Tuesday, 25 February 2014

Mengapakah wanita lebih cenderung kepada berat badan bertambah selepas putus haid?


Mengapakah wanita lebih cenderung kepada berat badan bertambah selepas putus haid?

Masalah
Ketika putus haid, simptom seperti kemerahan muka , kekeringan di bahagian faraj, penipisan rambut dan kulit dan perubahan mood boleh menjejaskan wanita. Lemak mungkin akan terkumpul di sekitar abdomen diikuti dengan bahagian punggung dan paha. Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit kencing manis jenis 2, kanser kolon dan kanser payu dara.

Sebab
Wanita menghadapi turun naik dalam tahap estrogen dari akil baligh ke kehamilan ke putus haid. Penurunan tahap estrogen yang paling drastik berlaku ketika tahap putus haid (selepas usia 40 tahun). Ini menyebabkan jisim otot berkurangan dan peningkatan lemak badan. Oleh kerana keperluan tenaga yang rendah, ia adalah lebih sukar bagi wanita untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan.

Penyelesaian
Amalkan gaya hidup yang sihat dan kurangkan pengambilan gula, garam, daging, dan lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran untuk membantu mengekalkan berat badan.

Produk Forever yang boleh membantu 

Forever Lite Ultra with Aminotein membekalkan badan dengan sumber protein lengkap yang mengandungi 18 jenis asid amino (8 jenis asid lemak perlu), vitamin dan mineral penting. Apabila diambil sebagai pengganti makanan, Forever Lite Ultra with Aminotein membantu mengekalkan berat badan keseluruham dengan protein yang senang dicerna yang juga memberikan rasa kekenyangan. 

Forever Bee Pollen, kaya dengan B-kompleks, memastikan badan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk memastikan badan bertenaga dan melawan kepenatan. Juga dikenali sebagai makanan nutrisi lengkap, Forever Bee Pollen adalah produk semulajadi tanpa bahan pengawet atau perisa tiruan.
 
Vitolize Women* menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita dengan gabungan herba dan botani semulajadi seperti Schizandra Berry dan Passionflower. Buah-buahan yang berantioksidan tinggi seperti Kranberi membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing. Vitamin dan mineral juga membekalkan sokongan nutrisi untuk perubahan hormon.
 
 *Hanya didapati di Singapura sahaja

012 9898714 @ 013 9829858

Soalan Lazim

Q : Saya menghidapi jangkitan di bahagian faraj. Apakah yang mungkin menjadi puncanya?

Berjumpa doktor untuk diagnosis profesional. Jangkitan kulat dan jangkitan saluran kencing adalah sangat umum di kalangan wanita walaupun kaum lelaki boleh mendapat jangkitan juga. Jangkitan kulat, juga dikenali sebagai jangkitan kandida / seriawan, mempunyai ciri-ciri lelehan faraj yang tebal dan putih, kemerahan dan kesakitan di sekitar kawasan faraj dengan kegatalan yang amat sangat. Simptom jangkitan saluran kencing termasuklah pengencingan kerap, sakit ketika berkencing dan darah dalam air kencing.

Siapakah yang berisiko?

Kehamilan, penggunaan ubat antibiotik, putus haid, sistem imun lemah dan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis adalah di antara faktor yang meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing. Amalan kebersihan yang baik adalah membantu untuk mengurangkan risiko kedua-dua jangkitan saluran kencing dan jangkitan kulat.

Produk-produk Forever yang boleh membantu


Forever Aloe Berry Nectar mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% yang mengandungi 200 jenis sebatian dan juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh. Ia amat digemari di kalangan pelanggan-pelanggan wanita kami, ia mengandungi flavonoid Proantosianidin yang boleh membantu menghalang bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing.




Forever Active Probiotic mengandungi 6 jenis bakteria baik usus yang dipilih teliti yang boleh membantu mengurangkan mikroorganisma berbahaya di usus. Dua pertiga sel imun badan terdapat di gastrousus, dan Probiotik membantu meningkatkan sistem imun badan.



