Monday, 9 July 2012

Nilai Emas

Apa Pendapat Anda Tentang Emas?

Apakah istimewanya dan pandangan manusia terhadap logam ini? Secara tradisional ia merupakan sejenis logam yang biasanya menjadi idaman dan perhiasan kepada kaum hawa. Ia merupakan lambang kekayaan. Sejak dari zaman dahulu kala lagi, emas merupakan perhiasan mewah kepada mereka yang mampu memiliknya. 
Di sini saya cuba dapatkan maklumat daripada beberapa sumber untuk perkongsian kita bersama.

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa ("merkuri")] dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.


Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

Aplikasi
Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Kegunaan lain:
  • Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa,enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  • Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  • Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagaibahan pengisi gigi.
  • Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  • Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  • Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  • Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  • Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawahmikroskop elektron imbasan.
  • Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Nilai 

Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.

Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada 17 Mac 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga. 

Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975. 

Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.

Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.

Dinar Emas
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja. 

Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

* Sumber asal: Wikipedia


Emas Untuk Menyimpan Nilai
Tahun 2011 menyaksikan prestasi kenaikan harga emas yg sederhana. Untuk tempoh 1 tahun sehingga hari ini, harga emas naik sebanyak 14.285%, cukup untuk menampung kos Ar-Rahnu, bagi mereka yg menggunakan teknik Ar-Rahnu.
Fungsi sebenar emas adalah untuk menyimpan nilai bagi mengatasi inflasi. Anda perlu mahir menggabungkannya dgn beberapa teknik lain utk benar-benar sukses dgn pelaburan emas. Malah ada yg perlu berniaga emas untuk memperolehi untung drp emas. Tidak spt melabur melalui loan asb, hanya perlu membayar ansuran setiap bulan, dan dapat dividen awal tahun nanti, dan pulangan pula mencecah 40%. Ini jelas membuktikan, loan asb adalah pelaburan terbaik bagi mereka yg hanya mampu menyimpan maksimum sekitar RM1200 sebulan. Dan saya percaya lebih 50% pembaca blog ini jatuh dlm kategori ini. Selepas buat loan asb, pelabur perlu meneroka bidang hartanah pula kerana pulangan yg agak lumayan juga, tapi anda perlu mahir mengurus hartanah tsb pulak. Selepas itu barulah anda boleh berfikir untuk melabur dalam emas.
Bagi mereka yg makan gaji dan mencarum dalam kwsp, anda perlu belajar membaca pergerakan saham pulak, supaya anda boleh melabur sebahagian amaun dalam akaun 2 kwsp anda ke dalam unit trust. Tapi pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melabur ke dalam unit trust, kerana risiko yg agak tinggi dan kos permulaan 3%. Anda perlu mahir dgn teknik timing UT untuk mengatasi dividen kwsp yg sekitar 5% hingga 6%. Jika bernasib baik pulangan UT agak lumayan, untuk rekod 2 tahun iaitu 2009 hingga 2010 pulangan antara 50 hingga 80%. 






Saturday, 7 July 2012

Ketahui Rahsia Duit?


Bagaimana Rahsianya Buat Duit dalam  MLM..?









Untuk mendapat pendapatan yang banyak anda mestilah mempunyai kumpulan yang besar.. (networking). Kumpulan yang besar ini TIDAK terjadi dalam masa 1 hari atau 1 bulan... Ianya mengambil masa beberapa bulan atau tahun.

Di pendekkan cerita, saya menurunkan beberapa tip untuk diamalkan.

1. Menggunakan Produk Anda Secara Berterusan .
2. Memperbaiki Sikap kerana sikap lebih penting dari Teknik. Sikap menyumbangkan 98% kejayaan dalam MLM. (Sikap yang POSITIF - ** huraian pada posting akan datang)
3. Menumpukan 100% komitment (total commitment) dalam segala program MLM anda pada satu tahun pertama dan kedua.

