Tuesday, 5 June 2012

Syoknya Melancong Dan Umrah

LONDON-PARIS @ Ziarah-Umrah MAKKAH





Syoknya.. Bestnye.. 
Melancong PERCUMA- Zero Cost ke London-Paris atau Ziarah-Umrah Ke Mekah. Part ni yang aku suka. Bukan aku sorang tapi boleh dikatakan semua orang suka. Aku memang suke tempat-tempat ni.
Aku masih ingat kali pertama aku ke sini pada tahun 2007. Bermula dengan umrah dan ziarah. Pastu ke Korea,  Paris dan berbagai lagi. Bestnye... Tempat yang aku masa kecik-kecik dulu selalu angan-angankan nak pegi. Kalau tengok gambar tempat-tempat ni aku sering membayangkan aku berada di situ. Dan aku selalu berkata yang aku nanti akhirnya akan sampai ke situ. Yang bestnye masa aku pergi tu, dapat bersama isteri dan rakan-rakan yang aku ajak bersama menyertai program bisnes seperti ini masa tu. Fuhh.. Best giler.. Malah lebih syok lagi sebab program melancong ni memang diadakan setiap tahun sebanyak 3-4 kali setahun. Tu yang tak tahan... Kalau orang jenis kaki berjalan dan melancong, inilah tempatnya. Tapi yang bestnye sebab FREE. Layanan?.. Fuhh.. Memang kelasss! Penginapan, makan-minum dan pengangkutan yang disediakan boleh bagi 5 Bintang.  Kalau duit sendiri tahan ke kerja melancong 3-4 setahun? Sekali mungkin. Kalau lebih dari 2 kali jawapnya tak jadi kerjalah. Lainlah kalau memang dah banyak duit dan kaya-raya. Kalau orang biasa-biasa jawapnya tengok orang ajelah.

Kami boleh dikatakan memang kaki jalan. Sebelum ni memang melancong kat dalam negara je . Alhamdulilah.. Syukur. Best jugak.. Malaysia pun cantik. Yang jauh sikit: Indon, Singapura dan Thailand. Tu pun dah rasa seronok bukan main lagi. Tapi bila suatu hari tu ada 2 orang kawan datang ke rumah dan bercerita pasal bagaimana boleh melancong secara PERCUMA setiap tahun, saya mula rasa teruja. Saya kata nilah peluang yang di nanti-nantikan. Masa zaman sekolah dulu saya bayangkan kalau nak ke luar negara kenalah belajar rajin-rajin. Bila pandai boleh mohon belajar oversea. Tapi disebabkan belajar pun taklah berapa pandai. Tak tercapai jugalah hasrat tu. Ngajilah kat IPTA sajalah. Ingatkan impian tu hanya tinggal impian sahaja. Sedihla ingat masa tu. Bila saya tengok bukti-bukti tentang pelancongan percuma ni, saya memang tak lepas peluang. Saya tanam impian untuk ambil peluang yang ada ini. Banyak tempat yang telah ditawarkan. Alhamdulullah.. saya dan isteri memang kalau boleh taknak lepaskan peluang. Antara tempatnya pernah dibawa ialah Umrah, Paris-Amsterdam, Jepun, Korea, Australia, Swisszerland , Vietnam dan China.

Bandingkan kalau melancong secara persendirian. Biasanya kena ada wang yang cukup banyak untuk dua perkara utama. Pertama: Kumpul duit untuk beli tiket fligt. Kedua: Kumpul duit untuk penginapan, makan minum, pengangkutan dan duit untuk bershopping di sana nanti. Tapi dengan program yang kami ikuti ini, kita hanya buat satu kerja yang sama sahaja iaitu capaikan target sale untuk dapatkan tiket percuma yang ditawarkan. Kerja dilakukan secara berkumpulan. Lebih mudah kan? Bila target tercapai, automatik All in One dapat!- tiket pergi balik, penginapan, makan-minum, pengangkutan tersedia untuk anda secara percuma. Ini adalah anugerah syarikat setelah berpenat lelah bekerja.  Yang bestnya masa ni duit dalam akaun anda kompom banyak (Biasaya memang 5 angkalah). Maknanya duit untuk bershopping dah takde masalah. Sebab tulah kami panggil ini adalah waktu "Shopping Time" setelah berpenat lelah bekerja selama 2-3 bulan. Best kan?.. Syoknye shopping kat luar negara!