Forever Garlic-Thyme mempunyai ciri-ciri anti-keradangan. Ia mengandungi Alisin yang bertindak terhadap jangkitan kulat



Forever Vitolize Women’s – Satu campuran semulajadi Buah-buahan Berantioksidan Tinggi, Herba, Vitamin dan Mineral yang membantu dalam keseimbangan hormon. Ia mengandungi Magnesium, Vitamin C dan Vitamin B-kompleks yang senang dikurangkan oleh tekanan.
 012-9898714 Bahtier @ 013 9845898 Fazilah Lin


Monday, 17 February 2014





MLM PERNIAGAAN FRANCAIS MANUSIA

Pemasaran rangkaian (Multi-Level Marketing) adalah salah satu perniagaan yang paling pesat berkembang disamping menjadi kaedah pengedaran barangan dan perkhidmatan yang mengkagumkan dalam dunia pemasaran hari ini.
Perniagaan pemasaran rangkaian atau popular disebut MLM bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengguna malah memberi peluang kepada sesiapa juga untuk menjadi usahawan disamping turut menyumbang pertumbuhan ekonomi negara.
Di Amerika Syarikat, banyak syarikat besar yang tersenarai dalam FORTUNE 500 telah menubuhkan anak syarikat bagi menjalankan perniagaan MLM atau telah bertindak sebagai pembekal untuk syarikat MLM.
Di Malaysia tidak terkecuali, beberapa syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia telah menubuhkan anak syarikat untuk menjalankan perniagaan MLM. Ini membuktikan sistem pemasaran MLM adalah sistem pemasaran yang luar biasa yang boleh membawa kejayaan dalam pengedaran barangan terus kepada pengguna.
Pakar peramal ekonomi dunia yang tidak asing lagi, John Naissbitt menerusi buku popularnya “Magatrends Asia” menganggap MLM sebagai konsep perniagaan yang terbaik pada abad ke-21. Menurut John Naissbitt, tiga jenis perniagaan yang menguasai dunia pada abad ke-21 iaitu telekomunikasi, komputer (software&hardware) dan barangan kesihatan.Barangan kesihatan khususnya herba banyak dipasarkan melalui sistem jualan langsung termasuk MLM.
Penulis best seller yang terkenal “Rich Dad Poor Dad” , Robert T Kiyosaki dalam bukunya “The Business Schooll, For People Who Like Helping People” turut menyarankan sesiapa yang sedang mencari peluang perniagaan supaya menceburi perniagaan MLM malah ia juga boleh menjadi back up bisnes kepada mereka yang sudah memiliki perniagaan pada cara yang biasa.
MLM diasaskan oleh Dr Karl Ramburg (1940-an) merupakan perniagaan dari mulut ke mulut yang berasaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang telah mereka gunakan kepada orang yang mereka kenali.
Barangkali anda yang terlibat dalam dunia pemasaran ataupun pengkaji bidang pemasaran pernah mendengar kata-kata ini: “ The best advertising in the world is from word of mouth”. Tidak syak lagi iklan yang terbaik adalah yang dikeluarkan dari mulut ke mulut.Justeru, MLM adalah perniagaan pengedaran barangan atau perkhidmatan yang menggunakan kaedah pengiklanan dari mulut ke mulut, bukan melalui media cetak atau elektronik.
Seperti juga perniagaan francais, MLM berkembang daripada satu idea yang ringkas, hanya seorang sudah boleh melakukan kerja yang sebegitu banyak. Di sinilah letaknya peranan konsep duplikasi yang kukuh dan umpilan masa (menunjukkan cara berniaga kepada orang lain dan mendapat royalti daripadanya). Ia sama seperti francaisor yang mendapat royalty daripada frncaisee dalam industri francais.
Masanya akan tiba apabila ramai orang yang telah berjaya dalam perniagaan biasa menghadapi masalah menguruskan permintaan yang sentiasa meningkat untuk barangan atau perkhidmatan mereka. Mereka mengambil keputusan mengembangkan perniagaan dengan memberi lesen ataupun memfrancaiskan idea kepada orang lain. Hanya dengan sedikit bayaran yang merupakan satu peratusan daripada jualan yang dijana oleh perniagaan baru yang telah difrancaiskan.
