9 tips yang
sangat berguna untuk anda aplikasikan untuk Berjaya dan memberikan
sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam
semua kerja yang anda lakukan tidak kira dalam perniagaan atau sebarang
pekerjaan yang anda ceburi.
Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan
Anda
memerlukan pemikiran ‘’ jika mahu berjaya. Anda perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum
anda. Tidak cukup semata-mata anda belajar daripada kesilapan sendiri
saja. Dengan cara ini, Kajayaan anda akin tercapai dengan lebih lancar
dan mudah.
Sebenarnya,
tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda ‘’
dalam minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan pula
adalah apa yang bakal anda peroleh. Alat utama untuk mencipta imej baru
dan merealisasikannya ialah menerusi proses yang dikenali sebagai
membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara anda yang selalunya
lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta
menghindarinya daripada pengalaman negatif dan kegagalan. Cara ini boleh
membawa anda maju dalam kehidupan dan melaksanakan banyak perkara yang
mungkin tidak pernah anda lakukan. Sesungguhnya orang yang enggan
mengubah minda adalah orang yang degil dan tidak bernyawa!!!
TIPS 1 - JANGAN STRES!!!!
Stres
apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan
sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress.
Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh
mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan
langsung!
Apabila
kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai
apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan
diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita
lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang
stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana meraka
stress apabila melakukan sesuatu kerja itu.
Tips untuk menghilangkan stres : Perbanyakkan doa dan berzikir
TIPS 2 - BERKONGSI IDEA DAN MAKLUMAT
TSatu penyakit manusia pada hari ini ialah takut.
Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai
contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di
simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.
Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan
menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psikologi, ia memaksa kita
mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga
memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea
tersebut.
Dengan
menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat kita tidak mempunyai
apa-apa lagi. Ini hanya menghalang diri kita untuk lebih maju.
Bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebarang idea yang ada
supaya dapat mengembangkan lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat
lagi.
TIPS 3 - KELILINGI DIRI ANDA DENGAN MEREKA YANG HEBAT
Anda
ingin menjadi hebat dan berjaya? Caranya ialah anda kelilingi
mereka-mereka yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan
berjaya seperti mereka. Tahukah anda? 85% kejayaan kita bergantung
kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh itu, kelilingi diri
anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka
anda akan menjadi seperti mereka. Beranikan diri untuk meninggalkan
kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita
lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi Berjaya seperti mereka dan
bawalah rakan-rakan supaya mereka juga Berjaya bersama.
TIPS 4 - CUBA BENDA BARU8
Manusia
ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa
mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu
yang baru. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada
satu habit sahaja Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka
sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘’ sahaja disitu dan
terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri
mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang
baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan
bidang mereka. Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju
dan terus ketinggalan. Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan
membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita.
Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai
kejayaan yang lebih hebat.
TIPS 5 - KEKALKAN MOTIVASI DIRI.
Kebiasaanya,
anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda
akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi
percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan.
Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda?
Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Kekalkan momentum dan usaha
anda yang sedang berkobar-kobar itu. Jika anda sedang berkobar-kobar
untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3
hari kerana momentum anda akan berkurang. Motivasi diri anda juga akan
berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu,
sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum
anda terus kekal dan tidak berkurangan.
TIPS 6 - KURANGKAN RASA MALU.
Sifat
pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang
berlebihan seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan
potensi yang sebenarnya. Berikut adalah tips untuk mengurangkan perasaan
malu anda.
a. Cari penyebab malu anda.
b.
Lawan rasa malu anda dengan bersikap lebih santai. Rasa malu yang
berlebihan akan membuat anda gugup dan membuat anda kelihatan pelik.
c.
Usahakan untuk melakukan ‘ contact’ dengan rakan yang sedang bersembang
dengan anda. Jangan sampai rasa malu membuat anda kelihatan sombong
atau tidak menghormati orang yang sedang bercakap dengan anda.
d. Jangan takut pada cacian orang. Jika awal-awal anda sudah kalah, maka diri
anda akan terus mundur dan perasaan malu itu akan terus berada dalam diri anda.
e. Berlakon
macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda
malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.
Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!
TIPS 7 - MENULIS MATLAMAT
Setiap
individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk berjaya, dan mencapai
kejayaan. Tetapi kalau sekadar hanya mempunyai matlamat tidak
mencukupi kerana ia ibarat angan-angan kosong. Dengan dengan menulis
matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang.
Dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda anda(separuh
sedar) dan akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat
tersebut. Tetapi, tidak cukup hanya menulis sekali sahaja matlamat anda
itu. Anda harus menulisnya berkali-kali sehingga ia memberi pulangan
kepada anda. Sekiranya anda menulisnya berulang-ulang kali, ini akan
menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Kajian mengatakan bahawa 98% orang tidak menulis matlamat!
Kerana?
• mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut kerana tidak pernah didedahkan dengan perkara berkenaan..
• Tidak
percaya dengan menulis matlamat, ianya memberikan faedah. Kebanyakannya
mengatakan bahawa sudah cukup untuk berfikir sahaja matlamat itu tanpa
menulisnya. Itu salah!
• Takut menetapkan matlamat dan menulis matlamat kerana takut tidak tercapai.
TIPS 8 - JANGAN SOMBONG BERTANYA
Sesetengah
individu yang sudah berada di tahap yang selesa dan hebat, mereka malu
untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di
tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu
untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan
bertanya! Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda
akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa
yang kita cari dan inginkan. Terdapat juga individu yang merasakan
dirinya amat rendah dan malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang
hendak ditanyakan itu adalah soalan bodoh. Akhirnya, mereka terus
menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya
gagal mencapai cita-cita. Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu dan
kembangkannya dan aplikasikan pada diri anda. Jangan malu untuk
bertanya kerana malu bertanya, anda yang rugi. Bak kata pepatah, “ malu
bertanya, sesat jalan.! “
TIPS 9 - PENGURUSAN MASA.
Pengurusan
masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Namun,
setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga
banyak perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa.”
Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang
berjaya. Dengan ini pengurusan masa hendaklah di ambil kira dalam
kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu? Ramai
diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu
berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah
dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang
besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika
dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan
petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan
kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak
berkualiti. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.
15
PENUTUPApa yang perlu anda lakukan adalah berusaha tanpa kenal erti penat lelah.
Usaha , Doa dan Tawakal..
Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar
dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. “ Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi seminary kita tak mahu, kita ada sejuta alasan”.
“ RAJIN itu adalah punca segala Kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.”
Artikel ini dikongsikan daripada:
Diyanah Abdullah