Kepada rakan-rakan atau sesiapa saja yang berminat nak rasai nikmat melancong percuma macam kami, kami memang sangat alu-alukan. Cuba bayangkan mungkin ramai kat luar sana tu yang teringin sangat nak melihat negara orang tapi tak capai-capai lagi. Malah ada yang bekerja sampai pencen pun tak dapat. Apa salahnya jadikan melancong sebagai hadiah atau ganjaran kepada diri sendiri setelah berpenat lelah bekerja. Walaupun sehebat dan sekuat manapun kita bekerja, hiburkanlah hati dan hidup kita agar lebih bermotivasi dan dihargai. Rebutlah peluang ini bersama kami. Kalau tidak, masakan saya hanya seorang guru biasa dan isteri yang asalnya suri rumah sepenuh masa dapat menikmati peluang ini setiap tahun. Jika anda memang 'kaki berjalan' terutamanya, memang sangat rugi kalau tak ambil peluang seperti ini. Lihat dan alamilah kehebatan ciptaan Tuhan tentang alam ini. Jika kita matipun, sekurang-kuranya kita sempat menikmati dan sampai ke bumi ciptaan Allah ini.


Sesiapa yang nak join Program Melancong Percuma ni, hubungi 012-9898714 @ 017-9898714 atau 013-9829858@013-9845898.
Percayalah memang best!...


www.isukawang.blogspot.com








Sunday, 3 June 2012

Cantiknya Ciptaan Tuhan

Obor-Obor



Cantikkan? Hebatnya kejadian Tuhan.

Pernah tengok benda ni? Nilah obor-obor. Boleh jumpa selalu kat pantai. Obor-obor ni memang cantik. Takde tulang pun. Tapi orang kata bahaya sebab kalau kena boleh jadi gatal-gatal.  Namun ada juga orang kata obor-obor ni ada orang yang makan. Tapi kena tahu cara untuk buang racunnya. Entahlah..
Masa kecik-kecik dulu saya suka makan sate cucuk kering. Orang kata ia dibuat daripada ubi kayu. Ada juga yang kata daripada sotong. Namun ada juga yang kata ia dibuat daripada obor-obor. Tapi masa tu tak kira sangat.. Belasah je...

Alhamdulillah.. Syukur kepada Tuhan kerana Allah pilih untuk saya dan keluarga menetap berhampiran dengan pantai walaupun kami bukanlah asal orang pantai. Masa kecik-kecik dulu kami adik-beradik selalu ajak arwah abah dan mak pergi mandi pantai. Tapi bukannya selalu dapat. Maklumlah sebab kami anak peneroka. Memang jauh la rumah dari pantai. Asal kampung abah dan emak pun memang jauh dari pantai. Bila dapat pergi main dan mandi pantai, bukan main seronoknya. Saya selalu berangan-angan kalau rumah dekat dengan pantai alangkah bestnya.. 
Kini kami menetap di Beserah Kuantan. Memang best tinggal kat sini. Belakang rumah dekat hutan dan berbukit. Depan rumah pula sebenarnya menghadap menghala ke pantai. Tapi taklah betul-betuil depan rumah. Alhamdulillah.. Rasa puas hati. Anak-anak pun suka tinggal kat sini.



Ambil gambar obor-obor yang terdampar di pantai.




Di Pantai Pelindung, Beserah Kuantan, Pahang.






Bersantai bersama saudara mara yang berkunjung ke rumah. Seronok walaupun lama tak jumpa.


Kalau tempat macam ni lagi BEST!


www.isukawang.blogspot.com

Jom Kita Scan Tubuh!


Anda Pasti Anda Sihat? Atau Mengalami Masalah Kesihatan?

Mari Diagnosis Tubuh Anda!..
Alami dan Rasai Khasiat 

MIAUTAN ENERPLUS



Miautan Enerplus menggunakan karang, mutiara, kulit-kulit siput dan tiram yang mana kalsium aktif di dalamnya melebihi 60%, kemudian diekstrak menerusi teknik penvakuman elektrolisis yang bersuhu tinggi untuk mendapatkan serbuk kalsium aktif yang larut air, dan menjadi air “berion”  kalsium aktif yang mudah diserap apabila dilarutkan dalam air. Pengambilan setiap hari dapat menambahkan kalsium, pelbagai bahan mineral dan elemen surih, membantu menyingkirkan toksin, lemak, bahan buangan metabolisme dalam badan demi memperbaiki keseimbangan pH badan.

Mengapa rasa air mineral menjadi pahit selepas Miautan Enerplus ditambah ke dalam air mineral?
Miautan Enerplus bukan sahaja membekalkan kalsium, pelbagai bahan mineral dan elemen surih, malah dapat menentukan tahap kesihatan organ-organ badan berasaskan rasa yang berlainan selepas diminum oleh orang yang berlainan.
Rasa pahit  : Masalah hati dan hempedu
Rasa hanyir  : Masalah ginjal dan pundi kencing
Rasa kelat  : Masalah limpa, perut, usus dan paru-paru
Rasa masam : Masalah jantung dan usus kecil
Rasa manis : Badan sihat

Rasa semakin pelik dan susah diminum bermakna bahan buangan di dalam badan adalah banyak. Kita boleh menentukan kelemahan organ dalaman mengikut rasa meminum Miautan Enerplus, dan kemudian menjalankan rawatan mengikut bahagian yang berlainan.