Ini adalah satu situasi “menang-menang” bagi kedua-dua pihak iaitu pemilik asal perniagaan (francaisor) yang terus mendapat keuntungan daripada jualan tambahan yang dijanakan melalui rangkaian perniagaan baru itu. Pemilik perniagaan baru (francaisee) mempunyai peluang mendapatkan keuntungan daripada mengusahakan perniagaan barangan yang terbukti berjaya dan telahpun “establish.”
Kini francais merupakan sebahagian besar daripada kehidupan kita. Di mana-mana sahaja anda akan bertemu syarikat francais yang berjaya menjual segala-galanya bahkan salun rambut dan juga perniagaan pelancongan. Francais memperdagangkan lebih daripada satu per tiga daripada semua barangan dan perkhidmatan yang kita perlukan.
Jadi, apakah kena mengena francais dengan MLM? MLM sebenarnya lebih kurang sama dengan perniagaan francais. Bezanya barangan yang diniagakan dalam industri francais dipasarkan melalui outlet ataupun premis perniagaan manakala barangan MLM pula dipasarkan melalui manusia.
Seorang motivator yang terkenal, John Milton Fogg dalam bukunya “ The Greatest Networker” menganggap MLM adalah perniagaan francais manusia dan yuran francais yang paling rendah di dalam dunia ketika ini adalah francais manusia.
Memulakan perniagaan MLM jauh lebih mudah daripada memulakan perniagaan francais. Ini kerana perniagaan francais memerlukan jumlah pelaburan awal yang sangat besar untuk memulakannya sedangkan pendapatan yang diperolehi hanya semata-mata daripada hasil usaha anda sendiri.
Hanya pemilik francais (francaisor) boleh menjual lesen francais dan menjana pendapatan yang berterusan daripada royalti yang dibayar oleh pemegang lesen francais(francaisee).
Dalam MLM, Usahawan akan menjadi francaisee dengan kadar bayaran lesen francais yang sangat rendah (biasanya kurang dari RM100). Anda sebagai francaisee juga berupaya memfrancaiskan perniagaan anda kepada francaisee yang lain melalui proses penajaan lalu membentuk rangkaian perniagaan dalam kumpulan anda. Rangkaian perniagaan anda itu kemudiannya boleh memfrancaiskan perniagaan mereka kepada orang lain dan begitulah seterusnya proses multi-level francaisee berlaku.
Berbeza francais outlet, hanya pemilik asal perniagaan (francaisor) yang boleh memfrancaiskan perniagaan mereka kepada pihak lain (francaisee). Francaisee tidak dibenarkan sama sekali memfrancaiskan perniagaan francaisor kepada francaisee yang lain.
Hal ini memberikan anda potensi mendapatkan royalti ataupun peratusan jualan yang tidak terbatas yang dibuat oleh generasi perniagaan yang wujud di bawah rangkaian (cawangan francais) anda. Dalam MLM kita menyebut usahawan sebagai Pengedar Berdikari dan royalti sebagai bonus serta berpeluang memiliki pendapatan sisa (Leverage).
Sudah tentu bonus dan pendapatan sisa dibayar apabila produk dalam syarikat MLM berjaya dijual. Inilah yang menyebabkan isu atau kekeliruan timbul. Apabila topik MLM dibincangkan, kebanyakan orang berfikir mereka perlu menjual produk sehingga mencapai ribuan ringgit untuk berjaya. Jualan, sungguhpun penting, tetapi tidak boleh terlalu ditekankan (kerana jika tiada jualan , tiada bayaran), kejayaan sebenar datangnya daripada pembinaan organisasi pemasaran yang kukuh.
Anda akan dapati sambil membina perniagaan, kebanyakan jualan datang dengan sendirinya sebagai hasil daripada tenaga yang anda curahkan dalam membina perniagaan itu, bukannya menjual seperti single level. Apabila anda membina organisasi MLM, anda sebenarnya membina satu rangkaian yang boleh menyalurkan produk ke tangan pengguna yang lain. Itulah sebabnya istilah pemasaran rangkaian paling kerap digunakan.
