Saturday, 5 May 2012

Isu Penting Tentang Bio Aura!



Bio Aura

Selaras dengan kemajuan teknologi Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System yang menggabungkan teknologi Nano dapat membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.

Rekaan 6 penapis masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti.



PENAPIS A: Membersih
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menapis dan menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.

PENAPIS B: Menghilangkan bau
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.

PENAPIS C: Stabil & Memperkayakan mineral
Activated carbon block yang memenuhi piawaian NSF dan penukar ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur resin pula akan melembutkan molekul air dan memberi kesan dengan menghasilkan bahan-bahan mineral.

PENAPIS D: Selamat
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

PENAPIS E: Bertenaga
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.

PENAPIS F: Beralkali
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih cenderung kepada beralkali, yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan sistem imunisasi dan fungsi detoksifikasi badan.

Apakah teknologi Bio-Aura Hi-Tech Water System?
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan revolusi teknologi nano dan 6  penapisan berperingkat  untuk membersih, mengalkali and memberi  tenaga kepada air minuman secara optimum.

Apakah nilai pH air selepas ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System ?
Air yang sudah ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System akan mempunyai nilai pH air yang cenderung kepada beralkali.

Adakan Bio Aura Hi-Tech Water System menggunakan elektrik?
Tidak. Bio Aura Hi-Tech Water System tidak perlu menggunakan elektrik. Justeru, ia amat menjimatkan tenaga dan kos.


Berapa lamakah warranti bagi Bio Aura Hi-Tech Water System? 
1 tahun warranti dari tarikh pembelian.

Perlukan saya menukar kesemua penapis dalam masa yang sama?
Tidak. Anda hanya perlu menukar setiap penapis dalam masa yang berlainan mengikut jadual  penukaran.  Penapis A, B, C = 1 tahun, Penapis D, E     = 3 tahun dan Penapis F = 5 tahun.

 KELEBIHAN PRODUK
·         Bahan berkualiti. Bahan-bahan terbaik digunakan dalam pembuatan penapis.
·         Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: Sistem ‘pusing dan kunci’ memudahkan pengguna dalam menukar dan membersihkan penapis.
·         Pemasangan yang mudah: Alat-alat gantian disertakan untuk kesesuaian pelbagai jenis kepala paip di rumah.
·         Penutup penapis yang berwarna: Setiap penapis yang diindikasikan dengan warna berbeza memudahkan pengguna.

 CIRI-CIRI PRODUK
·         Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan kesihatan badan yang menyeluruh.
·         Kandungan bio-tenaga yang berganda dan meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh.
·         Molekul-molekul bersaiz nano menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien.
·         Memperkayakan kandungan mineral air untuk keperluan kesihatan tubuh.
·         Menghapuskan toksin, bakteria, klorin dan unsur logam demi menjamin keselamatan air yang diminum.
·         Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
·         Nilai pH air yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Bio Aura membantu menyelaraskan pH tubuh berasid.
·         Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:

012-9898714 (Bahtier) @ 017-9898714 (Lin)






Kenapa Mesti Guna Food Purifier?


BIOzone Food Purifier


BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.
 

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.
 

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.
KELEBIHAN PRODUK
·         Selamat.
·         Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
·         Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
·         Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
·         Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.

·         CIRI-CIRI PRODUK
Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
·         Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
·         Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
·         100% tiub silikon yang bergred medikal.
·         Batu seramik yang bergred tinggi.
·         Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
·         Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.


CARA PENGGUNAAN
1.     Sediakan semangkuk air.
2.     Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
3.     Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk.
4.     Pastikan paras air menutupi makanan. (Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
5.     Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
6.     Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda.


MAKLUMAT LANJUT ATAU TEMPAHAN, SILA HUBUNGI 
017-9898714 (LIN) @ 012-9898714 (BAHTIER)
www.isukawang.blogspot.com

Sayangilah Usus Anda: Kanser No1 Di Malaysia


LACTO-LITE: Cegah Kanser Usus!..






Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan. Ia sangat berkesan bagi mecegah masalah kanser usus.