Apakah bezanya kalsium aktif larut air yang terkandung dalam Miautan Enerplus dengan kalsium yang biasa?
Miautan Enerplus akan bertukar menjadi kalsium berion selepas larut dalam air, ia mudah diserap dan diguna oleh badan manusia. Selain membekalkan kalsium untuk kekuatan tulang, ia juga berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH darah dan mempercepatkan detoksifikasi.

Apakah caranya mengambil Miautan Enerplus?
Buka kapsul, tuangkan serbuk ke dalam air mineral atau air sejuk. Setiap 2 kapsul boleh dibancuh dengan 1500ml air. Selepas serbuk larut dalam air, Miautan Enerplus boleh diminum bila-bila masa. Minum 1 hingga 2 botol air berion setiap hari.

Mengapa Miautan Enerplus tidak boleh diambil terus dalam bentuk kapsul atau serbuk?
Miautan Enerplus hanya akan bertukar menjadi kalsium berion selepas dicampurkan dengan air mineral, kemudian diserapkan sepenuhnya oleh badan manusia dan menjalankan fungsinya. Pengambilan terus dalam bentuk kapsul atau serbuk akan menyebabkan Miautan Enerplus gagal bertukar menjadi kalsium berion, dan seterusnya mempengaruhi penyerapan dan fungsi produk tersebut dalam badan.

Mengapa Miautan Enerplus tidak boleh dibancuh dengan air panas?
Air panas akan merosakkan kalsium aktif dan mempengaruhi keberkesanan kalsium berion.

Siapakah yang perlu mengambil Miautan Enerplus?
Mereka yang mempunyai daya keimunan yang rendah, susuk badan berasid, pesakit osteoporosis dan mereka yang mengalami ketidakselesaan akibat putus haid.

Siapakah yang tidak boleh mengambil Miautan Enerplus?
Pesakit buah pinggang atau mereka yang perlu menjalani dialysis buah pinggang serta kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah dilarang mengambil Miautan Enerplus.

Adakah Miautan Enerplus memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Miautan Enerplus telah memperoleh kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, boleh dijual secara sah di pasaran.

KEBERKESANAN
·  Menggalakkan penyingkiran toksin berasid daripada badan, menjadikan pH darah cenderung kepada beralkali lemah.

· Menenangkan saraf, menyelaras keseimbangan saraf autonomik dan menstabilkan saraf.

·   Membekalkan kalsium yang lengkap untuk tulang dan gigi, mencegah osteoporosis.

· Menyelaras fungsi metabolisme sel saraf dan menggalakkan pengenduran serta pengecutan otot yang normal.

·  Membekalkan kalsium darah yang mencukupi, seterusnya menghilangkan keletihan, kesakitan, kelesuan dan kekebasan kaki tangan.

· Meningkatkan daya tahan penyakit, memperbaiki susuk badan yang lemah.

· Menambahkan kekenyalan dan kecerahan kulit, menghilangkan kedutan.

CARA PENGAMBILAN

Buka kapsul, tuangkan serbuk ke dalam air mineral atau air sejuk. Setiap 2 kapsul boleh dibancuh dengan 1500ml air. Selepas serbuk larut dalam air, Miautan Enerplus boleh diminum bila-bila masa. Minum 1 hingga 2 botol air berion setiap hari.






www.isukawang.blogspot.com

Saturday, 2 June 2012


Tan Sri Syed Mokhtar Al-

Bukhari – 50 Fakta Menarik!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua orang percaya bahawa sesuatu kejayaan yang dicapai adalah kerana usaha yang berterusan dan keyakinan terhadap usaha yang dilakukan. Ianya juga dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya orang yang didampinginya, sahabat dan rakan-rakan. Di sini saya akan kongsikan kepada anda semua, 50 fakta menarik serta perkongsian kisah dan prinsip hidup individu ke-7 Terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari. Saya yakin ramai antara kita yang mengenali beliau. Beliau juga adalah antara idola saya di mana saya juga mempunyai impian untuk berjaya dan kaya seperti beliau. InsyaAllah. Teruskan membaca.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkanWARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (Berkenaan Know Who), bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN. Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI. SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA, APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan
30. …kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN. TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR, GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR.
39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI, KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA - Semoga ianya memberi inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah.
 * Sumber: Perkongsian artikel