Thursday, 3 November 2011

Nikmat Allah

Bersyukurlah Kepada Allah

Dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Mungkin kerana faktor sangat sederhana menyebabkan hati meronta-ronta untuk berubah meningkatkan taraf kehidupan. Masa kecil saya bercita-cita untuk menjawat kerjaya yang bagus apabila besar nanti. sebab itulah saya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menempatkan diri di universiti dan berjaya menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Namun apa yang saya capai sebenarnya masih boleh ditingkatkan lagi. Apatah lagi bila melalui zaman keluarga membuatkan saya terpaksa mencari ruang untuk menambah pendapatan bagi mencukupkan keperluan yang diperlukan. Maka saya mencari-cari peluang untuk menarik rezeki agar datang lebih banyak kepada saya. Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan cara berniaga. Sehinggalah saya ditemukan dengan perniagaan sistem berangkaian. Alhamdulillah... 
         
 Sepanjang penglibatan diri dalam perniagaan berangkaian ini, berbagai pengalaman yang manis dan pahit dilalui. Tapi apa yang saya rasakan ialah betapa beruntung dan bersyukurnya saya kepada Allah kerana memilih dengan membuka hati saya untuk berada dalam perjuangan ini. Kata orang-orang tua yang berjaya memang betul. Masakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung. 

        Alhamdulillah, saya telah menikmati banyak sangat perubahan dan peningkatan dalam hidup setelah bergelumang dalam bidang perniagaan. Manis dirasai, pahit pun dirasai. Tapi bila kejayaan dirasai,segala yang pahit dan perit hanya menjadi hiasan dan kenangan yang manis unutk dikenangkan.

        Nasihat saya kepada rakan-rakan yang ingin berjaya. Pastikan pasangan dan ibubapa anda memahami dan mengetahui apa yang anda lakukan. Mereka adalah penguat semangat ketika sedang berjuang. Ketika kita susah, kita perlukan kekuatan sokongan dan semangat untuk terus berjuang. Ketika kita berjaya, kita perlukan seseorang unutk dikongsikan bersama. Itulah naluri manusia yang perlukan kepada seseorang. Itulah yang dilalui oleh insan sejak bermula manusia pertama dijadikan iaitu Adam yang memerlukan seseorang untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan di dalam syurga. Rasulullah SAW pun ditemani isteri tercinta dan sahabat di dalam perjuangan menegakkan Islam.

       Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Kau telah memberikan rezeki dan nikmat yang lebih daripada apa yang pernah difikirkan dan diminta. Kau Maha Kaya & Maha Pemurah.. Tak terhitung nikmatMu kerana Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

      


Ni ustaz tau..!


Isteri Tercinta...

Sewaktu kecil bersama Arwah Nenek Dan Bapa Saudara

Bersama Rakan-Rakan


'Berjuanglah selagi nyawa masih di jasad'

Fikir Sejenak

Adakalanya kita tak tahu apakah situasi sebenar tentang diri kita mengenai tahap kewangan.




Wang hanya suka dan datang kepada sesiapa yang menyukainya. Begitulah sebaliknya. Gunakan getaran kasih sayang untuk menarik wang dan rezeki di sekeliling kita.

Maka dengan itu, kenalpastilah situasi keadaan diri kita. Yang pasti, siapakah diri kita pada hari esok adalah bergantung pada keputusan yang kita buat pada hari ini. Marilah Sertai kami dengan Sistem Hebat  Perniagaan kami.



Thursday, 13 October 2011

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


Petikan daripada Utusan Malaysia
ARKIB : 12/10/2011
http://s9.addthis.com/button1-share.gif
41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.
"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.
"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.
"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.
Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.
Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.
Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.
"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

Tuesday, 11 October 2011

MUTIARA KEHIDUPAN

Mutiara Kehidupan Para Sahabat: Abdul Rahman bin Auf; Sosok Saudagar Nun Berjiwa Tegar dan Gagah Berani
Oleh: Abu Ahmad