Apakah itu probiotik?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia. Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia.

Apakah itu prebiotik?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu. Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik dan meningkatkan keaktifan probiotik. Ia dapat membantu menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik, di samping membekalkan nutrien khas untuk pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus.

Apakah itu inulin?
Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), kaya dengan serat larut dalam air, di samping ia merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. Serat larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras kandungan kolesterol serum dan tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan, seterusnya meringankan beban hati. Ia juga dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, kerana bilangan bakteria berguna menpengaruhi keadaaan kesihatan badan manusia. Ia turut mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya (seperti bakteria disentri, bakteria taun dan sebagainya), meningkatkan daya keimunan badan, menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, mengekalkan operasi sistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.

Apakah bezanya minuman yogurt yang ada di pasaran berbanding dengan Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan perlindungan), supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, dan seterusnya menggugat keberkesanannya. Selain itu, inulin merupakan makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.

Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit sembelit, mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, serta mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu, Nurich Lacto-Lite juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).

KEBERKESANAN
·         Mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan enzim bakteria berbahaya.
·         Menyekat patogen dan cirit-birit.
·         Menyingkirkan sisa bahan buangan untuk mengurangkan sembelit.
·         Meningkatkan daya imunisasi badan.
·         Menggiatkan sintesis nutrien makanan.
·         Merangsang penyerapan nutrisi dalam usus.

  
CARA PENGAMBILAN
Campurkan 1 bungkus Nurich Lacto-Lite ke dalam 200ml air suam, jus buah-buahan atau minuman lain, sebungkus setiap pagi dan malam.




BERMINAT? 


sms<nama><alamat><Lactolite> kepada

017-9898714 (Bahtier) @ 017-9898714 (Lin)



Pengedar Sangat Diperlukan
www.isukawang.blogspot.com

Saturday, 7 April 2012

BAGAIMANA NAK KENAL?

Terdapat beberapa Kategori mereka yang berdaftar dengan syarikat MLM


1.       Hanya nak jadi pengguna ( Beli untuk dapat harga ahli -Pengguna Bijak)

2.       Sebagai Introducer (Guna produk dan perkenalkan produk tapi  tidak serius)

3.       Sebagai Agen Jualan Sambilan (Menjual  tapi kurang serius)

4.       Sebagai Agen Jualan Sepenuh Masa (Menjual, menaja dan memberi perkhidmatan)

5.       Sebagai Usahawan (Menjual , memberi servis, menaja, melatih dan membimbing agen jualan)

6.       Sebagai Usahawan Jutawan (Menjual, menaja rangkaian usahawan, melatih & Membimbing usahawan – dikenali sebagai  Mentor Kejayaan. Mereka sangat kreatif, mengambil berat tentang keperluan rangkaian dibawah mereka)

7.       Hanya kerana nak jaga hati kawan (Ramai. Merka tidak akan melakukan apa-apa yang boleh mendatang keuntungan kepada mereka. Silap haribulan, mereka akan menghentam dan membenci MLM)

Sebab itulah kita akan bertemu dengan berbagai keadaan dan salah tanggap tentang MLM. Ada yang pada awalnya berkobar-kobar ingin mencapai impian dalam MLM. Tetapi berkubur dan terus hilang. Ada yang berjaya tetapi hanya untuk beberapa ketika sahaja. Tidak kurang pula yang terus kekal dan kaya raya. Malah ada juga yang membenci dan menjadikan dirinya ANTI MLM. Buka itu sahaja, malah mereka juga menghasut dan memburuk-burukkan perniagaan MLM.  Kenapa ini berlaku?

