Terdapat beberapa Kategori mereka
yang berdaftar dengan syarikat MLM
1. Hanya nak jadi pengguna ( Beli untuk dapat harga ahli -Pengguna
Bijak)
2.
Sebagai
Introducer (Guna produk dan
perkenalkan produk tapi tidak serius)
3.
Sebagai Agen
Jualan Sambilan (Menjual tapi kurang serius)
4. Sebagai Agen Jualan Sepenuh Masa (Menjual,
menaja dan memberi perkhidmatan)
5.
Sebagai
Usahawan (Menjual , memberi servis,
menaja, melatih dan membimbing agen jualan)
6. Sebagai Usahawan Jutawan (Menjual, menaja rangkaian usahawan, melatih
& Membimbing usahawan – dikenali sebagai
Mentor Kejayaan. Mereka sangat kreatif, mengambil berat tentang
keperluan rangkaian dibawah mereka)
7. Hanya kerana nak jaga hati kawan (Ramai. Merka tidak akan melakukan apa-apa
yang boleh mendatang keuntungan kepada mereka. Silap haribulan, mereka akan
menghentam dan membenci MLM)
Sebab itulah kita akan bertemu dengan berbagai keadaan dan
salah tanggap tentang MLM. Ada yang pada awalnya berkobar-kobar ingin mencapai impian
dalam MLM. Tetapi berkubur dan terus hilang. Ada yang berjaya tetapi hanya untuk
beberapa ketika sahaja. Tidak kurang pula yang terus kekal dan kaya raya. Malah
ada juga yang membenci dan menjadikan dirinya ANTI MLM. Buka itu sahaja, malah
mereka juga menghasut dan memburuk-burukkan perniagaan MLM. Kenapa ini berlaku?
Sebenarnya ada
beberapa faktor yang mempengaruhi mereka
1.
Diri sendiri. Kesungguhan, keyakinan dan
ketabahan
2.
Kepimpinan Upline dan leader (Siapakah Mentor
mereka)
3.
Syarikat (Pilihlah yang kukuh dan stabil)
4.
Sistem Perniagaan- Pendidikan dan latihan)
5.
Pelan Pemasaran (Keuntungan kepada
syarikat-Usahawan-Agen & Pengguna)
6.
Khabar angin serta pandangan daripada pihak
ketiga. Biasanya kita akan berjumpa dengan ramai pencuri impian yang berlagak
pandai dalam MLM tetapi sebenarnya tiada ilmu dan kejayaan dalam MLM. Mereka
ini kononnya sangat perihatin tetapi sebenarnya adalah “Syaitan-Syaitan yang
Mengganggu”. Mereka bersifat buruk sangka dan sangat negative! Jika anda ingin Berjaya,
jauhilah daripada mereka. Carilah mereka yang Berjaya dan mintalah panduan,
nasihat dan bimbingan daripada mereka yang Berjaya. Mustahil orang yang gagal
akan menceritakan serta menunjukkan cara-cara bagaimana untuk Berjaya!
Apakah anda ingin terus Berjaya dalam
MLM?
Jika itulah impian anda, anda mestilah bijak di dalam
mengatur keputusan! Jadilah sebagai Usahawan JUTAWAN MLM kelas Pertama!..
Ini bukanlah
perniagaan kelas bawahan. Ianya adalah satu perniagaan yang sangat hebat.
Kuasailah ilmu dan sistem perniagaan ini kerana ianya sangat unik.
Di sini saya senaraikan antara beberapa kelebihan perniagaan
MLM
1.
Modal yang kecil tetapi mampu menjana pendapatan
besar dalam masa masa yang singkat.
2.
Sesuai kepada semua golongan.
3.
Sesuai kepada mereka yang merasakan tidak cukup
masa tiada ramai kawan, tiada bakat, tiada keyakinan. Apa yang anda perlu
adalah “ AKU NAK…”
4.
Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada
Mentor yang Berjaya sepanjang masa secara percuma. Mereka sangat ambil berat
terhadap kejayaan anda
5.
Tidak perlu untuk bayar gaji pekerja
6.
Tidak perlu menyewa premis perniagaan
7.
Tidak perlu tambah modal duit untuk besarkan
perniagaan. Modal anda adalah masa dan ilmu untuk membina rangkaian pengedar
dan usahawan di bawah anda.
8.
Produk mencari pelanggan. Pelanggan juga berpeluang
menjadi pengedar dan usahawan.
9.
Membina jaringan sahabat dan kenalan yang ramai
dalam masa yang singkat
1. Boleh menjalankan perniagaan di mana-mana
sahaja.
1. Menghasilkan PENDAPATAN PASIF yang HEBAT!..
Kepada mereka yang berada di luar sana. Anda sebenarnya
mampu untuk Berjaya seperti mereka yang Berjaya dengan melibatkan diri dalam
perniagaan ini. Pilihlah sebagai USAHAWAN JUTAWAN! Anda lahirkanlah seramai mungkin
usahawan-usahawan Jutawan yang lain di bawah rangkaian anda. Anda kena tahu
bahawa ini adalah perniagaan DUPLIKASI. Hanya tiru dan buat betul-betul. Carilah MENTOR KEJAYAAN anda sebagai IDOLA. Berkawanlah hanya dengan mereka yang telah Berjaya. Tiru dan pelajarilah cara bagaimana mereka mencipta kejayaan. Pastikan juga diri anda sentiasa berada dalam
Gelombang Positif da KEJAYAAN samada dari luar atau pun dalam pemikiran kerana ianya akan
mempengaruhi segala tindakan yang akan kita lakukan. Tuliskan segala impian
anda, tindakan yang akan lalukan dan seterusnya bertindaklah dalam masa 36 jam.
Anda akan lihat hasilnya. Saksikanlah juga kejayaan-kejayaan mereka yang berjaya kerana apa yang anda lihat akan mampu menjadikan anda seperti itu. Dengarkanlah cerita-cerita
Marilah kita bersama bertindak menjadi USAHAWAN JUTAWAN MLM
KELAS PERTAMA dengan tindakan yang pertama!.. Cabar Diri Anda!
CDM BAHTIER ABU BAKAR
&