KirimPrint
Beliau adalah seorang sahabat yang mulia; Abdul Rahman bin Auf –semoga Allah meridloinya-, lahir pada 10 tahun sebelum tahun gajah, dan masuk Islam sebelum Rasulullah saw masuk ke Dar al-Arqam bin Abi Al-Arqam, beliau adalah salah seorang dari delapan sahabat yang pertama masuk Islam, salah seorang dari 5 sahabat yang masuk melalui Abu Bakar, dan salah seorang dari 10 sahabat yang di jamin masuk surg tanpa hisab, sebagaiman beliau juga merupakan salah seorang dari 6 sahabat yang dipilih oleh Umar untuk di calonkan menjadi khalifah, dan beliau adalah sahabat yang amat sangat kaya raya.
Suatu hari beliau jatuh pingsan kemudian setelah siuman dia berkata kepada orang yang ada disekelilngnya : “Apakah saya tadi pingsan” ? mereka menjawab : “benar”, beliau berkata lagi : “Sesungguhnya tadi telah datang kepada saya dua malaikat atau dua orang di dalamnya ada bengis dan keras, namun keduanya akhirnya pergi meninggalkan saya, kemudian datang lagi dua malaikat atau dua orang yang lebih lembut dan kasih dari dua orang tadi, lalu keduanya berkata : hendak kalian bawa kemana dia ? keduanya menjawab : kami akan menghukumnya dihadapan Dzat Yang Maha Perkasa dan Terpercaya. Beliau berkata : tinggalkanlah dia, karena dia adalah seorang  yang telah ditentukan kebaikannya semenjak berada dalam perut ibunya.
Beliau pernah ikut hijrah ke Habsyah sebanyak dua kali, dan Rasulullah saw mempersaudarakannya dengan Sa’ad bin Ar-Rabi’, maka Sa’ad berkata kepada : saudaraku, saya adalah penduduk Madinah yang kaya raya, maka lihatlah setengah dari hartaku dan ambillah, dan saya memiliki dua Istri, dan lihatlah mana yang kamu suka sehingga saya nanti akan mentalaknya untukmu, namun Abdul rahman berkata : semoga Allah memberkatimu, keluargamu dan hartamu, namun tunjukkanlah kepada saya dimana pasar?! maka ditunjukkan kepadanya pasar, lalu dia membeli dan kemudian dijualnya kembali dan kemudian mendapatkan keuntungan yang banyak.
Beliau adalah seorang penunggang kuda yang lihai dan pemberani, seorang pejuang yang gagah, selalu ikut serta dalam perang Badr, Uhud, dan seluruh peperangan bersama Rasulullah saw, dan beliau ikut dalam perang Uhud hingga dapat melukai 21 orang, namun kakinya terkena senjata hingga jalannya menjadi tidak normal.
Rasulullah saw pernah mengutusnya dalam perang Daumatul Jundul, dan baliau memakaikan umamah (pengikat kepala khas arab) di kepalanya dan diselendangkan kain diantara dua ketiaknya, dan beliau berkata kepadanya : “Jika Allah memberikan kemenangan atas engkau maka nikahilah anak perempuan dari kalangan terhormat mereka”, maka Abdul Rahman pun mendatangi Daumatul Jundul dan menyeru mereka kepada Islam namun mereka menolaknya sebanyak tiga kali, kemudian setelah itu Al-Asba’ bin Tsa’labah Al-Kalbi, dan beliau sebagai orang terhormat dalam kaumnya, maka Abdul Rahman dinikahkan dengan putrinya yang bernama Tamdhir binti Al-Asba’, dan melaluinya lahirlah Abu Salmah bin Abdul Rahman. (Ibnu Hisyam).
Rasulullah saw pernah mendo’akan beliau, seperti sabdanya : “Ya Allah berikanlah kepada Abdul Rahman dengan minuman dari surga”. (Ahmad)
Beliau adalah seorang pedagang yang ulung, kaya raya, dan kebanyakan dari harta kekayaannya dihasilkan dari berniaga, sebagaimana beliau juga terkenal dengan kedemawanannya; selalu menginfakkan hartanya dijalan Allah, pernah dalam satu hari beliau memerdekakan 30 budak, dan menyedekahkan setengah dari hartanya dimasa Rasulullah saw masih hidup.