4. Menjual diri, kemudian produk dan seterusnya plan pemasaran. - menjual diri- membina reputasi yang baik terhadap rangkain anda.
5. Meluangkan 80%-90% dari masa anda dengan rangkaian (downline), pelanggan dan prospek anda.
6. Memperkenalkan produk, marketing plan sekurang-kurangnya kepada 1 orang setiap hari.

7. Biar semua orang di kampung/taman/karian anda tahu yang anda sedang buat MLM.
8. Menjadikan hubungan kemanusiaan lebih penting dari produk atau bisnes anda.
9. Duplikasi dan menjadikan setiap rangkaian anda berdikari.

10. Sentiasa memotivasi rangkaian anda dengan menghargai mereka melalui hadiah atau wang atau sijil atau reconition atau reward terhadap sesuatu kejayaan, walaupun kecil.
11. Selalu bergaul dengan upline yg berjaya dan bertanyakan tip2 dari mereka.
12. Sentiasa persistent kerana dari 20 orang, cuma 2 atau 3 orang sahaja yg berminat serta serius dgn bisnes anda.

13. Lead by example.. jangan berhenti menaja, dan belajar, kursus dan sebagainya.
14. Menjadikan ianya mudah.. buat sesuatu cara yang mudah ditiru (duplicate) oleh downline anda.
15. Sentiasa berkomunikasi dengan rangkaian anda, sms, email, Facebook, newsletter dan sebagainya.
16. Sentiasa menganjurkan majlis ilmu yg simple dan brief.
18. Mendengar permasalahan downline 80% dan bercakap hanya 20%.

19. Menyelesaikan segala komplen dengan segera.
20. Tumpukan kepada apa yang anda BOLEH buat terhadap pelanggan atau prospek anda, bukan hanya keuntungan peribadi semata-mata.
21. Adakan antara 20 ke 30 retail customer yang sentiasa membeli produk dengan anda.

22. Menyediakan penghantaran cepat setiap kali pesanan produk.
23. Percaya dan berkeyakian penuh terhadap produk anda kerana setiap orang yang anda beritahu akan membeli produk dari anda.
24. Jangan terima jawapan "NO" dari pelanggan anda sebagai jawapan terakhir. Approach setiap pelanggan sekurang-kurangny 12 kali dalam setahun dengan maklumat yang berbeza.

25. Bercakap dengan penuh bersemangat terhadap perniagaan dan produk anda.
26... Jangan Baca lagi.. DO IT NOW.. buat dan praktiskan apa yang telah anda baca dari 1 - 25 sekarang juga...


Jom Sertai Kami Sebagai Usahawan MLM!
Cabar Diri Anda Untuk Keluar Dari Kepompong Keselesaan Anda!


sms <nama><alamat><UsahawanMLM> kepada
012-9898714 @ 013-9829858 untuk Temujanji Anda

Kejayaan Anda Komitmen Kami

www.isukawang.blogspot.com

Saturday, 30 June 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Berkenalan Dengan Kami?




Saya merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Kuantan manakala isteri pula dulunya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Alhamdulillah berkat usaha dan doa serta dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan serta bimbingan daripada mentor-mentor yang berjaya, kami berjaya di dalam kerjaya ini sebagai Usahawan MLM. Sekarang, isteri merupakan Usahawan sepenuh masa. 
Disebabkan perniagaan sistem berangkaian ini sangat unik, maka saya masih lagi mengajar tanpa ada masalah kerana ianya sangat istimewa. Ditambah pula dengan penggunaan teknologi terkini seperti internet menyebabkan ianya menjadi sangat mudah.


Kelebihan Peluang Perniagaan
Satu peluang perniagaan yang menawarkan ganjaran untuk memotivasikan individu.
Pelan Pemasaran MLM
Peluang perniagaan MLM adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.
Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain. Dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sudah tentu perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.
Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan, anda bukan sahaja membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.
Intisari peluang pendapatan bagi pelan perniagaan adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan.
KEJAR & CAPAI IMPIAN














TIP PERNIAGAAN KAMI

* Setiap sepuluh daripada orang yang ditemui didapati 9/10 merupakan pembeli, manakala hanya 1/10 sahaja yang suka menjual.  dah tentulah yang menjual tu lebih banyak pendapatannya berbanding dengan mereka yang membeli. Ini bermakna rezeki orang berniaga memang sangat luas.

