, Asyraf (Shah Alam) 017 337 2434, Azni (Klang/Shah Alam) 012 216 9359,  Amirudin (UIA) 017 724 4480

North of Peninsular

Kedah
 Amran (Alor Setar Kedah) 017 435 8375, Norwani (Alor Setar Kedah) 017 435 8370 , Balqis (Baling) 019 422 8263, Zaini(Kulim) 013 418 1958, Halijah 011 3631 3775, Azahari (Sg Petani) 012 447 8910
*Pengedar dialu-alukan

Pulau Pinang
 Izhar (Penang) 016 450 6922,Norhashima (Nibong Tebal) 013 4676661, Ita (Perda) 011 2648 9875,
*Pengedar dialu-alukan

Perak
 Siti Sarah (Perak) 013 728 7882
*Pengedar dialu-alukan
 
 Perlis
Rosleena (Perlis) 019 480 7454, 
*Pengedar dialu-alukan



South of Peninsular

Johor
Siti Atikah (Muar Johor) 012 674 6760, Razak (Mersing,JB-Johor) 013 762 7662, Junaidah (Kota Tinggi)017 9949849, Fikri (Kluang) 010 848 5706
*Pengedar dialu-alukan