Dan beliau juga pernah menginfakkan uang sebesar 50 ribu dinar dijalan Allah, dan menginfakkan bagi siapa yang tersisa dari para pejuang perang Badr yang setiap orangnya mendapatkan uang sebesar 400 dinar, adapun jumlah mereka saat itu 100 orang semuanya mendapatkan jatahnya, dan menginfakkan 1000 kuda dijalan Allah.
Rasulullah saw  sangat khawatir dengan kekayaan yang dimilkinya, beliau pernah bersabda kepadanya : “Wahai keturunan Auf, sesungguhnya kamu keturunan orang kaya, dan engkau tidak akan masuk surga kecuali berat, sehingga Allah melepaskan kedua kakimu”. Abdul Rahman bertanya : “Apa yang harus saya lakukan wahai Rasulullah saw ? beliau menjawab : “Jibril telah datang kepada saya dan berkata : perintahkan kepadanya untuk menjamu tamunya, memberikan hartanya kepada yang miskin dan terkena musibah, dan memberi makan orang miskin”. (Al-Hakim), maka setelah itu Abdul Rahman melakukannya.
Walaupun Abdul Rahman bin Auf seorang yang kaya raya, namun keimanan beliau sangat kuat, cinta pada kebaikan dan tidak terpengaruh pada kehidupan dunia. Suatu hari belaiu membawa makanan untuk berbuka, saat itu beliau berpuasa, maka dia berkata : Mus’ab bin Umair telah terbunuh syahid sedang beliau lebih baik dari saya, lalu dikafani dengan baju miliknya, jika ditutup kepalanya kakinya terbuka, jika ditutup kakinya kepalanya akan tampak, dan dia berkata lagi : Hamzah telah terbunuh syahid, dan dia lebih baik dari saya, kemudian dihamparkan kepada kita seperti yang telah dihamparkan, dan kita telah diberikan darinya seperti apa yang diberikan, sungguh kami khawatir kebaikan yang kami perbuat mendahului kita, kemudian dia menangis lalu ditinggalkan makanannya.
Suatu hari Abdul Rahman menghidangkan kepada sebagian keluarganya makanan dari roti dan daging, ketika pinggan akan diletakkan dihadapannya beliau menangis, merekapun bertanya kepadanya : Apa yang membuat engkau menangis wahai Abu Muhammad ? beliau menjawab : “Rasulullah saw meninggal sedang beliau dan keluarganya tidak merasa kenyang dari roti yang terbuat dari sya’ir (sejenis gandum), dan kita mengkhiri perihal ini padahal beliau lebih baik dari kita.
Ketika Umar menjabat sebagai khalifah pada tahun 13 Hijriyah, beliau mengutus Abdul Rahman bin Auf untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama dengan kaum muslimin lainnya, dan ketika Umar bin Khattab tertikam, menjelang ajalnya beliau memilih enam orang dari sahabat Rasulullah saw agar siap dipilih manjdadi khalifah diantara mereka, dan Abdul Rahman termasuk di dalamnya, beliau memiliki pemikiran yang cemerlang, pelaku musyawarah yang cerdas dan cermat, ketika enam sahabat itu berkumpul, beliau berkata kepada yang lainnya : “Jadikanlah perkara kalian menjadi tiga orang, maka turunlah setelah itu (mengundurkan diri) tiga orang dari mereka, Az-Zubair bin Al-‘awwam, Tolhah bin Ubaidllah  dan Sa’ad bin Abi Waqqash, dan sisa dari mereka antara lain Abdul Rahman bin Auf, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib, lalu beliaupun berkata : siapa diantara kalian yang terbebas dari perkara ini, semoga Allah memberikan kebaikan bagi kalian, hendaknya jangan mengacuhkan dari sifat yang paling mulia dan terbaik dihadapan kaum muslimin, mereka berkata : iya memang benar. Kemudian Abdul Rahman memilih Utsman bin Affan untuk menjjadi khalifah dan membai’atnya, kemudian umat Islam lainnya membai’atnya  dan seluruh kaum muslimin.
Beliau wafat pada tahun 31 Hijriyah, ada yang berpendapat tahun 32 Hijriyah, disaat Utsman bin Affan menjabat sebagai khalifah, dan dikebumikan di Al-Baqi.

Naskah Terkait Sebelumnya:
"SEMOGA IANYA MENJADI PANDUAN DALAM KEHIDUPAN KITA"