Proses jualan dalam MLM berlaku secara semulajadi sebagai hasil daripada perkongsian produk dengan rakan-rakan, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan dan sebagainya. Pelanggan akan membeli sesuatu produk melalui seseorang yang mereka percaya berbanding orang yang tidak dikenali. Perkongsian dalam MLM bermaksud, menukar jenama barangan yang biasa digunakan setiap hari dengan jenama barangan syarikat MLM yang lebih menguntungkan.
Salah anggapan terhadap perniagaan MLM berpunca daripada pandangan umum terhadap sistem piramid yang tidak diperbetulkan. Oleh kerana MLM boleh memberikan pendapatan yang lumayan, banyak skim piramid dan agihan rangkaian cuba mengambil kesempatan dengan menamakan organisasi mereka sebagai satu program MLM yang sah disisi undang-undang. Ini menyebabkan orang terkeliru sehingga tidak dapat membezakan MLM yang tulen atau palsu.
Pengetahuan serta pemahaman tentang cara kerja MLM dan fakta mengenainya sangatlah penting untuk membezakan skim yang palsu. Skim Piramid biasanya menghasilkan pendapatan berdasarkan yuran pendaftaran yang dibayar oleh orang ramai yang mendaftar dalam program mereka, ataupun bayaran pembelian sesuatu barangan yang harganya diragui. Ini menyebabkan tiada siapapun ingin membeli sesuatu tanpa mendapat peluang menambah pendapatan dengan mengajar orang lain melakukan perkara yang sama.
Tidak ada istilah piramid dalam MLM yang tulen kerana ia bergerak atas dasar usaha individu tidak kira menyertai sesebuah syarikat lebih awal atau lambat. Orang yang menyertai lebih awal tetapi tidak menggerakkan produk ke tangan pengguna lain, dia tidak akan meraih faedah daripada syarikat.
Jika pemasaran rangkaian sering disalah tafsir sebagai mengayakan orang atas, apa kurangnya dengan sistem pekerjaan biasa.Keadaan inilebih ketara bagi mereka yang bekerja di sektor swasta.
Pendapatan pekerja bawahan tidak mungkin boleh mengatasi pekerja atasan baik pengurus ataupun penyelia, jauh sekali majikan. Berbeza dengan MLM, orang yang berada di posisi bawah (downline) boleh mengatasi kedudukan mereka yang berada di atas (upline) kerana sistem MLM adalah adil untuk mereka yang berusaha gigih.
MLM adalah perniagaan. Apabila disebut perniagaan sudah tentu melibatkan elemen untung dan rugi. Mana-mana konsep perniagaan mesti ada untung dan rugi. MLM sama juga dengan perniagaan yang lain. Namun uniknya, ia adalah perniagaan luar biasa. Tidak perlu modal besar atau simpan stok yang banyak tetapi boleh capai turn over sebulan sampai berjuta ringgit.
Perniagaan MLM hanya bermula melalui penggunaan produk kegunaan harian dengan menukar jenama dan tempat berbelanja kepada jenama dan kedai syarikat MLM. Melalui konsep “menang-menang”, pengguna mendapat faedah jauh lebih baik serta menguntungkan daripada menggunakan barangan jenama biasa. Maksud “menang-menang” adalah perkongsian untung antara syarikat pengeluar produk dengan pengguna produk.
Perniagaan MLM tidak memerlukan anda membeli serta menyimpan stok yang terlalu banyak untuk berniaga. Juga tidak perlu menyewa atau membeli premis perniagaan dan tidak perlu cari serta bayar gaji pekerja kerana tiada istilah pekerja dalam perniagaan MLM. Yang ada hanyalah independent business network (rangkaian usahawan bebas).
Anda juga tidak perlu cipta produk atau buat R&D kerana semuanya sudah tersedia untuk anda.Anda Cuma memasarkannya sahaja kepada pengguna yang lain melalui konsep pengguna bijak. Juga tidak perlu pening kepala untuk membuat akaun kerana komputer syarikat MLM yang kirakan akaun untuk anda. Inilah keluarbiasaan perniagaan MLM.
Dipetik daripada Majalah Usahawan keluaran September-Oktober 2004