* Nabi kata 9/10 rezeki adalah datang melalui perniagaan. Maka fikirkanlah..

* Kajian juga menunjukkan bahawa 74% Jutawan hasilnya daripada perniagaan.  Anda Bagaimana?

Dengan hanya bermodalkan YURAN KEAHLIAN & PEMBELIAN PRODUK yang rendah  anda juga boleh jadi usahawan seperti kami. Jangan buang masa dengan banyak membuat pertimbangan, Percayalah bahawa tiada ahli fikir yang hidup senang dan kaya raya tanpa tindakan yang segera dan bijaksana.

Andalah yang berhak ke atas diri anda? Hanya orang bijak sahaja yang tahu bilakah masanya untuk bertindak ke atas sesuatu peluang. Mereka sentiasa mengintai peluang dan tahu menggunakan kesempatan dalam kesempitan.Di mana ada ruang di situ ada peluang.

Segera ambil handphone anda dan hubungi saya

012-9898714 @ 013-9829858 

Saya akan menghubungi anda secepat mungkin.

Jadilah usahawan dengan bimbingan daripada mentor-mentor yang berjaya.



Sunday, 24 June 2012

Rahsia Kejayaan Kolonel Sanders





Kolonel Sanders dan Resepi Rahsianya


Harland 'Colonel' Sanders


Ketika berusia 20 tahun.




Anda kenal tak siapa dia ni? Ya, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken. Beliau bersara ketika berusia 65tahun.  Semasa menerima pencen pertamanya, beliau rasa kecewa dan tidak berpuas hati. Beliau tidak menyalahkan orang lain tetapi menyalahkan dirinya sendiri kerana mendapat pendapatan kecil. Beliau seterusnya mencadangkan resepi ayam gorengh milik keluarganya kepada sebuah restoran tetapi ditolak mentah-mentah. Apa yang berlaku seterusnya?

Kolonel Sanders tidak berputus asa. Baginya dia tidak gagal, tetapi belum berjaya. Dia terus mencuba sehingga orang yang ke 1000 pun menolak resepi kebanggaannya itu. Akhirnya dia bertemu dengan orang yang ke 1009 dan dia pun berkata. 'Hmmm... resepi ini sungguh bagus!'

Sembilan tahun kemudian,, selepas perniagaannya maju, Kolonel Sanders menjual perniagaannya dengan harga USD2,000,000. Kini rangkaian restoran KFC terdapat di merata-rata dunia dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya Kolonel Sanders merasakan dirinya sudah gagal dan berputus asa adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaan seperti yang ada sekarang? Sudah tentu tidak? Jadi kenapa kita perlu berasa kecewa atau gagal?

Thomas Alva edison pernah berkata, "Ilham orang genius hanya menyumbangkan satu peratus kepada kejayaan, manakala 99 peratus lagi adalah usaha yang gigih." Beliau membuktukan kegigihannya dengan bekerja selama 18 jam sehari. Thomas Alva Edison mengambil masa 10 tahun bagi menghasilkan bateri nakel-besi-kadmium. Beliau melakukan klasifikasikan kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenis tumbuhan itu sahaja. Beliau mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya Thomas Alva Edison berjaya membuktikan kejayaannya dengan mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja. Apabila saudara mengatakan asudara gagal,, adakah saudara sudah melakukan seperti apa yang Thomas Alva Edison lakukan?

Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, "Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan." Ia sangat bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah Al-Insyirah, di mana Allah  menyebut, "Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan."

Begitulah dalam pengurusan masa dan kerja. Mungkin saudara berasa bahawa saudara jenis orang yang menangguhkan masa dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu! Jangan fikir saudara orang yang gagal, kerana ia akan memberi kesan yang mudarat kepada diri saudara. Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti. Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya.


Katakan
YA!... AKU KAYA DAN BERJAYA


isukawang.blogspot.com