Sebenarnya  ada beberapa faktor yang mempengaruhi mereka

1.       Diri sendiri. Kesungguhan, keyakinan dan ketabahan
2.       Kepimpinan Upline dan leader (Siapakah Mentor mereka)
3.       Syarikat (Pilihlah yang kukuh dan stabil)
4.       Sistem Perniagaan- Pendidikan dan latihan)
5.       Pelan Pemasaran (Keuntungan kepada syarikat-Usahawan-Agen & Pengguna)
6.       Khabar angin serta pandangan daripada pihak ketiga. Biasanya kita akan berjumpa dengan ramai pencuri impian yang berlagak pandai dalam MLM tetapi sebenarnya tiada ilmu dan kejayaan dalam MLM. Mereka ini kononnya sangat perihatin tetapi sebenarnya adalah “Syaitan-Syaitan yang Mengganggu”. Mereka bersifat buruk sangka dan sangat negative! Jika anda ingin Berjaya, jauhilah daripada mereka. Carilah mereka yang Berjaya dan mintalah panduan, nasihat dan bimbingan daripada mereka yang Berjaya. Mustahil orang yang gagal akan menceritakan serta menunjukkan cara-cara bagaimana untuk Berjaya!



Apakah anda ingin terus Berjaya dalam MLM?

Jika itulah impian anda, anda mestilah bijak di dalam mengatur keputusan! Jadilah sebagai Usahawan JUTAWAN MLM kelas Pertama!..
 Ini bukanlah perniagaan kelas bawahan. Ianya adalah satu perniagaan yang sangat hebat. Kuasailah ilmu dan sistem perniagaan ini kerana ianya sangat unik.

Di sini saya senaraikan antara beberapa kelebihan perniagaan MLM

1.       Modal yang kecil tetapi mampu menjana pendapatan besar dalam masa masa yang singkat.
2.       Sesuai kepada semua golongan.
3.       Sesuai kepada mereka yang merasakan tidak cukup masa tiada ramai kawan, tiada bakat, tiada keyakinan. Apa yang anda perlu adalah “ AKU NAK…”
4.       Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Mentor yang Berjaya sepanjang masa secara percuma. Mereka sangat ambil berat terhadap kejayaan anda
5.       Tidak perlu untuk bayar gaji pekerja
6.       Tidak perlu menyewa premis perniagaan
7.       Tidak perlu tambah modal duit untuk besarkan perniagaan. Modal anda adalah masa dan ilmu untuk membina rangkaian pengedar dan usahawan di bawah anda.
8.       Produk mencari pelanggan. Pelanggan juga berpeluang menjadi pengedar dan usahawan.
9.       Membina jaringan sahabat dan kenalan yang ramai dalam masa yang singkat
1.     Boleh menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja.
1.      Menghasilkan PENDAPATAN PASIF  yang HEBAT!..


Kepada mereka yang berada di luar sana. Anda sebenarnya mampu untuk Berjaya seperti mereka yang Berjaya dengan melibatkan diri dalam perniagaan ini. Pilihlah sebagai USAHAWAN JUTAWAN! Anda lahirkanlah seramai mungkin usahawan-usahawan Jutawan yang lain di bawah rangkaian anda. Anda kena tahu bahawa ini adalah perniagaan DUPLIKASI. Hanya tiru dan buat betul-betul. Carilah MENTOR KEJAYAAN anda sebagai IDOLA. Berkawanlah hanya dengan mereka yang telah Berjaya. Tiru dan pelajarilah cara bagaimana mereka mencipta kejayaan. Pastikan juga diri anda sentiasa berada dalam Gelombang Positif da KEJAYAAN samada dari luar atau pun dalam pemikiran kerana ianya akan mempengaruhi segala tindakan yang akan kita lakukan. Tuliskan segala impian anda, tindakan yang akan lalukan dan seterusnya bertindaklah dalam masa 36 jam. Anda akan lihat hasilnya. Saksikanlah juga kejayaan-kejayaan mereka yang berjaya kerana apa yang anda lihat akan mampu menjadikan anda seperti itu. Dengarkanlah cerita-cerita 

Marilah kita bersama bertindak menjadi USAHAWAN JUTAWAN MLM KELAS PERTAMA dengan tindakan yang pertama!.. Cabar Diri Anda!







CDM BAHTIER ABU BAKAR 
& 
CDM FAZILAH MAD KASIM


www.isukawang.blogspot.com