 Bertindak sekarang untuk mencapai impian anda!
PERBEZAAN ANTARA S
Perancangan
Sistem MLM
Sistem Binari
Sistem Piramid
Imej syarikatBaik dan mantap Tidak mantap; menggunakan orang berkuasa dan kaya sebagai daya penarik. Tidak mantap
Konsep syarikat Membekalkan produk bermutu dan memberikan perkhidmatan kepuasan pelanggan secara berterusanSkim cepat kaya yang kononnya dapat menjadikan seseorang itu jutawan segera dengan hanya menuyumbangkan sekurang-kurangnya RM20Skim cepat kaya
Strategi syarikat Penekanan seimbang terhadap rangkaian produk dan rangkaian pengedar.  Menekankan rangkaian yang mengandungi 2 atau kurang daripada 10 orang;  harus mengikuti "Lot" tertentu untuk mengembangkan kumpulan dan menyifatkannya sebagai kerja mudah dan cepat. Menitikberatkan penajaan lebih daripada penjualan. Komisen berdasarkan  bilangan tajaan yang dibuat.
Pelan pembangunan  perniagaanAdil dan saksama. Tidak logik dan tidak adil Tidak adil; ahli berpangkat tinggi menerima sebahagian besar pendapatan. 
Yuran keahlian Munasabah dan berpatutan Tidak munasabah; yuran keahlian rendah tetapi produk mahal. Perlu membeli banyak produk dalam jangka masa pendek
Visi syarikat Jangka panjang Jangka pendek Jangka pendek
Keuntungan pengedar Keuntungan jualan dan bonus syarikat. Sumber komisen daripada penajaan dan perlu memenuhi "Lot" tertentu untuk  mendapat bonus harian/mingguan. Sumber komisen daripada penajaan.
Jaminan pengedar Disokong oleh syarat dan peraturan syarikat serta Akta Jualan Langsung.  Syarat dan peraturan syarikat kabur; melanggar Akta Jualan Langsung.  Syarat dan peraturan Syarikat kabur; melanggar Akta Jualan Langsung. 
Latihan pengedar "Home Party" sebagai mesyuarat asas disokong oleh tatacara latihan sistematik. Tiada sistem latihan yang tertentu; penekanan hanya kepada perancangan dan muslihat wang. Tiada sistem latihan tertentu dan penekanan kepada suasana berkobar-kobar. 
Publisiti Praktikal, bersesuaian, mantap Penekanan kepada muslihat wang Muslihat psikologi dan mental
ProdukUnik;  rangkaian produk yang luas dengan harga berpatutan. Produk mewah yang dijual pada harga yang tinggi. Jenis produk terhad dan sangat tinggi harganya.
Jaminan produk dan  liabiliti Maklumat yang jelas dan praktikal tentang liabiliti produk. Tidak menyediakan maklumat yang jelas tentang liabiliti produk.  Tidak menyediakan maklumat yang jelas tentang liabiliti produk. 















Wednesday, 15 January 2014

Ride Memburu Patin Masak Tempoyak Mulidurrasul 1435 Hijrah.

Tempat yang dituju : Bandar Temerloh, Bandar Ikan Patin.
Tarikh : 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awal 1435 Hijrah




Memang meriah bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan sahabat dari seluruh pelusuk Pahang bagi mengeratkan tali silaturrahim. Ada juga yang datang dari luar negeri Pahang.
Sempena cuti sambutan Maulidurrasul 1435 Hijrah, Pahang Blade Fighters, PBF group telah menganjurkan program memburu masak tempoyak ikan sempena di Temerloh bertempat di Go Bang Patin Temerloh. Turut serta ialah ER6- Owner Kuantan Community, Eastern Rider Socities serta beberapa group lain seperti Benelli Community Kuantan, T2 Kuantan Owner, Kuantan Ninja Community dan Jengka-Maran Bikers. Lebih daripada 100 motorsikal berkuasa tinggi menyertai program diadakan selama sehari ini
dengan berkumpul untuk makan tengahari bersama. Selepas makan ikan patin, semua bersolat zuhur berjemaah di Masjid Sultan Abu Bakar.

Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.